Perjuangan Sejuta Tandatangan di Pasar Malam Taman Melawati
Kali ini, pada 15 Julai 2008, sekitar 8.00 malam hingga 10.00 malam, tibalah giliran Pasar Malam Taman Melawati, Kuala Lumpur menjadi saksi turunnya para syabab Hizbut Tahrir bersama- sama pengunjung pasar malam dalam Perjuangan Sejuta Tandatangan membantah kenaikan harga minyak. Pada malam itu juga, Timbalan Presiden Hizbut Tahrir Malaysia, Ustaz Umar Hussien turut menyeru kepada pemerintah agar mengembalikan hak rakyat ini (minyak) kepada seluruh umat, serta menerapkan hukum- hukum Islam secara kaffah. Sambutan dan sokongan daripada pengunjung amatlah mengharukan, dengan rata-ratanya menyokong perjuangan yang dilakukan oleh Hizbut Tahrir dalam rangka mengembalikan kehidupan Islam.