Pengumuman Keputusan Rukyatul Hilal di Bulan Ramadhan yang Diberkati 1437 H

Pengumuman Keputusan Rukyatul Hilal di Bulan Ramadhan yang Diberkati 1437 H

(Terjemahan)

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِيَ أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ وَمَن كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ يُرِيدُ اللّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلاَ يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُواْ الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُواْ اللّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

“Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu serta pembeza (antara yang hak dan yang batil). Kerana itu, barang siapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barang siapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka) maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur” [TMQ al-Baqarah (2):185].

ramadhanSegala puji bagi Allah, selawat dan salam kepada Rasulullah SAW, keluarga, para sahabat, pengikut dan orang-orang yang mengikuti jalan baginda dan orang-orang yang menjadikan akidah Islam sebagai asas pemikiran mereka dan hukum-hakam syari’at sebagai tolok ukur perbuatan dan sumber bagi segala keputusan mereka.

Al-Bukhari meriwayatkan di dalam Sahihnya, dari Muhammad bin Zeyad yang berkata: Aku mendengar Abu Hurairah (ra) berkata, Nabi SAW bersabda:

«صوموا لرؤيته وأفطروا لرؤيته, فإن غبي عليكم فأكملوا عدة شعبان ثلاثين»

“Berpuasalah kalian apabila melihatnya (anak bulan) dan berbukalah (berhari rayalah) apabila melihatnya, dan jika mendung menutupi kalian, maka genapkanlah Sya’ban kepada tiga puluh hari.”

Selepas meninjau anak bulan Ramadhan yang penuh berkat pada malam ini (hari Ahad malam Isnin), anak bulan Ramadhan yang sah telah kelihatan mengikut keperluan syariah di beberapa bahagian negeri-negeri kaum Muslimin. Oleh itu, esok (Isnin) adalah hari pertama Ramadhan yang penuh berkat.

Kita semua tahu bahawa Ramadhan adalah bulan al-Quran dan bulan kemenangan dalam sejarah umat Islam, Perang Badar berlaku pada bulan Ramadhan, yang digelar oleh Allah, Tuhan sekalian alam, sebagai Hari al-Furqan (Pembeza) kerana di dalamnya, Dzat yang Maha Kuasa membuat perbezaan di antara kebenaran (al-haq) dan yang batil (al-bathil). Pembukaan kota Makkah juga berlaku pada bulan Ramadhan.

Manakala pada tahun 13 Hijrah, bulan Ramadhan menyaksikan Peperangan Buwaib, yang diketuai oleh komander yang mengagumkan, Al-Mutsanna bin al-Haritsah, di mana bilangan umat Islam dalam pepeangan ini adalah 8000 sahaja, sedangkan pasukan Parsi berjumlah 100,000. Bagaimanapun, kemenangan yang besar berpihak kepada umat Islam.

Pada bulan Ramadhan tahun 92 Hijrah, berlakunya Peperangan Wadi di Ribaat, di mana tentera Islam – berjumlah 12,000 – yang diketuai oleh Tariq bin Ziyad (rahimahullah), berhadapan dengan 100,000 tentera salib Sepanyol yang diketuai oleh Roderick, dan tentera Islam menang dengan gemilang. Peperangan itu berterusan selama lapan hari berturut-turut, dan kesannya bukan sahaja mengubah sejarah seluruh kawasan di Afrika Utara dan di Eropah Barat, malah sejarah seluruh Eropah.

Pada 25 Ramadhan 658 Hijrah, terjadinya satu peperangan yang menggoncangkan seantero dunia iaitu Peperangan Ain Jalut, satu kemenangan Islam yang sangat membanggakan yang diketuai oleh Saifuddin Qutuz (rahimahullah) melawan gerombolan tentera Tatar, memecahkan keangkuhan mereka selepas mereka melakukan kekejaman yang tidak terhingga ke atas manusia.

