Palestin perlukan Khilafah!

Walaupun telah ada kesepakatan gencatan senjata dua hari yang lepas, namun entiti haram Israel dilaporkan terus membedil dengan beberapa roket yang dilancarkan arah Gaza. Entiti haram tersebut memberikan alasan bahawa serangan tersebut bukan ditujukan kepada kumpulan Jihad Islam, yang sudah bersetuju untuk melakukan gencatan senjata. Sebaliknya serangan tersebut disasarkan kepada Hamas yang mentadbir semenanjung Gaza. [Sumber: hmetro.com.my]

Apa yang berlaku di Palestin saat ini menjadi bukti bahawa umat Islam wajib sedar akan solusi sebenar. Entiti haram Israel tidak akan pernah faham dengan kata-kata seperti perjanjian damai, gencatan senjata, resolusi dan seumpamanya. Lihatlah bagaimana mereka cuba berdalih dengan serangan terbaru yang dilakukan walaupun telah ada gencatan senjata. Sebab itulah, entiti haram tersebut perlu diajar dengan satu ketumbukan tentera yang kuat supaya mereka faham bahawa umat Islam tidak mudah diperkotak-katikkan.

Justeru itu umat Islam hari ini perlu menyedari bahawa solusi kepada isu Palestin adalah dengan melancarkan jihad ke atas entiti haram Israel untuk membela dan menyelamatkan umat Islam, seterusnya menghentikan keganasan entiti haram Israel ke atas Palestin. Namun malangnya, disebabkan oleh adanya sempadan negara bangsa yang diukir oleh penjajah Barat, umat Islam di Palestin dibiarkan bersendirian mempertahankan tanah dan darah mereka, tanpa sedikit pun pertolongan diberikan oleh negeri-negeri umat Islam yang berdekatan.

Maka, untuk benar-benar merealisasikan jihad ini, umat Islam tidak lagi boleh mengharapkan para pemimpin umat Islam yang ada di serata dunia ketika ini kerana telah terbukti bahawa mereka para pengkhianat yang hanya membisu tatkala umat Islam diserang. Pelbagai kutukan mahupun kritikan dilakukan hanya untuk mengaburi pandangan umat Islam kononnya mereka prihatin ke atas nasib umat Islam Palestin. Namun sebutir peluru pun mereka tidak sanggup lepaskan ke arah entiti haram Israel, jauh sekali untuk mereka melaungkan seruan jihad.

Disebabkan itu, umat Islam benar-benar memerlukan sebuah negara yang kuat dan seorang pemimpin yang berani untuk melancarkan jihad ke atas entiti haram Israel. Maka tidak ada jalan lain melainkan umat Islam wajib berusaha bersungguh-sungguh untuk menegakkan Khilafah serta melantik seorang Khalifah, kerana inilah satu-satunya solusi tuntas kepada masalah Palestin.  Khilafah merupakan harga mati bagi masalah umat Islam di mana sahaja mereka berada saat ini. Rasulullah SAW bersabda:

إنَّمَا الْإِمَامُ جُنَّةٌ يُقَاتَلُ مِنْ وَرَائِهِ وَيُتَّقَى بِهِ

“Sesungguhnya al-Imam (khalifah) itu (laksana) perisai, (orang-orang) akan berperang di belakangnya (mendukung) dan berlindung (daripada musuh) dengan (kekuasaan)nya”. [HR. Al-Bukhari, Muslim, An-Nasa’i, Abu Dawud, Ahmad].

Ustaz Umar Hussein
Pimpinan Pusat Hizbut Tahrir Malaysia

Get real time updates directly on you device, subscribe now.