SN286 – PILIHAN RAYA UMUM MESIR – NASIHAT DAN SERUAN DARI HIZBUT TAHRIR

PDF

SN keluaran 9 Disember 2011

  alt

PILIHAN RAYA UMUM MESIR – NASIHAT DAN SERUAN DARI HIZBUT TAHRIR
 

 
[SN286] Setelah sekian lama menderita di bawah pimpinan diktator Husni Mubarak dan selepas itu tersepit pula dengan kepimpinan tentera, kini rakyat Mesir telah berpeluang memilih pemimpin yang mereka ‘ingini’. Kita menyaksikan kini sebuah pilihan raya umum sedang berjalan di Mesir di mana gerakan Ikhwanul Muslimin telahpun memenangi pilihanraya ini pada pusingan pembukaan. Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) yang ditubuhkan oleh Ikhwanul Muslimin memperolehi sebanyak 36.6% undi daripada 9.7 juta undi yang sah, diikuti pencabar terdekatnya, Parti Al-Nour sebanyak 24.4%. Banyak pihak di serata dunia khususnya gerakan Islam yang bergerak di bawah telunjuk demokrasi menyampaikan ucapan tahniah di atas kemenangan Ikhwanul Muslimin ini. Selain mendapat perhatian dekat dan istimewa dari Amerika Syarikat, gerakan yang diasaskan oleh Hassan Al-Bana ini juga turut mendapat sokongan ramai umat Islam yang bersimpati dan tak kurang yang ingin mengambil kesempatan darinya. Oleh yang demikian, tidak mengejutkan jika Ikhwanul Muslimin akan memenangi pilihan raya pusingan berikutnya dan seterusnya menjadi parti pemerintah di Mesir.
Dengan berlangsungnya pilihan raya umum ini, suasana di Mesir kini telah menunjukkan sedikit perubahan, malangnya ia bukan perubahan dari kediktatoran kepada Islam, tetapi perubahan dari kediktatoran kepada demokrasi! Apa pun, kita mengharapkan dan mendoakan agar umat Islam di Mesir dapat membezakan dan melihat dengan jelas bahawa hanya Islam dan Khilafah sahajalah yang dapat merubah dan mengembalikan bumi para anbiya’itu kepada kegemilangan, bukannya demokrasi! Kita mengharapkan bukan sahaja Mesir, malah tanah-tanah umat Islam di sekitarnya juga turut akan kembali ke pangkuan Islam dengan tertegaknya sebuah pemerintahan Islam yang bergelar Khilafah dan bukannya pemerintahan demokrasi sebagaimana yang dicanang oleh kuffar Barat!

Sehubungan dengan pilihan raya umum yang berjalan di Mesir, Hizbut Tahrir Mesir telah pun mengeluarkan nasyrah yang berupa nasihat kepada umat Islam di sana agar tidak terperangkap dengan agenda kuffar Barat melalui pilihan raya yang diadakan. Hizb juga menerangkan hukum bagi umat Islam yang terlibat dengan pilihan raya dan seterusnya Hizbmenyeru umat Islam agar berusaha bersama-sama dengannya bagi mengembalikan Daulah al-Khilafah ala minhaj nubuwwah. Berikut adalah nasyrah yang dikeluarkan oleh Hizbut Tahrir Mesir yang disebarkan ke seluruh dunia amnya dan di Mesir khususnya, yang telah diterjemah dan disunting dari bahasa Arab].

***************************************************************************
Bismillahirrahmanirrahim

Ini Adalah Penjelasan Untuk Umat Manusia

Pilihanraya Umum Akan Datang Tidak Boleh Dijadikan Komitmen Untuk Pembentukan Negara Sivil Demokratik Sekular
Thariqah (jalan) ke arahkekuasaan Islam dalam bentuk sistem pemerintahan Al-Khilafah Al-Islamiyah tidaklah datang melaluijalan perwakilan Parlimen. Penegakan Al-Khilafah Al-Islamiyah dan usaha-usaha untuk menegakkannya apabila Al-Khilafah Al-Islamiyah itu tidak wujud, merupakan kewajiban syar’i yang diperintahkan oleh Islam dan tidak wujudperbezaan mengenaihal ini. Penegakan dan thariqah untuk menegakkan Khilafah ini tidak pernah dibiarkan oleh Islam tanpa penerangan yang jelas dan jernih di dalam Al-Quran, As-Sunnah dan juga melalui sirah Rasulullah SAW, yang kesemuanya merupakan sumber kepada kewajiban ini. Selain itu, kewajiban menegakkan Khilafah juga diambil dari kaedah syarak

“Ma la yatimmul wajibu illa bihi fahua wajib”

(Apa jua perkara yang menyempurnakan sebuah kewajipan, maka hukum perkara itu juga adalah wajib).