Sesungguhnya pada semua peristiwa tersebut terletak pengajaran dan pelajaran bagi kaum yang berfikir, bahawa bulan puasa dan membaca al-Quran (Ramadhan) bukannya satu bulan untuk malas dan tidur, sebaliknya ia adalah bulan keimanan yang memotivasi usaha untuk meninggikan kalimah Allah (swt) dengan melaksanakan peraturan-Nya dan mengalahkan musuh-musuhNya.

Oleh itu, kami menyeru anda untuk berusaha bersama kami untuk menamatkan kesan perjanjian Sykes-Picot yang telah memecah-belahkan umat dan mencerai-beraikannya kepada berpuluh-puluh entiti (negara) yang lemah yang dipimpin oleh pemerintah khianat yang memerangi Allah dan Rasul-Nya, yang mencampakkan hukum Allah (swt) dan memerangi para pengembang dakwah yang berusaha untuk menegakkan agama Allah.

Kami menyeru umat Islam untuk menggandingkan tangan mereka yang disucikan dengan wudhu’, dengan tangan kami di Hizbut Tahrir, yang bertarung dalam pertembungan intelektual dan perjuangan politik, yang mendedahkan rancangan jahat penjajah Barat, dan yang menjelaskan kepada anda jalan Islam yang lurus, supaya Allah (swt) mencatat kemenangan dan penegakan Khilafah al-Rasyidah ala minhaj nubuwwah di tangan anda. Dan semoga Allah (swt) memberikan kemenangan melalui tangan Amir Hizbut Tahrir, seorang ulama terkenal, Atha’ bin Khalil Abu al-Rashtah, dan terwujudnya baiah kepadanya sebagai Khalifah yang akan memerintah dengan Kitabullah dan Sunnah Nabi-Nya (saw). Dengan itu anda telah menegakkan hukum-hakam Allah yang benar, dan membawa dakwah Islam sebagai cahaya dan petunjuk bagi semua manusia. Dengan yang demikian, umat Islam akan kembali sebagai umat yang terbaik yang dikeluarkan untuk manusia.

Wahai tentera kaum Muslimin, ketahuilah bahawa Allah (swt) akan memberikan kemenangan kepada agama-Nya, jika tidak melalui tangan kalian, maka melalui tangan orang lain, yang taat, yang akan dimuliakan-Nya dengan kemenangan tersebut. Jadi, jangan biarkan kemuliaan ini berlalu dari kalian. Selaraskanlah diri kalian dengan barisan umat demi meraih keredhaan Allah (swt) dan kemuliaan dunia dan akhirat.

Saya juga berbesar hati untuk panjangkan ucapan tahniah daripada Ketua Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir dan semua pekerjanya, kepada Amir Hizbut Tahrir, seorang ulama ternama Atha’ bin Khalil Abu al-Rashtah, dan juga kepada seluruh umat Islam sempena bulan yang mulia ini. Saya memohon kepada Allah (swt) sempena bulan yang mulia ini, yang penuh rahmat dan pengampunan, agar membebaskan kita dari api neraka dan membolehkan kita untuk bertemu dengan Lailatul Qadr dan merahmati kita dengan ganjaran.

Ya Allah, Tuhan langit dan bumi, muliakanlah kami dengan baiah kepada Khalifah umat Islam dalam negara Khilafah al-Rasyidah ala minhaj nubuwwah yang kedua (yang akan berdiri) sedikit masa lagi…Allahuma ameen ameen ameen.

Benarlah firman Allah dalam kitab suciNya,

أَتَى أَمْرُ اللَّهِ فَلَا تَسْتَعْجِلُوهُ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى عَمَّا يُشْرِكُون

“Telah pasti datangnya ketetapan Allah, maka janganlah kamu meminta disegerakan (datangnya). Maha Suci Allah dan Maha Tinggi dari apa yang mereka persekutukan” [TMQ al-Nahl (16):1].

Wassalamu alaikum wa rahmatullah wa barakatuh.

Malam Isnin ialah hari pertama Ramadan yang mulia bagi tahun 1437 Hijrah.

Saudaramu,

OSMAN BAKHASH

Pengarah Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir