Merayakan Idul Fitri Di Dalam Negara Khilafah

Islam telah mensyariatkan hari raya kepada umat Islam dengan perayaan yang khas sesuai dengan syariat Islam. Terdapat dua hari raya bagi umat Islam, yaitu Idul Fitri dan Idul Adhha. Idul Fitri pertama kali disyariatkan pada tahun ke-2 H, bersamaan dengan turunnya perintah berpuasa dan zakat fitrah. Maka sebab itu, Idul Fitri juga disebut ‘Idu Ramadhan dan ‘Idu al-Fitrah.

Syiar Islam

Dalam ajaran Islam, hari raya merupakan salah satu syiar Islam yang agung. Hari raya ini juga disyariatkan bagi memenuhi dan menyempurnakan fitrah keperluan jiwa dan fizikal umat Islam sebagai manusia. Begitulah perayaan Hari Raya di dalam Islam, yang dikaitkan dengan hari bahagia, dan gembira yang secara umumnya diraihkan dengan menyediakan jamuan makan minum yang enak, hiburan dan bersuka-ria yang sesuai dengan syariat Islam. Maka sebab itu, pada kedua- kedua hari raya iaitu Idul Fitri dan Idul Adhha, umat Islam diharamkan daripada berpuasa.

Ketika Nabi SAW mengetahui adanya nyayian yang dinyayikan dua orang kanak-kanak perempuan, baginda SAW tidak melarangnya. Sebaliknya, baginda SAW justru membenarkannya. Bahkan, ketika mendengar Abu Bakar hendak melarangnya, baginda SAW pun bersabda, “Biarkanlah mereka.” [HR Bukhari].

Dalam riwayat lain, baginda SAW bersabda, “Abu Bakar, setiap kaum mempunyai hari raya. Ini adalah hari raya kita.” [HR Muslim] Dalam Musnad, baginda SAW bersabda, “Agar orang Yahudi tahu, bahwa di dalam agama kita pun ada [semacam] Paskah. Aku diutus dengan membawa agama yang hanif dan lapang.” [HR Ahmad].

Suasana kebahagiaan turut diraihkan oleh setiap keluarga, termasuk dengan mengembirakan hati pasangan hidup masing-masing, menunaikan perkara yang membuatnya bahagia, selama perkara yang dilakukan hukumnya mubah didalam Islam. Nabi SAW suatu ketika melakukan perkara yang mengembirakan isteri baginda, Aisyah dengan mendengarkan nyanyian oleh kanak-kanak perempuan kecil sambil menyandarkan pipinya ke pipi Rasulullah SAW. Maka, Aisyah ra pun berpesan, “Perkirakanlah [kadarnya] seperti kadar budak perempuan belia, yang masih ingin bermain.” [HR Muttafaq ‘Alih]. Ini karena pada kebiasaannya dunia mereka masih memerlukan suasana rileks dan santai.

Walaupun Islam membenarkan hiburan dilakukan ketika menyambut perayaan hari raya, namun batas-batas syariat Islam mesti sentiasa dijaga agar kegembiraan dan hiburan yang dilakukan tidak melanggar syariat Islam. Aisyah ra menuturkan, “Ketika orang Abesinia itu memainkan tombak mereka, Rasulullah SAW menutupiku dengan tabir, sementara aku masih bisa melihat [mereka].” [HR Bukhari]. Begitulah suasana perayaan hari raya di rumah Nabi SAW

Menyambut perayaan hari raya dengan menyediakan makan minum yang enak dan bergembira tidak hanya dinikmati oleh yang mereka yang berkemampuan sahaja. Islam turut mensyariatkan zakat fitrah pada tahun ke-2 hijrah untuk diberikan kepada fakir dan miskin, agar di hari bahagia hari raya mereka turut dapat menikmati kegembiraan yang sama.

Melengkapi Kebahagiaan

Islam turut mengajarkan kepada umatnya bahawa kebahagian bukan hanya terletak pada kenikmatan material dan ketenangan psikologi semata-mata, tetapi kebahagiaan yang hakiki adalah kebahagiaan yang lahir daripada kebahagian ruhiyah. Karena itu, selain syiar dalam bentuk material seperti jamuan makan, minum dan hiburan pada hari raya, Islam turut nmemerintahkan agar umat Islam mengagungkan asma Allah SWT, “Dan hendaknya kamu menyempurnakan bilangan [puasa Ramadhan], dan mengagungkan Asma Allah atas apa yang telah Dia tunjukkan kepadamu, dan agar kamu bersyukur.” [TMQ al-Baqarah: 185].

Takbir dikumandangkan sejak matahari terbenam di malam 1 Syawal, hingga imam dan khathib naik mimbar. Di pagi hari raya, sebelum berangkat untuk menunaikan solat sunat Idul Fitri, umat Islam turut disunahkan agar makan dan minum terlebih dulu bagi menunjukkan telah berakhirnya puasa mereka selama sebulan di bulan ramadhan. Sambil berangkat ke tempat solat, kaum lelaki disunatkan mengumandangkan takbir dengan suara yang keras, manakala kaum wanita dengan suara yang perlahan.