Jalan tersebut adalah berdasarkan pertarungan pemikiran dan perjuangan politik di atas asas Islam dan hanya Islam sahaja, sebagai akidah, syariah dan manhaj, tanpa adanya keraguan, kompromi mahupun perubahan, sehingga Islam tampakkepada manusia secara terangdan jelas dengan memanifestasikan kemampuannya untuk mengatur kehidupan umat dan menghadapi musuh-musuh mereka. Ia juga menampakkan kewajiban terhadap masyarakat dalam mengembangkan risalah, petunjuk dan rahmat Islam ke seluruh dunia dengan jalan dakwah dan jihad. Kesemua ini agar kaum Muslimindapat melepaskan tanggungan mereka di hadapan Allah SWT nanti dan mereka boleh mengatakan bahawa mereka telah menyampaikan risalah Allah dan menjadi saksi atas manusia. Firman Allah,

“Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu” [TMQ al-Baqarah (2):143].

Puak imperialis kuffar Barat telah berjaya mempermainkan akal fikiran kaum Muslimin dan membuatkan kaum Muslimin lupa tujuanutama kehidupan merekadan rahsia kekuatan mereka. Walaupun setelah umat Islam bangkit dan berjaya menumbangkan penguasa diktator mereka yang merupakan ejen Barat ini satu demi satu, puak kuffar Barat masih tetap terus berusaha bermati-matian untuk mengukuhkan cengkaman politik dan tsaqafah mereka ke atas negeri-negeri kaum Muslimin. Kuffar Barat ini terus sahaja mempromosikan idea mereka iaitu negara sivil demokratik, liberalismedan sekularisme; malah idea kufur ini telah digabungkan pula dengan slogan  yang amat bertentangan dengan Islam iaitu ‘Negara Sivil yang berkonsepkan Islam”!!! Walhal, bagaimana mungkin liberalisme, demokrasi dan sekularisme boleh bergabung dengan akidah dan syariat Islam?! Apakah motifdi sebalik gabungan yang menjijikkan ini?!

Wahai kaum Muslimin! Apakah kita merasa malu untuk menuntut ‘Negara Islam’ yang telah ditentukan oleh syara’ sebagai ‘Negara Khilafah’ di mana kita diwajibkan untuk berjuang menegakkannya? Adakah kita merasa malu untuk menuntut Negara Khilafah, sebuah Negara yang memiliki satu bentuk dan sistem yang unik yang tidak sama dengan Barat mahupun Timur, sebuah negara yang di dalam sejarah umat manusia,tidak ada tandingannya dalam aspek peradaban dan ketinggiannya?

Hasil dari usaha bersungguh-sungguh Barat di dalam memasarkan ‘Negara Sivil Demokratik’ ini telah menyebabkan sebahagian besar pejuang Islam, baik yang berniat baik ataupun buruk, menerima konsep Negara Sivil Demokratik ini. Mereka lalu terlibat di dalam permainan demokrasi dengan segenap rinciannya, dengan parlimen dan pilihanrayanya, hingga ke tahap mengadaptasi Islam, hukum-hukum dan sistem-sistemnya agar sesuai dengan demokrasi dan liberalisme. Kita telahpun mula mendengar‘Prinsip-prinsip keagungan Perlembagaan’ dan prosedur-prosedur khusus bagi pemilihan jawatankuasa di dalam menyiapkan Perlembagaan tersebut.Apakah agenda di sebalik kesungguhan yang luarbiasa ini dan siapakah yang akan mendapat manfaat darinya? Justifikasi kepada cadangan ini adalah supaya Perlembagaan ini terjaga daripada diputuskan oleh kelompok tertentu sahaja dengan mengecualikan kelompok yang lain, sekiranya mereka berhasil meraih kemenangan majoriti di Parlimen akan datang! Apakah ini yang sedang berlaku ke atas umat Islam di Mesir? Menjadi kelompok dan kumpulan berbeza-beza, tidak ubah seperti mereka yang tidak mewakili golongan majoriti di tanah Kinanah ini?

