SN306 – REVOLUSI UMAT – ANTARA PERANCANGAN BARAT DAN KEMENANGAN ISLAM
Persidangan ini membincangkan tiga agenda utama iaitu (i) “Revolusi di negara Arab: Sebab, realiti dan aspirasinya” (ii) Perancangan Baratuntuk menamatkan dan mengalihkan arah revolusi” (iii) “Projek Islam yang tidak dapat dielakkan – Khilafah”. Ahli-ahli panel telah menghuraikan realiti revolusi umat dan menjelaskan pencapaian dan kesulitan serta rintangan untuk memecahkan halangan geografi dan politik yang telah diletakkan oleh golongan imperialis selepas kejatuhan Khilafah pada tahun 1342H (1924M).
Ahli-ahli panel juga menggariskan jalan bagi umat Islam untuk membuka bab baru kepimpinan Islam di dunia yang selaras dengan perintah Allah SWT. Amir HizbutTahrir, Syeikh Atha’ ibn Khalil Abu ar-Rasytah telah menyampaikan ucapan aluan di dalam persidangan ini yang disiarkan secara audio. Berikut adalah ucapan beliau yang diterjemah ke Bahasa Melayu untuk tatapan para pembaca yang budiman.
Wahai saudara-saudaraku yang dimuliakan!
Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.
Segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas Rasulullah SAW, keluarga baginda, sahabat-sahabat baginda dan kesemua mereka yang mengikuti baginda.Allah SWT berfirman,
“Dan janganlah sekali-kali kamu (wahai Muhammad) mengira bahawa Allah lalai dari apa yang diperbuat oleh orang-orang yang zalim. Sesungguhnya Allah memberi tangguh kepada mereka sampai hari yang pada waktu itu mata (mereka) terbeliak. Mereka datang bergegas memenuhi panggilan dengan mengangkat kepala mereka, sedang mata mereka tidak berkedip dan hati mereka kosong” [TMQ Ibrahim (14): 42].
Rasulullah SAW bersabda, yang diriwayatkan dari Abu Musa ra [dikeluarkan oleh Bukhari dan Muslim dan lafaznya oleh Bukhari], “Sesungguhnya Allah memberi tempoh kepada orang-orang yang zalim sehingga Dia menyeksanya dan Dia tidak akan melepaskannya”. Kemudian baginda membaca ayat “Dan begitulah azab Tuhanmu, apabila Dia mengazab penduduk negeri-negeri yang berbuat zalim. Sesungguhnya azabNya itu adalah amat pedih dan keras” [TMQ Hud (11):102].
Allah SWT telah menjelaskan kepada kita tentang Firaun sebagai diktator yang pertama, yang melampaui batas, kejam, takbur dan mengatakan bahawa,“…aku adalah Tuhan kamu yang paling tinggi.”. Akhirnya, “.. Allah mengazabnya dengan azab di akhirat dan azab di dunia”[TMQ an-Nazi’at (79):24-25].
Firaun senantiasa menghalang manusia dari mengatakan kebenaran dan tidak membenarkan manusia mengucapkan apa-apapun kecuali dengan izinnya atau mengikut apa yang dia kehendaki,
“Firaun berkata, ‘Aku tidak mengemukakan kepada kamu melainkan apa yang aku pandang baik dan aku tidak menunjukkan kepada kamu selain jalan yang benar” [TMQ al-Mukmin (40):29].
Siapa sahaja yang melakukan walaupun sedikit protes terhadapnya, maka mereka akan dituduh menggugat kekuasaannya dan dikatakan berkonspirasi dengan pihak luar untuk memusnahkan negara.
“Firaun berkata ‘Apakah kamu beriman kepadanya sebelum aku memberi izin kepadamu?. Sesungguhnya (perbuatan) ini adalah suatu muslihat yang telah kamu rancang di dalam kota ini untuk mengeluarkan penduduknya daripadanya, maka kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatanmu ini)” [TMQ al-A’raf (7):123].
Namun akhirnya Firaun telah binasa dengan meninggalkan segala harta dan kemewahan yang dia telah kecapi. Langit dan bumi tidak menangis sedikit pun untuknya. Malah dia telah dilaknat dan ditolak,
“Alangkah banyaknya taman dan mata air yang mereka tinggalkan. Dan kebun-kebun serta tempat-tempat yang indah. Dan kesenangan-kesenangan yang mereka nikmatinya. Demikianlah kami wariskan semuanya kepada kaum yang lain. Maka langit dan bumi tidak menangisi mereka dan mereka pun tidak diberi tangguh” [TMQ ad-Dukhan (44):25-29].
