Pemimpin Umat Islam Yang Pengecut

erdoganWalaupun Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan mengutuk serangan bom yang dilakukan oleh Israel ke atas kompleks ketenteraan di pinggir Damsyik, namun pada hakikatnya kata-kata tersebut hanyalah merupakan kata-kata yang lahir daripada seorang yang pengecut. Apakah bezanya antara kata-kata Erdogan dengan resolusi yang dikeluarkan oleh PBB dan kutukan daripada Kesatuan Liga Arab serta OIC terhadap isu-isu berkaitan masalah umat Islam? Mereka semuanya   sepakat mengutuk semua keganasan dan kebiadaban yang dilakukan oleh negara haram Israel itu ke atas Palestin. Begitu juga NATO, mereka juga mengutuk rejim Bashar Al-Assad berkenaan isu Syria. Bahkan seluruh dunia termasuklah Malaysia yang dipimpin oleh Najib juga berlagak seperti hero dengan mengutuk rejim Assad kerana telah melakukan kezaliman dan kekejaman terhadap rakyatnya sendiri. Persoalannya, adakah kutukan-kutukan tersebut memadai berbanding apa yang diharap-harapkan oleh rakyat Palestin dan Syria? 

Masalah umat Islam di seluruh dunia, khususnya konflik yang berlaku di Syria dan Palestin pada saat ini adalah masalah seluruh umat Islam. Umat Islam bagaikan tubuh yang satu yang tidak dapat dipisah-dipisahkan oleh sempadan negara mahupun bangsa dan keturunan. Akidah mereka sama, kitab pegangan mereka yakni al-Quran dan as-Sunnah juga sama. Darah mereka adalah darah umat Islam. Penderitaan mereka adalah penderitaan umat Islam. Nasib mereka perlu dibela bukan sekadar dengan kata-kata retorik yang penuh dengan dusta dan kepalsuan. Akan tetapi, penyelesaian yang wajib dilakukan oleh para penguasa dan tentera-tentera umat Islam di seluruh dunia adalah dengan memberikan nusrah (sokongan kekuatan) untuk mendirikan Negara Islam, iaitu Khilafah Islamiyyah. Dengan Khilafahlah, seluruh penderitaan dan kesengsaraan yang dialami oleh umat Islam di seluruh dunia pada saat ini dapat disirnakan. Campakkanlah sistem demokrasi-sekular-kapitalisme yang kotor dan busuk ini ke lembah yang hina. Bersegeralah dalam usaha untuk meraih kemuliaan dengan menyokong kebangkitan untuk mendirikan semula ‘ibu’ yang menjadi pelindung umat Islam.

Cukuplah dengan pelbagai resolusi kosong yang dikeluarkan dan mainan kata-kata kutukan yang penuh pembohongan yang diucapkan oleh para penguasa umat Islam di seluruh dunia. Mereka semua pada hakikatnya tunduk dan takut kepada Amerika Syarikat yang merupakan kuasa besar dunia pada saat ini. Jika benar Erdogan ikhlas dalam menyatakan kebenciannya terhadap Israel serta sayangkan bumi Syria, maka lancarkanlah perang jihad ke atas musuh-musuh Allah ini. Kerahkanlah tentera-tentera kalian ke sana tanpa sebarang rasa takut. Laungkanlah seruan jihad ke atas mereka agar negara haram Israel itu bergetar hati-hati mereka mendengar laungan seruan tersebut. Itulah kemuliaan yang akan kalian peroleh di sisi Allah SWT. Mati syahid di jalan Allah adalah sesuatu yang diimpi-impikan oleh semua orang yang  beriman. Sebaliknya, kata-kata retorik hanya muncul daripada mulut-mulut pemimpin yang pengecut dan bacul.

Sumber: Sinar Harian, 05/02/13