Wahai kaum Muslimin, wahai warga Mesir al-Kinanah, wahai para calon dan wahai para pengundi!Sesungguhnya Hizbut Tahrir menyampaikan nasihat kepada kalian, kerana agama itu adalah nasihat. Rasulullah SAW bersabda,

“Agama itu nasihat. Kami (para sahabat) bertanya, ‘Untuk siapa wahai Rasulullah?’ Nabi SAW bersabda, ‘Untuk Allah, kitabNya, RasulNya, para pemimpin kaum Muslimin dan kaum Muslimin umumnya” [HR Muslim].

Peranan utama Parlimen atau Dewan Rakyat adalah tasyri’ (membuat hukum/undang-undang), memberi kepercayaan dan ketaatan (kepada pemerintah) dan juga melakukan muhasabah.Adapun aktiviti pembuatan hukum (tasyri’), sesungguhnyaia hanyalah milik Allah dan RasulNya sebagai ketentuan wahyu dari Allah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Firman Allah SWT,

“Sesungguhnya menetapkan hukum itu hanyalah hak Allah. Dia menerangkan yang hak dan Dia Pemberi keputusan yang paling baik” [TMQ al-An’am (6):57].

FirmanNya yang lain,

“Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan engkau (wahai Muhammad) hakim (pemutus) terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka sedikit keberatan pun terhadap keputusan yang engkau berikan dan mereka menerima dengan sepenuhnya” [TMQ an-Nisa’ (4):65].

Di dalam ayat lain, Allah SWT berfirman, “Mereka (Yahudi dan Nasara) menjadikan orang-orang alimdan rahib-rahib mereka sebagai Tuhan selain Allah”[TMQ at-Taubah (9):31]. Rasulullah bersabda mengenai ayat ini,

“Adapun mereka (Yahudi dan Nasara) tidak menyembah (sujud) kepara orang-orang alim dan rahib-rahib mereka, akan tetapi jika orang-orang alim dan rahib-rahib itu menghalalkan sesuatu untuk mereka, maka mereka pun menghalalkannya dan jika orang-orang alim dan para rahib itu mengharamkan sesuatu atas mereka maka mereka pun mengharamkannya, inilah yang dikatakan menjadikannya Tuhan” [HR at-Tirmidzi].

Penjelasan Nabi SAW ini menunjukkan betapa besarnya dosa orang yang membuat hukum halal dan haram yang tidak ditetapkan oleh Kitabullah dan Sunnah RasulNya.

Mengenaiaktiviti memberi kepercayaan dan ketaatan, ini adalah berkaitan dengan sokongan dan manifestasikerelaan rakyat terhadap pemerintah (ketua). Di dalam Islam, hal ini tidak dibolehkan kecuali untuk pemerintah yang memerintah dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan tidak berwala’ (menunjukkan kesetiaan) kepada musuh-musuh Allah. Jika seseorang itu menunjukkan sokongan dan kesetiaan kepada orang yang tidak berhukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka ini adalah suatu keharaman dan dosa. Hal ini adalah didasarkan kepada banyak ayat Al-Quran yang mengharamkan memutuskan perkara dengan selain Islam. Firman Allah SWT,

“Barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim” [TMQ al-Maidah (5):45].

Menyokong dan cenderung kepada orang-orang yang zalim adalah haram. Firman Allah SWT,

“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolongpun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan” [TMQ Hud (11):113].

An-Nasa’i mengeluarkan hadis dari Ka’ab bin ‘Ujrah, ia berkata, Rasulullah SAW bertemu  kami lalu bersabda,

“Bahawa akan ada sesudahku para pemimpin, siapa sahaja yangmenerima mereka danmembenarkan pembohongan mereka dan membantu kezaliman mereka, maka ia bukan dariku dan aku bukan darinya dan ia tidak dapatmenemuiku di telaga Haudh (di akhirat). Sementara siapa sahaja yang tidak bersama mereka, tidak membenarkan pembohongan mereka dan tidak membantu kezaliman mereka, maka ia adalah dariku dan aku darinya dan ia dapat menemuiku di telaga Haudh”.

Oleh yang demikian, haram hukumnya terlibat di dalam aktiviti-aktiviti pembuatan hukum (tasyri’) dan juga memberikan kepercayaan dan ketaatan (kepada pemerintah). Memberikan kepercayaan dan ketaatan hanya boleh dilakukan di dalam sebuah negara di mana pemerintahnya memutuskan hukum dengan Islam dan penetapan hukum dilakukan dengankaedah mengistinbat (menggali) hukum dari nas.