Wahai saudara-saudaraku yang dimuliakan!
Para diktator sekarang sedang mengikuti dua kekejaman Firaun walaupunriwayat mereka tidak berakhir seperti Firaun:-
(Pertama) Mereka menutup mulut-mulut manusia, tidak membenarkan ucapan apa pun kecuali ucapan yang mengampu mereka, memuji, memuja dan ‘mengipas’mereka dalam segala perkara, sama ada dalam hal yang baik mahupun buruk yang mereka lakukan. Mereka sebenarnya telah kehilangan segala kebaikan dan dibelenggu kejahatan mereka sendiri dari segenap penjuru.
(Kedua) Mereka menggambarkan setiap kritikan atau muhasabah terhadap mereka, walaupun amat kecil, sebagai tidak sah dan merupakan plot dari agenda asing, walaupun semua orang tahu bahawa merekalah sebenarnya produk dari agenda asing, yang dilantik untuk memerangi Allah dan RasulNya dan orang-orang yang beriman dan untuk merealisasikan kepentingan Zionis dan penjajah kuffar tersebut.
Inilah dua kejahatan yang mereka warisi dari Firaun, tetapi mereka tidak mengambil pelajaran bagaimana riwayat Firaun ditamatkan di mana dia (Firaun) telah menerima penyudah yang hina akibat dari perbuatannya dan dia telah dilupakan. Akhirnya dia ditimpa sumpah azab yang pedih di dunia ini dan di akhirat.Mereka (para diktator) ini sesungguhnya tidak mengambil pelajaran dari kesudahan setiap diktator, bahkan semakin meneruskan kezaliman mereka yang melampaui batas.
Seorang diktator telah cabut lari menjadi pelarian, ketakutan, ditolak, kapal terbangnya terbang di udara mencari tempat yang boleh menerimanya, tetapi ditolak berulang kali sehinggalah dia menjumpai seorang diktator lain yang sanggup menerima, menjaga dan memberi kemudahan kepadanya.
Seorang lagi berulang-alik ke mahkamah dan diusung ke sana ke mari di atas pengusung, sudah putus harapan dan menjawab soalan hanya dengan “yes sir”,penuh dengan kehinaan dan ketundukan- walaupun pada masa kemuncak kekuasaannya dia hanya perlu menunjukkan jarinya untuk mendapatkan apa sahaja yang dia mahukan.
Diktator yang ketiga merasakan tidak ada seorang pun yang lebih tinggi darinya. Dia kerap menghukum orang sesuka hati tanpa ada dakwaan pun. Tidak cukup dengan hanya menghukum (secara biasa) orang yang baik dan tidak berdosa, dia mengikat orang itu di belakang trak dan diseret di sepanjang jalan yang berbatu-batu sehingga orang tersebut meninggal dalam keadaan badannya hancur berkecai. Diktator ini lari bersembunyi di lubang biawak dan tidak ada apapun di situ (yang dapat menyelamatkannya) kecuali paip-paip pembetung, dan di kawasan itulah akhirnya dia menemui ajalnya. Dia pernah memanggil orang sebagai tikus, namun akhirnya dia sendiri menjadi seperti itu.
Diktator yang keempat selalu mengarah dan melarang sesuka hati, tetapi kini dia yang diarah dan dilarang. Dia tinggal sehari di negaranya dan dua hari di Najd dan sekarang sedang mencari-cari negara yang akan menyokongnya dan selesa baginya untuk tinggal atau yang menyebelahi nasibnya. Dia pergi ke Oman dan ke tempat tuannya di Britain dan kemudian ke stesen terapi fizikalnya di Washington – sebelum dia kembali semula ke tempat di mana dia telah kehilangan kuasanya, untuk melakukan lagikefasadan sedikit demi sedikit!
