Rumah Terbuka Anjuran Syabab HTM meriah

open-house-01BANDAR BARU BANGI – Lebih kurang 200 orang telah menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Idulfitri 2010 anjuran syabab (Pemuda) Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) Kawasan Bangi yang diadakan di Khilafah Centre pada 2 Oktober lepas.
Majlis yang bermula dari jam 10 pagi dan berakhir pada 2 petang itu telah dihadiri beberapa ahli daripada gerakan Islam, pemimpin persatuan penduduk, imam-imam masjid dan surau, pensyarah, penuntut universiti dan kolej sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Selain menikmati pelbagai juadah enak yang disediakan, tetamu yang hadir juga disajikan tayangan video mengenai gerakan Hizbut Tahrir (HT) di seluruh dunia sambil diiringi lagu-lagu nasyid.

Presiden HTM, Ustaz Abdul Hakim Othman menjelaskan bahawa, selain jemputan hari raya, majlis itu juga diadakan untuk merapatkan ukhwah sesama Muslim tanpa mengira pangkat mahupun latar belakang.

“Selain itu, para tetamu dapat bertemu sendiri dan beramah mesra dengan pimpinan HTM yang turut hadir dalam majlis tersebut seterusnya dapat mengenali HTM dengan lebih dekat dan mengetahui lebih lanjut akan aktiviti dan usaha-usaha HTM dalam memperjuangkan syariah dan Khilafah,” katanya.

 

open-house-01

open-house-02

open-house-03

open-house-04

open-house-05

open-house-06

Khilafah Centre, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi