SEMINAR: Tranformasi Malaysia Menuju Khilafah (IPOH)
Masih ramai di kalangan umat Islam yang tidak mengenal Negara Islam (Khilafah) berserta sistem-sistem Islam yang diterapkan di dalamnya, sehingga ada yang menganggap negara dan sistem demokrasi itu bertepatan dengan Islam, cuma perlu dipulihkan kerosakannya sahaja. Sesungguhnya Negara Islam itu berbeza sama sekali dengan negara demokrasi dari segenap aspek, bermula dari akidah yang melahirkannya sehinggalah kepada segenap peraturan hidup yang diamalkan di dalamnya. Islam mempunyai sistem pemerintahannya yang tersendiri, sistem ekonomi, pergaulan, uqubat serta polisi pendidikan dan luar negara yang berasaskan wahyu. Persoalan yang sering muncul di benak kaum Muslimin yang ingin melihat Negara Khilafah beserta sistem-sistem Islam yang syumul ini diterapkan ialah, bagaimanakah semua ini boleh direalisasikan sekarang? Bagaimanakah negara demokrasi yang sedia ada ini boleh ditukar kepada Negara Khilafah? Apakah masalah, cabaran dan halangan yang wujud dalam merealisasikan impian umat Islam ini? Atas perkara besar inilah seminar ini diadakan. Kami dengan ini menjemput Anda untuk hadir dan mendengar kupasan yang akan menjawab hal ini Insya Allah
SEMINAR
Tranformasi Malaysia Menuju Khilafah
HARI : |
AHAD (26 APRIL 2015)
|
WAKTU : |
9:00 PAGI – 1 PETANG
|
TEMPAT : |
Hotel Sri Malaysia, Dewan Sri Banding, Hotel Sri Malaysia Ipoh, Jalan Sturrock, Off Jalan Tambun, 30350, Ipoh Perak
|
AHLI PANEL : |
Ust Umar Hussien (Pimpinan Pusat HTM)
Sdr Mahmood Zuhdi (Pimpinan Pusat HTM) Ust Razi Salleh (Syabab HTM) |
MUSLIMIN & MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR
MASUK ADALAH PERCUMA