Diktator yang kelima telah hilang pertimbangan apabila melihat diktator-diktator yang lain di sekelilingnya tumbang satu persatu. Bagaimanapun, dahaganya terhadap darah tidak pernah hilang terhadap orang-orang yang tidak berdosa yang bangkit menentang kezalimannya. Jadi, dia terus membunuh dan membunuh, mengharap bahawa dia dapat memadamkan cahaya yang terbit dari kebangkitan tersebut. Diktator ini lupa (atau berpura-pura lupa) bahawa cahaya kebenaran yang terhasil dengan izin Allah tidak akan dapat dipadamkan sehinggalah cahaya tersebut menampakkan segala kejahatan yang dia kerjakan dan melemparnya ke tempat yang paling jauh, dilaknat dan ditolaksebagaimana diktator yang terdahulu daripadanya.Semogasegala kejahatan rejimnya dihancurkan dan menjadikan tanah Syam kembali kepada kedudukannya yang sebenar sebagaimana yang digambarkan oleh Rasulullah SAW,
“Sesungguhnya pusat negara kaum Mukmin itu di Syam” [HR Ahmad]
dan
“Sesungguhnya pusat negara Islam itu di Syam” [HR Tabrani dalam al-Kabeer].
Wahai saudara-saudaraku yang dimuliakan!
Kalian telah melihat dan mendengar bagaimana para diktator yang selama ini tidak ada seorang pun yang menyangka bahawa mereka akan jatuh dengan cara sebegini, ternyata telah jatuh. Kalian juga telah melihat dan mendengar bagaimana tembok besar ketakutan yang tidak ada seorang pun menyangka akan runtuh, ternyata telah runtuh. Sesungguhnya ini adalah mesej kepada sesiapa sahaja yang mempunyai hati dan akal dan kepada sesiapa sahaja yang membuka pendengarannya dan menyaksikan dengan ikhlas akan kebenaran, bahawa masa telah berubah di mana hari lenyapnya kezaliman adalah semakin hampir, walaupun kita terpaksa berkorban atau terkorban kerananya.
Hancurnya tembok ketakutan terhadap diktator telah memberikan ruang kebaikan yang banyak di mana kita mesti lebih bersungguh-sungguh menambahkan usaha ke arah kebaikan. Oleh yang demikian, umat Islam hendaklah melakukan tindakan yang lebih bijak dan lebih kuat, yang selama ini telah pun menarik perhatian dunia. Umat Islam harusterus mendedahkan segala penipuan dan gangguan yang menimpanya selama ini, sampailah ke titik di mana umat ini tidak lagi keliruuntuk mendapatkan apa yang diingininya.
Pergerakan dan “revolusi” yang kita telah saksikan, bermula secara bebas selepas insiden pembakaran Bouazizi. Ia kemudian merebak seperti api ditiup angin. Bagaimana pun, kuasa Barat yang terkejut dengan kepantasan peristiwa ini berlaku, tidak sempat menyediakan boneka mereka sebelum “revolusi” ini terus merebak. Justeru, mereka telah bekerja siang dan malam untuk menghalang kejatuhan rejim tanpa menggugat asas sistem (sekular) itu sendiri. Apabila mereka melihat perarakan ribuan manusia dari masjid dan bersolat di dataran, mereka (Barat) cukup takut dengan kemusnahan struktur sistem sekular itu dan diganti dengan sistem Islam. Jadi, mereka dengan cepat terus menggerakkan usaha mereka semaksimum mungkin menuju dua perkara:-
Pertama: Mereka cuba untuk menyalurkanemosi Islam (yang ada pada umat) denganpenyesatan maklumat, menggunakanapa yang dipanggil sebagai “Muslim moderat” yang sebenarnya tidak ada beza sedikit pun dengan puak sekular tulen, kecuali mereka (Muslim moderat)ini menempelkan karakter Islam bersamapenampilan mereka. Jika mereka tidak menempelkan Islam pada pembawaan mereka, mereka ini sebenarnya saling tak tumpah dengan puak sekularis. Mereka menyeru kepada negara sivil dan demokrasi sekular sama seperti yang puak sekularis serukan!
Kedua: Mereka ingin terus menghalang dengan pelbagai cara, sama ada secara langsung atau melalui ejen mereka, kelompok yang berjuang untuk menerapkan Islam melalui penegakan Khilafah, sebuah negara yang diwajibkan oleh Allah SWT dan seperti mana yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah SAW dan KhulafaRasyidin.
Inilah objektif mereka. Manakala tugas kita pula (dalam keadaan sekarang) adalah berusaha untuk membina (mendidik) masyarakat, khususnya penganjur pergerakan popular ini, untuk menjelaskan kepada mereka akan bahaya racun yang telah disebarkan kepada mereka oleh negara kuffar penjajah dan ejen-ejen penjajah ini. Kita juga mesti berusaha menjelaskan kepada umat akan bahaya penyusupan yang dilakukan oleh golongan “Muslim moderat” ini, yakni idea negara sivil dan demokrasi sekular…..di mana sekiranya mereka terpengaruh dengan idea penyesatan ini, maka pengorbanan mereka dan segala darah yang tertumpah selama ini akan menjadi sia-sia.
