Penerangan & Tayangan Umum Kejatuhan Khilafah

Sempena tarikh keramat, kejatuhan Daulah Khilafah pada 3 Mac 1924, sebuah  tayangan video bertajuk ” Rintihan Umat Islam – Sampai Bila!” telah dipertontonkan kepada umat Islam, khususnya golongan peniaga dan umat yang datang membeli belah. Sejarah hitam umat ini dipertontonkan dengan harapan ia dapat memberikan kesedaran  dan menjadi momentum kepada umat dalam usaha menegakkan semula negara  “super power” tersebut.

Bertempat di bazaar Uptown Jalan Reko Kajang pada hari Ahad 6 Mac, bermula jam 12.30 pagi, HTM yang diketuai oleh Ustaz Abu Syahid, juga telah memberikan penjelasan mengenai kewajiban mendirikan semula Daulah Khilafah. Program tersebut  tamat  pada jam 1.45 pagi.

Ini adalah merupakan salah satu aktiviti HT dalam usahanya yang tidak pernah mengenal lelah dalam menyedarkan umat Islam mengenai tanggungjawab yang begitu agung ini.…..seterusnya akan muncul Khilafah di atas jalan Kenabian (HR Ahmad) 

alt

alt

alt

alt