Penggodaman E-mel Mendedahkan Plot Senjata Kimia Amerika ke Atas Syria
Dalam salah satu e-mel syarikat tersebut, Pengarah Pembangunan Perniagaan, David Goulding telah menghantar mesej berikut kepada pengasas syarikat, Philip Doughty:
“Phil
Kita telah mendapat tawaran baru. Sekali lagi tentang Syria. Qatar telah mencadangkan tawaran yang menarik dan saya pasti bahawa idea ini diperkenankan oleh Washington.
Rancangannya adalah kita perlu membawa masuk ‘CW’ ke Homs, senjata g-shell keluaran Soviet yang diperolehi melalui Libya, ia sama sepertimana yang dimiliki oleh Assad. Mereka menghendaki kita untuk mengupah kakitangan Ukraine kita yang boleh bercakap bahasa Rusia dan membuat satu rakaman video.
Terus terang saya nyatakan bahawa idea ini bukan suatu idea yang baik tetapi jumlah yang ditawarkan adalah sangat besar. Bagaimana dengan pendapat kamu?
Yang benar,
David”
‘CW’ adalah singkatan bagi ‘Senjata Kimia’ (Chemical Weapon), dan di sini jelas bahawa mesej yang disampaikan oleh David di atas adalah merujuk kepada pelan yang dikatakan direstui oleh kerajaan AS di Washington melalui sebuah syarikat yang dilantik oleh kerajaan Qatar bagi mencipta bukti palsu tentang kewujudan senjata kimia di Syria. Kerajaan AS telah menyatakan dengan jelas bahawa penggunaan atau pergerakan senjata kimia di dalam Syria akan menjadi ‘garis merah’ (amaran) yang akan mencetuskan campur tangan AS. Mengenai warga Ukraine yang dinyatakan dalam email tersebut, ia tidak jelas sama ada mereka akan membuat rakaman tentang ‘penemuan’ senjata kimia ataupun berlakon dengan membuat serangan palsu sepertimana yang pernah dicadangkan oleh beberapa penganalisa.
Tiada cara untuk mengesahkan kesahihan dokumen-dokumen yang bocor ini, tetapi anda boleh mencari maklumat ini dengan lebih lanjut tentang bagaimana fail-fail ini diperolehi dan kandungan penuhnya melalui laman sesawang Cyber War News.
AS dituduh menyebarluaskan perisikan palsu
Di samping penggodaman e-mel di atas, terdapat satu laporan siasatan yang menarik yang dikeluarkan oleh majalah Foreign Policy dalam minggu ini yang mencadangkan bahawa kerajaan AS telah dengan sengaja menguar-uarkan laporan perisikan palsu tentang senjata kimia Syria dalam usaha untuk meraih sokongan bagi campur tangan ketenteraannya.
Pada bulan Disember lalu, Setiausaha Negara Hillary Clinton telah bercakap tentang “bukti yang boleh dipercayai bahawa rejim Assad terpaksa menggunakan senjata kimia terhadap rakyat mereka sendiri.”
‘Bukti yang boleh dipercayai (iaitu penggunaan senjata kimia) yang dianggap sebagai ‘garis merah’ oleh AS ini telah pun dicerobohi, sekaligus dijadikan justifikasi pencerobohan Amerika ke atas Syria. Tetapi dalam satu laporan siasatan yang dikeluarkan oleh Jeffrey Lewis, beliau menolak sebahagian ‘bukti’ yang dibentangkan oleh kabel perisikan ini dan sebaliknya telah mendatangkan satu bukti yang sangat kukuh. Antara penemuan beliau yang paling berharga adalah hakikat bahawa ‘Agen 15’ (iaitu senjata kimia yang dikatakan sepatutnya digunakan oleh Assad) sebenarnya tidak wujud. Perkara ini boleh ditertawakan jika ia tidak menakutkan.
Diterjemahkan daripada; worldnewscurator.com