Sebagai tambahan, umat Islam hendaklah berusaha mencari nusrah (pertolongan) dari ahlual-quwwah (golongan yang mempunyai kekuatan) yakni golongan tentera yang ikhlas, di samping mengarahkan perubahan yang diperjuangkan ini kepada perubahan yang benar yakni dengan membuang idea dasar dan segala peraturan yang melahirkan rejim yang tunduk kepada Barat selama ini. Inilah perubahan yang akan membolehkan umat untuk menerapkan Islam di dalam negara yang satu yakni negara Khilafah ala minhaj nubuwah yang diredhaioleh Allah, RasulNya dan orang-orang yang beriman.Aktiviti di dalam tubuh umat dan bersama tentera dari umat ini akan pasti dapat merealisasikan perubahan yang sebenar.
Dalam perkembangan yang sama, kita juga melihat beberapa pertubuhan antarabangsa dan kuasa penjajah telah menawarkan pelbagai ‘bantuan’. Terdapat juga pelan dari Liga Arab (untuk membantu), dari Kofi Annan dan dari beberapa ‘pembantu’ lain dari kuasa penjajah terutamanya Amerika Syarikat (AS). Pemerhati dari Majlis Keamanan PBB dihantar sesuai dengan resolusi 2043 pada 21/04/2012 walaupun hakikatnya pemerhati ini adalah jauh lebih lemah dari pemerhati dalam permainan bola sepak!Kita mendengar bagaimana penipuan yang dilakukan oleh Setiausaha Pertahanan AS di hadapan kongres pada 20/4/2012 semasa dia mengatakan, “Presiden Syria masih lagi meraih populariti yang luas dan kesetiaan dari barisan tentera Syria”.Kesemua ini,dengan penetapan tarikh akhir mereka (untuk menukar rejim), memanifestasikan galakan yang diberi kepada rejim untuk terus melakukan pembunuhan dan kekejaman. Ini akan terus berlaku sehinggalah AS menemui boneka alternatif kepada ejennya sekarang, Bashar. Oleh kerana dia (Bashar) telah ditolak oleh rakyatnya, AS sudah khuatir yang diktator ini tidak lagi dapat melaksanakan kepentingannya (AS) di Syria.
Sesungguhnya kesemua pelan dan perancangan ini tidak ada nilainya (di sisi Islam), malah ia merupakan racun pembunuh yang tidak akan membawa perubahan yang benar sebaliknya membawa kesengsaraan dan perubahan yang membinasakan – yang nampak baik di permukaannya walhal menghasilkan kebinasaan yang pasti. Apa tidaknya, pelan ini mengandaikan dialog dengan rejim pembunuh yang dahaganya kepada darah tidak pernah hilang.Bagaimana mungkin dialog yang rasional boleh diadakan dengan rejim pembunuh?
Amerika dan Barat tidak pernah menginginkan kebaikan untuk umat ini, kerana merekalah sebenarnya yang telah berkonspirasi terhadap negara umat Islam, Khilafah. Kemudian mereka mencerai-beraikan tanah-tanah kaum Muslimin dan memutuskan hubungan antara kaum Muslimin. Merekalah yang mencipta rejim-rejim diktator di tanah kaum Muslimin. Oleh yang demikian, umat Islam tidak boleh bergantung pada kuasa mereka dan mesti berhati-hati dengan negara-negara penjajah ini, ejen mereka dan perancangan mereka. Allah telah memberikan penjelasan dan peringatan kepada kita tentang mereka,
“Mereka itulah musuh (yang sebenarnya)maka berwaspadalah terhadap mereka. Semoga Allah membinasakan mereka. Bagaimanakah mereka sampai berpaling (dari kebenaran)” [TMQ al-Munafiqun (63):4]
Sebagai kesimpulan, saya dengan ini membuka muktamar kalian, “Revolusi Umat: Rancangan Untuk Menamatkannya Dan Rancangan Islam Yang Tidak dapat Dielakkan”. Saya memohon kepada Allah SWT agar memberi kejayaan dan merahmati kalian dan akhir sekali, segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam.Wassalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.