Adapun aktiviti muhasabah, maka ini adalah wajib. Muhasabah merupakan sebahagian dari aktiviti paling agung di dalam Islam yang mana ia adalah sebahagian dari sifat umat Islam. Firman Allah SWT,

“Kamu adalah umat yang terbaik yang dikeluarkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar” [TMQ Ali Imran (3):110].

Menyampaikan perkataan yang benar di hadapan penguasa yang zalim adalah termasuk jihad yang paling agung. Sabda Rasulullah SAW,

“Jihad yang paling agung adalah menyatakan kalimat yang hak di hadapan penguasa yang jahat/zalim” [HR Abu Daud].

Atas dasar ini, maka para calon pilihanraya hendaklah mengisytiharkan hal ini di dalam kempen pilihan raya mereka dan apa jua program yang mereka lakukan dalam usaha mereka meraih undi dari masyarakat. Para calon mestilah mengisytiharkan secara terang-terangan tanpa sembunyi atau melunakkan kata-kata, bahawa mereka tidak akan terlibat di dalam aktiviti pembuatan undang-undang (tasyri’) kecuali melaksanakan hukum melalui proses istinbat yang digali dari Kitabullah dan Sunnah RasulNya, tidak memberikan kepercayaan kecuali kepada penguasa yang memerintah dengan Islam dan bahawa mereka akan mengerahkan segenap tenaga dalam memuhasabah penguasa yang tidak berhukum dengan Islam dan penguasa yang menunjukkan kesetiaan kepada kuffar Barat khususnya Amerika.

Mengenaipara pengundi, mereka tidak boleh mengundi kecuali terhadap para calon yang telah melakukan kempen pilihan raya berdasarkan asas yang tersebut di atas, tidak kira siapa pun calon tersebut. Ini kerana, pengundian (pemilihan) itu adalah aktiviti wakalah(mewakilkan) dan wakalah itu tidak boleh diberi kecuali jika objek wakalahnya adalah sah menurut syarak. Jadi, siapa sahajacalon yang program pilihan rayanya sesuai dengan prinsip-prinsip syariah yang telah disebutkan di atas, maka dibolehkan untuk mengundi (memilih) mereka. Manakala siapa sahaja calon yang tidak mematuhi prinsip-prinsip syariah, maka tidak dibolehkan untuk mengundi mereka. Semoga Allah melindungi hamba-hambaNya yang soleh.

Wahai kaum Muslimin, wahai warga Mesir al-Kinanah! Hizbut Tahrir berjuang untuk mengembalikan Islam ke pentas kehidupan dan mengembalikan kekuasaan Islam secara utuh untuk kali yang kedua. Cara dan usaha Hizbut Tahrir menegakkan Daulah Khilafah ala minhaj nubuwwah ini dilakukan dengan mengikuti sunnah yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Kerana itu, Hizbut Tahrir menyeru kalian untuk berjuang bersamanya demi membebaskan diri kalian dari hujah dan soalan di hadapan Allah SWT, khususnya setelah Allah memberi kurnia kepada kalian dengan revolusi yang dengannya kalian telah berhasil menumbangkan diktator yang telah menindas kalian bertahun-tahun lamanya, yang memerangi Islam dan menjadikan kalian hamba kepada Amerika dan Yahudi.

Hizbut Tahrir mengingatkan kaliankepada janji Allah SWT yang tidak akan luput,

“Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa Dia sungguh- sungguh akan menjadikan mereka berkuasa dimuka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhaiNya untuk mereka dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembahkuKu dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun denganKu dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik”
[TMQ an-Nur (24):55].

Hizbut Tahrir juga mengingatkan kalian dengan khabar gembira dari Rasulullah SAW di dalam hadis sahih, “Kemudian akan kembali Khilafah di atas manhaj kenabian” [HR Ahmad]. Maka janganlahkalian menggantikan agama kalian dengan kehinaan di dunia dan janganlah kalian terima kecuali penegakan Islam yang sempurna dan menyeluruh yang memegang utuh kekuasaan dengan Kitabullah dan Sunnah RasulNya.

“Wahai orang-orang yang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul apabila Rasul menyeru kamu kepada suatu yang memberi kehidupan kepada kamu. Ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah membatasi antara manusia dan hatinya dan sesungguhnya kepada-Nyalah kamu akan dikumpulkan” [TMQ al-Anfal (8):24].

Hizbut Tahrir
Wilayah Mesir
1 Muharram 1433H / 26 November 2011M