Sikap Ahmadinejad Terhadap Masjid Al-Aqsa

“Hapuskan negara Israel daripada peta dunia!.” Itulah kata-kata Mahmud Ahmadinejad yang pernah menggemparkan arena politik antarabangsa. Bahkan dalam beberapa persidangan, dia juga pernah melontarkan kata-kata yang sama sehingga ramai yang berpendapat bahawa Ahmadinejad merupakan seorang pemimpin yang berani.

Namun baru-baru ini, Ahmadinejad telah menghadiahkan sebuah buku kepada seorang pembesar Syiah abad ini iaitu Ja’far Murtada Al-Amili yang berjudul ”Ayna Masjid al-Aqsa? (Di Manakah Masjid Al-Aqsa?).”

Kandungan buku itu menyatakan bahawa sesungguhnya Masjid Al-Aqsa itu bukanlah terletak di bumi Al-Quds, tetapi sebaliknya ia berada di langit. Selain itu, buku tersebut turut menyatakan bahawa masjid mereka di Kufah adalah lebih baik berbanding Masjid Al-Aqsa, iaitu sama sepertimana tulisan yang terkandung dalam kitab rujukan Syiah, Biharul Anwar. Buku tersebut merupakan salah satu buku rujukan terbaik di Iran.

Pemberian hadiah tersebut seolah-olah memberikan petunjuk bahawa Ahmadinejad bersetuju dengan isi kandungan buku tersebut yang menolak fakta sejarah yang menyatakan bahawa Saidina Umar Al-Khattab ra yang telah membebaskan Al-Aqsa daripada bangsa Rom.

Persoalannya, adakah Ahmadinejad akan bersama dalam perjuangan membebaskan Masjid Al-Aqsa sedangkan ia ‘berpendapat’ bahawa masjid tersebut berada di langit? Malah sehingga kini, masjid yang pernah menjadi kiblat pertama umat Islam itu belum pernah dibela sama sekali dalam bentuk ketenteraan dari mana-mana negeri umat Islam sejak berdirinya negara haram Israel di bumi Palestin. Padahal Rasulullah SAW telah memuliakan masjid tersebut melalui lisannya,
 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تُشَدُّ الرِّحَالُ إِلَّا إِلَى ثَلَاثَةِ مَسَاجِدَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَمَسْجِدِ الرَّسُولِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَمَسْجِدِ الْأَقْصَى
“Tidaklah ditekankan untuk berziarah kecuali untuk mengunjungi tiga buah masjid, iaitu Masjidil Haram, Masjid Rasul sallallahu ‘alaihi wasallam dan Masjidil Aqsa”. [HR Bukhari, no. 1115 daripada jalur Abu Hurairah].

Sumber : al-khilafah.org