Pembangkang Perlu Patuh Perlembagaan
undang-undang. ”Kita harus bertindak mengikut konsep perlembagaan dan undang-undang kerana mengambil tindakan di luar batasan akan menyebabkan negara menjadi tidak stabil,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri majlis penyampaian hadiah kepada pelajar cemerlang anjuran Pusat Pendidikan dan Pembangunan Sri Murugan di sini hari ini. Beliau menambah, pembangkang boleh melihat konteks Amerika Syarikat semasa bekas Presiden George W. Bush menentang Al Gore ketika pemilihan Presiden negara itu pada 2000.
Ketika itu, katanya, pemilihan undi Presiden ditentukan menggunakan sistem elektronik di mana berdasarkan sistem tersebut mengesahkan Bush menang pada pertandingan tersebut. ”Al Gore bagaimanapun membantah kemenangan itu kerana kiraan tangan secara manual menunjukkan majoriti Bush makin lama makin kurang sehingga berbeza hanya 300 undi. ”Bush kemudian membawa kes pertikaian itu ke Mahkamah Supreme dan mahkamah memutuskan kiraan manual perlu dihentikan dan kemenangan Bush melalui kiraan secara elektronik adalah sah. ”Keputusan tersebut dihormati rakyat Amerika Syarikat dan ini membuktikan mereka mempunyai ciri-ciri bangsa bertamadun tinggi,” katanya. Ahmad Husni berkata, sebagai rakyat, semua pihak mesti patuh kepada sistem tersebut kerana perjalanan Malaysia masih jauh untuk menuju negara maju.
[Utusan Malaysia: 11/05/09]
Firman Allah SWT
”Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka diajak ke pada kitab Allah dan sunnah RasulNya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata: “Kami dengar dan Kami taat”: Dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan”. [TMQ An Nuur (24) : 51].
” dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan – apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara – (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan rasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata”. [TMQ Al Ahzab (33) : 36].
Apabila merujuk isu ini kepada kes di Amerika Syarikat (AS), ia mestilah berdasarkan kaedah yang betul. Memanglah tidak salah kalau kita mengagumi kehebatan sains dan teknologi ciptaan barat seperti apa yang dapat kita saksikan seperti hari ini. Ini adalah kerana, sains dan teknologi adalah suatu bentuk kebendaan(madaniah) yang bersifat neutral dan tidak terkait dengan mana-mana aqidah. Tetapi jika kitu turut mengakui AS dan rakyatnya mempunyai ciri-ciri bangsa bertamadun tinggi, maka ini adalah pandangan yang bertentangan dengan Islam bahkan dengan realiti yang dipaparkan. Apakah kayu ukur yang kita gunakan di dalam menentukan tahap ketinggian tamadun sesuatu bangsa itu? Realitinya hari ini, rakyat AS secara umumnya dan para pemimpin mereka khususnya serta para kapitalisnya adalah golongan yang menjadikan undang-undang rimba ciptaan manusia untuk menjajah dunia hari ini. Ketika ini, AS telah dilabel oleh masyarakat dunia sebagai negara pengganas nombor satu. Apakah sesuatu bangsa itu dikatakan bertamadun apabila membunuh ratusan ribu orang awam secara terang-terangan atas alasan memerangi pengganas?
Lihatlah betapa jauhnya tersasar pemikiran seorang pemimpin umat Islam pada hari ini di dalam menilai sesuatu realiti yang ada. Inilah kesannya apabila umat Islam itu memakai cermin mata Kapitalisme di dalam melihat dan memahami dunia hari ini. Akibatnya, mereka cenderung berkiblatkan kepada barat di dalam mengatur sistem/hukum-hakam kehidupan. Sudah tibalah masanya untuk umat Islam itu kembali menggunakan cermin mata Islam agar mereka dapat menilai dunia ini berdasarkan sudut pandangan Islam yang sebenarnya. Ketahuilah bahawa kemuliaan itu hanya milik Allah dan RasulNya. Firman Allah SWT
”mereka berkata lagi: ” Demi sesungguhnya! jika kita kembali ke Madinah (dari medan perang), sudah tentu orang-orang yang mulia lagi kuat (pihak kita) akan mengusir keluar dari Madinah orang-orang yang hina lagi lemah (pihak Islam)”. Padahal bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi RasulNya serta bagi orang-orang yang beriman; akan tetapi golongan yang munafik itu tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)” [TMQ . Al Munaafiquun (63) : 8].