Protes di Masjid Universiti Amman Jordan

 
altPada hari Jumaat minggu lalu, 20 Rabiulakhir 1432H bersamaan 25 Mac 2011, Hizbut Tahrir Jordan telah mengadakan seruan di Masjid Universiti Amman, Jordan.
 

Pihak keselamatan dan pihak polis telah berusaha untuk menghentikan seruan tersebut dengan menangkap beberapa orang syabab HT sebelum solat Jumaat, memeriksa identiti para jemaah yang mengunjungi masjid tersebut serta merampas pembesar suara dan sepanduk-sepanduk. Walaupun sejak dari awal mereka cuba untuk menghalang usaha dakwah ini, alhamdulillah, seruan tetap terus berjalan seperti yang dirancang, sekaligus menggagalkan usaha kerajaan Jordan untuk menghentikannya.

Allah swt berfirman

وَمَكَرُوا وَمَكَرَ اللَّهُ ۖ وَاللَّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ

“Mereka membuat makar (tipu daya), dan Allah juga membuat tipu daya. Dan Allah adalah sebaik-baik (pembalas) tipu daya”. [TMQ Ali-Imran (3) : 54].

[youtube:http://www.youtube.com/watch?v=rZ7pOL-GVTs&feature=channel_video_title]

[youtube:http://www.youtube.com/watch?v=b0T3ZciTyb0&feature=related]
 

[youtube:http://www.youtube.com/watch?v=Cy9da6LkANw]

[youtube:http://www.youtube.com/watch?v=qkQXRkmV5HI&feature=player_embedded]