PM Pakistan mula zahirkan siapa dirinya dengan AS

‘Pakistan terus perangi keganasan’

ISLAMABAD: Perdana Menteri baru Pakistan, memberitahu Presiden George W Bush pendekatan lebih meluas diperlukan dalam kempen memerangi keganasan, termasuk mengusahakan penyelesaian politik dan program pembangunan.

Yousuf Raza Gilani membuat kenyataan itu apabila Bush menghubunginya kelmarin untuk mengucapkan tahniah di atas pelantikan beliau itu.

Sementara itu, bekas Perdana Menteri Pakistan, Nawaz Sharif, memberitahu dua diplomat Amerika kelmarin kerajaan baru akan menilai dasar antikeganasan Presiden Pervez Musharraf dan memberi tumpuan kepada apa yang terbaik buat negara itu.

Gilani memberitahu Bush ‘Pakistan akan terus memerangi keganasan dalam segala bentuk dan manifestasinya kerana ia adalah untuk kepentingan Pakistan sendiri,’ menurut kenyataan yang dikeluarkan lewat kelmarin oleh pejabatnya.

“Bagaimanapun, katanya pendekatan menyeluruh diperlukan dalam perkara ini, terutama menggabungkan pendekatan politik dengan program pembangunan,” tambah kenyataan.

Gilani berkata, Pakistan ‘bersungguh-sungguh untuk mengekalkan hubungan jangka panjang yang rapat dengan Amerika.’

Beliau dijangka menemui Timbalan Setiausaha Negara Amerika yang sedang dalam lawatan, John Negroponte dan Pembantu Setiausaha Negara, Richard Boucher, lewat semalam, sehari selepas mereka mengadakan perjumpaan dengan Musharraf dan Nawaz.

Penganalisis berkata, lawatan itu bertujuan menyokong kerajaan baru dan melicinkan hubungan antaranya dengan Musharraf, di tengah kebimbangan ketidakstabilan di negara bersenjata nuklear itu akan menjejaskan usaha menangani ekstremis.

Pakistan adalah sekutu kuat Amerika dalam perang menentang al-Qaeda dan Taliban sejak 2001. Lebih 600 maut dalam keganasan berkaitan militan tahun ini.

Cubaan mengadakan perjanjian damai dengan militan di wilayah puak bersempadan Afghanistan tidak kesampaian dengan berlaku pertumpahan darah dan mencetuskan kebimbangan di Washington. � AFP

Nawaz berkata, beliau memberitahu Negroponte jawatankuasa Parlimen akan meneliti dasar Musharraf mengenai mengekang militan, dan berkata kerajaan baru mahu menangani keganasan tetapi tidak mahu negara itu menjadi ‘pusat pembunuhan.’

Sementara itu, Bush menggunakan kuasanya untuk mengecualikan Pakistan dari undang-undang yang mengehad membiayai negara yang menyaksikan ketua negara sah disingkirkan oleh rampasan kuasa, seperti di Pakistan, kata Rumah Putih kelmarin. �AFP

Sumber: Berita Harian 27/03/08

Ulasan:

Keluar mulut harimau, masuk mulut buaya – begitulah nampaknya nasib yang bakal menimpa umat Islam di Pakistan nanti.  Perdana Menteri yang baru dilantik, Yousuf Raza Gilani, yang merupakan orang kanan Benazir dahulu, telah serta-merta mengisytiharkan agendanya yakni memerangi pengganas. Agenda memerangi pengganas tidak lain kecuali bermaksud memerangi umat Islam. Sepatutnya agenda Yousuf adalah memerangi Amerika, kerana Amerikalah bapa kepada segala pengganas, bukannya memerangi umat Islam, pengganas dalam takrifan Amerika.

Dengan naiknya Yousuf Raza di tampuk pemerintahan, nampaknya juga telah zahir seorang lagi agen Amerika di Pakistan. Apa tidaknya, baru sahaja dilantik, Bush terus menghubungi PM baru ini dan Bush juga terus menghantar wakilnya untuk menemui beliau.

Kata-kata Gilani sendiri yang dipetik sebagai berkata, ‘Pakistan bersungguh-sungguh untuk mengekalkan hubungan jangka panjang yang rapat dengan Amerika’ telah menyerlahkan kedudukan beliau yang nampaknya tidak ada bezanya dengan Musharraf dan Benazir yang merupakan hamba kepada AS di sepanjang pemerintahan masing-masing.  

Sesungguhnya umat Islam tidak memerlukan sekutu dan penyembah Amerika seperti Gilani ini, umat Islam memerlukan seorang Khalifah yang akan memerangi Amerika. Umat Islam khususnya di Pakistan memerlukan seorang Khalifah yang akan memanfaatkan kekuatan nuklear yang ada di Pakistan untuk menghancurkan kuffar Amerika. Inilah yang amat ditakuti oleh Bush dan oleh sebab itulah si laknatullah ini berusaha bersungguh-sungguh bagi memastikan siapa sahaja yang naik (menjadi PM) di Pakistan adalah orang yang bakal menjadi anjingnya.