Pameran Khilafah di Masjid Nur Iman, Sandakan
Selesai solat Jumaat, ramai dalam kalangan jamaah, khususnya anak-anak muda yang pergi menyaksikan pameran ini. Mereka diberi penjelasan tentang Khilafah dari syabab HTM. Pelbagai ragam soalan di lontarkan oleh anak-anak muda tersebut kepada para petugas pameran dalam rangka mendapatkan pencerahan lanjut tentang Khilafah.
Alhamdulillah, pameran, sebagai salah satu uslub (teknik) dakwah yang ringkas ini, berjalan dengan baik dan mendapat sokongan dari para jamaah. Mereka meluahkan rasa terima kasih dan kegembiraan serta mengalu-alukan kedatangan pihak HTM di lain waktu kerana uslub ini dalam yang masa dapat mengimarahkan lagi masjid. Walaupun di kawasan yang agak terpencil dan dhaif, namun syabab HTM tetap tidak meminggirkan kawasan tersebut dalam usaha dakwah mereka, menyeru masyarakat kepada Islam dan Khilafah.