Ribuan hadiri Konferensi Khilafah UK 2008










London, UK, 16 Ogos 2008 – Ribuan delegasi telah menghadiri Konferensi Khilafah yang dianjurkan oleh Hizbut Tahrir Britain yang bertemakan Khilafah – The Need for Political Unity (Khilafah – Perlunya Kesatuan Politik). 

 

Konferensi ini telah diadakan di kota London awal hari ini sebagai sebahagian dari aktiviti global Hizbut Tahrir di bulan Rajab bagi memperingati kejatuhan Daulah Khilafah, sebagai kesinambungan dari aktiviti yang telah diadakan di Palestine, Iraq, Indonesia, Lebanon, Bangladesh, Ukraine, Mombasa, Australia, Pakistan dan Yemen. Mesej yang menjadi tema utama konferensi adalah bahawa perlunya kaum Muslimin  untuk berusaha ke arah pembaharuan politik bagi menyatukan negeri-negeri kaum Muslimin di bawah satu kesatuan pemerintahan yakni Khilafah.  

 

Seluruh ahli panel telah menggariskan betapa masalah umat Islam yang kompleks dan pelbagai yang wujud dari Lautan Atlantik di Maghribi hinggalah ke Lautan Pasifik di Indonesia, hampir mustahil untuk diselesaikan apabila ia dilihat secara berasingan atau secara prisma negara-bangsa yang merosakkan. Adalah satu fakta yang amat mengagumkan bahawa dunia Islam (secara kesatuan) sebenarnya memiliki lebih kurang 20% dari penduduk dunia, lebih 60% dari simpanan minyak dunia, 55% simpanan gas, 37% simpanan emas dan forex serta 25% kakitangan ketenteraan. Namun, oleh sebab tiadanya Khilafah untuk menyatukan sumber-sumber berharga ini, maka negeri-negeri umat Islam menjadi lemah, terpecah belah dan terjajah.

[Dipetik dan diterjemah dari http://www.hizb.org.uk/hizb/press-centre/press-release/thousands-attend-london-khilafah-the-need-for-political-unity-conference.html]

Berikut adalah gambar-gambar di sekitar Konferensi:-