Solat sunat Idul Fitri turut disunatkan dilakukan di tempat yang terbuka seperti dipadang, bukan di masjid. Ini dapat menjadikan agar syiar Islam dapat disaksikan oleh setiap mata yang memandang. Semua golongan, baik kaum lelaki, wanita, orang tua, dan muda semuanya disunahkan untuk berangkat ke tempat solat sunat Idul Fitri diadakan.

Selang beberapa lama setelah  waktu syuruq telah habis, imam mempin solat tanpa didahului dengan solat sunat, azan dan iqamat. Setelah selesai solat, imam (Khatib) akan menyampaikan khutbah. Pernah sahaja berlaku di zaman Saidina Uthman khutbah disampaikan sebelum solat. Namun, apabila Saidina Ali menjadi Khalifah, khutbah disampaikan semula selepas selesai solat sunat Idul Fitri sebagaimana dilakukan ketika zaman Nabi SAW, Abu Bakar dan Umar. Setelah selesai selesai melakukan solat, Nabi SAW mengucapkan ucapan selamat dan doa. Setelah selesai menunaikan solat sunat Idul Fitri, para jamaah kembali ke rumah masing-masing melalui jalan yang berbeza bagi merayakan Idul Fitri bersama keluarga.

Di Negara Khilafah

Sebagaimana sunnah Nabi SAW begitu jugalah hari raya akan dirayakan oleh umat Islam di dalam Negara Khilafah. Bermula menjelang malam 29 Ramadhan, Negara Khilafah akan melakukan rukyatul hilal (melihat anak bulan). Bahkan negara juga turut  mengalakkan agar umat Islam untuk melakukan hal yang sama iaitu melakukan rukyatul hilal. Jika sah hilal kelihatan, maka Khalifah akan mengumumkan penetapan 1 Syawal jatuh pada keesokkan harinya. Jika hilal tidak kelihatan, maka bilangan hari ramadhan disempurnakan menjadi 30 hari, sehingga 1 Syawal ditetapkan jatuh pada hari berikutnya.

Pada malam hari raya, Khalifah menyampaikan pidatonya kepada seluruh rakyat Negara Khilafah untuk mengucapkan selamat dan doa, dengan mengingatkan sunah Rasulullah SAW berkaitan dengan sambutan hari raya, menyeruh umat Islam memperbanyakkan takbir mengagungkan asma Allah SWT, mengingatkan kaum Muslim agar menunaikan zakat fitrah untuk diberikan kepada fakir dan miskin di sekitar mereka. Mengajak seluruh umat Islam beramai-ramai ke tempat solat bagi menunaikan shalat Idul Fitri. Bahkan bagi kaum wanita yang tidak boleh keluar rumah karena tidak mempunyai jilbab, maka diserukan bagi saudaranya agar meminjamkannya.

Sejak terbenamnya matahari, stesen televisen, radio maupun media-media elektronik yang lain akan mengumandangkan takbir hingga imam [khatib] naik di atas mimbar. Di ibukota Negara Khilafah, Khalifah memimpin solat sunat Idul Fitri dan seterusnya menyampaikan khutbah. Solat dan khutbah Khalifah akan dipancarkan ke seluruh dunia, sehingga segala pesanan penting yang terkandung dalam khutbahnya boleh disampaikan kepada seluruh umat Islam di serata dunia.

Di zaman Khilafah ‘Abbasiyyah, para Khalifah melakukan jamuan makan setelah pelaksanaan solat sunat Idul Fitri. Bahkan, manakala di era Ikhsyidiyyah, telah dilakukan upacara perbarisan ketenteraan. Semuanya ini dilakukan sebagai ekspresi rasa syukur kepada Allah SWT, tiada salahnya dari segi hukum syarak. Inilah yang ditunjukkan oleh Nabi SAW, ketika membiarkan orang Abesinia bermain tombak di hadapan baginda dan istri tercintanya, Aisyah ra ketika menyambut hari raya Idul Fitri.

Oleh itu, jika cara yang sama hendak dilakukan oleh Negara Khilafah, maka terserah pada pandangan dan ijtihad Khalifah. Jika Khalifah memandang perlu, contohnya sebagai cara untuk membina semangat ataupun keyakinan diri umat Islam dalam menghadapi situasi politik global, maka kebijakan tersebut boleh sahaja untuk dilaksanakan. Begitulah, Idul Fitri dirayakan oleh umat Islam, sebagai umat terbaik, pemimpin seluruh umat manusia di muka bumi ini.

Sumber: Tabloid Media Umat Edisi 154, 16 Ramadhan – 28 Syawal 1436 H