Rejim Rusia Memenjarakan Pendakwah Syariah dan Khilafah

Ujian dakwah terus menimpa ke atas kaum Muslimin di Rusia. Oleh kerana tidak dapat menghadapi debat intelektual para pengembang dakwah, Rusia melakukan cara yang paling hina dengan menangkap para pejuang Khilafah dan memenjarakan mereka. Namun, semua itu tidak melemahkan semangat para pengembang dakwah, malah menguatkan lagi keimanan mereka bahawa sesungguhnya pertolongan Allah akan segera tiba.

Mahkamah Daerah Chelyabinsk, sebuah kota di Rusia, telah menjatuhkan hukuman ke atas lima anggota organisasi Hizbut Tahrir. Mereka adalah Anzor Akiyev, Airat Lukmanov, Vadim, Salavat Khabirovs dan Vadim Nasyrov.

Mereka yang dituduh bersalah, ditemui di sebuah apartmen sastera politik, termasuk kitab-kitab “Sistem Islam”, “Negara Islam”,”Konsep Politik Hizbut Tahrir”, rakaman audio dan video keganasan, kata jurucakap mahkamah.

Mahkamah juga mengatakan bahawa semua yang tertuduh mengakui terdapat 8 orang anggota baru dalam kumpulan mereka. Mereka bukan sahaja mengedarkan risalah-risalah Islam, tetapi juga mengadakan ceramah-ceramah dan seminar-seminar tentang keimanan, pelajaran tentang Islam dan dasar-dasar ideologi pertubuhan tersebut.

“Lagu-lagu, artikel-artikel dan video yang diedarkan oleh tertuduh mempunyai laporan yang anti Rusia, seruan perang untuk melawan pemerintah bukan Islam, pujian untuk syahid dan seruan melakukan kekerasan terhadap beberapa negara Barat, serta pembentukan pemerintahan Islam di dunia”.

Akiyev dan Salavat Khabirov dijatuhkan hukuman tiga tahun enam bulan, Lukmanov empat tahun, Vadim Khabirov dihukum dua tahun dan Nasyrov dihukum 18 bulan.

Hizbut Tahrir merupakan sebuah parti politik Islam antarabangsa yang bergerak di lebih daripada 40 buah negara di dunia. Para pemudanya aktif di Barat dan di negeri-negeri kaum Muslimin, termasuk di Rusia. Di dalam laman web rasminya, gerakan ini mengisytiharkan diri mereka sebagai parti yang tidak menggunakan kekerasan dalam mencapai tujuannya.

Salah Satu Bandar di Rusia

Walaupun hanya menempuh jalan intelektual dan politik, namun beberapa negara di Barat termasuk Rusia berasa ketakutan dengan keberadaan parti ini. Ini adalah kerana Hizbut Tahrir sangat aktif dalam menyeru kepada pembentukan Khilafah yang akan menjadi kuasa besar baru dunia. Itulah sebabnya mengapa Barat sangat rajin melakukan pelbagai cara untuk menghentikan aktiviti-aktiviti  para pejuang Khilafah tersebut.

Stalinisme Kejam: Ketandusan Intelektual

Sebelum ini, 12 orang pemuda pengembang dakwah daripada Hizbut Tahrir telah dipenjarakan dengan paksaan tanpa bukti-bukti yang jelas serta dilemparkan dengan tuduhan-tuduhan palsu. Pengarah Pusat Pejabat Media Hizbut Tahrir, Utsman Bakhash, mengatakan bahawa rejim Rusia sudah berjalan jauh dalam melakukan politik permusuhan terhadap kaum Muslimin secara umum dan para pengembang dakwah Islamiyah secara khusus.

“Pelbagai tindakan kejam, tekanan, penjara dan penyeksaan, kes yang direka-reka dengan tuduhan palsu, dilakukan di mahkamah palsu, sehingga pada tahap memakai daun strawberi sebagai topeng di depan khalayak ramai, dan kekejaman mereka dalam perang terhadap Islam dan kaum Muslimin, perang terhadap terorisme”, tegasnya dalam sebuah kenyataan.

Menurutnya, wajah sebenar rejim Rusia yang tercela mula terbongkar dan rakyat pun mula hilang kepercayaan terhadap mereka. Hal itu berlaku setelah pelbagai usaha dibuat untuk menghentikan dan untuk menyekat penyebaran Islam di Kaukas dan persekutuan Rusia, di samping pelbagai langkah-langkah putus asa lain untuk mengawal masjid-masjid kaum Muslimin, amalan ibadah mereka dan kepercayaan mereka.

“Dunia menyangka bahawa era Stalinisme yang mengerikan telah pun berakhir. Akan tetapi dunia hari ini menyaksikan bangkitnya kembali stalinisme di dalam usaha kejam dan putus asa dalam menghambat para pengembang dakwah yang hanya bersenjatakan keimanan mereka yang kukuh, keadilan dibawa mereka, dan kebenaran risalah mereka yang diamanahkan kepada mereka oleh Tuhan semesta alam ini.” 

Semua ujian yang menimpa para pengembang dakwah ini mengingatkan kita kepada sabda Rasulullah saw:

“Akan sentiasa ada sekumpulan orang daripada umatku yang selalu menegakkan kebenaran dan mampu mengalahkan musuh-musuh mereka. Tidak memudaratkan mereka orang-orang yang menentang mereka, kecuali sekadar kesulitan hidup yang akan menimpa mereka, sehinggalah datang kepada mereka keputusan Allah (pada hari Kiamat), sementara mereka tetap dalam keadaan demikian.” 

Sumber : www.syabab.com