SN353 – MESIR : PERGOLAKAN HANYA AKAN BERAKHIR APABILA ISLAM DITERAPKAN

SN keluaran 5 Julai 2013



MESIR : PERGOLAKAN HANYA AKAN BERAKHIR APABILA ISLAM DITERAPKAN

[SN353] Jutaan manusia membanjiri Dataran Tahrir di Kaherah pada 30 Jun lalu, genap setahun Mohammed Mursi menjadi presiden Mesir. Jika dulu Dataran Tahrir menyaksikan kebangkitan rakyat menolak si diktator ejen Amerika, Husni Mubarak, kini rakyat Mesir kembali semula ke dataran bersejarah tersebut untuk menuntut penggulingan Mursi.Pada 1 Julai lepas, ketua tentera Mesirmemberi masa 48 jam kepada Presiden Mohammed Mursi untuk menjawab tuntutan rakyat atau pihak tentera akan menggunakan cara tersendiri untuk menangani masalah yang wujud. Setakat ini dilaporkan bahawa seramai 16 orang terkorban dan lebih 780 orang lagi cedera apabila tercetus pertempuran antara penentang Mursi dan penyokongnya dalam demonstrasi besar-besaran bagi mendesak beliau meletakkan jawatan.Pertempuran itu berlaku selepas sejumlah penunjuk perasaan bertindak menyerang ibu pejabat Ikhwanul Muslimin, yang merupakan pergerakan dipimpin Mursi, di Kaherah ketika demonstrasi utama diadakan di Dataran Tahrir.

Kekecohan itu diburukkan lagi apabila empat menteri yang masing-masing memegang portfolio pelancongan, alam sekitar, komunikasi dan hal ehwal perundangan meletak jawatan. Dalam masa yang sama, seramai lapan anggota Parlimen daripada kumpulan berfahaman sekular, turut meletakkan jawatan dalam Majlis Syura, Dewan Tinggi Parlimen Mesir. Pembangkang Mesir dikenali sebagai pergerakan Tamarrud yang mengetuai demonstrasi itu memberi Mursitempoh 24 jam untuk melepaskan jawatan.Jika Presiden Mesir itu tidak berbuat demikian dalam tempoh yang diberikan, Tamarrudmengancam meningkatkan kempen kekacauan dan huru-hara.

Buah Tangan Demokrasi

Notis 24 jam yang diberikan oleh tentera sebenarnya mengesahkan bahawa rejim yang lama masih berkuasa dan menguasai Mesir. Kejadian yang sedang berlaku ini menunjukkan yang tentera (yang rata-ratanya masih terdiri daripada penyokong setia rejim Mubarak) cenderung untuk mengambil alih semula kekuasaan. Tentera Mesir yang masih mempunyai hubungi erat dengan Amerika tentunya tidak akan peduli dengan proses demokrasi apabila kepentingan mereka terjejas.

Apa yang terjadi ini juga membuktikan bahawa gerakan Islam dan para penyokongnya yang terlibat di dalam proses demokrasi melalui pilihan raya legislatif dan pilihan raya presiden, dengan anggapan bahawa Islam boleh diterapkan di Mesir melalui cara ini, sesungguhnya telah terjerumus ke dalam kesilapan yang besar. Ini kerana, mereka telah menundukkan Islam dengan realiti danhasilnya membawa malapetaka kepada diri sendiri. Demokrasi yang diambil, yang merupakan senjata ampuh Barat, ternyata telah menyebabkan mereka berperang sesama sendiri. Para penyokong demokrasi yang inginkan Islam, tidak sedar bahawa Pemerintah Mesir yang didukung oleh Barat tidak akan sekali-kali menerapkan Islam. Mana mungkin Islam diterapkan dalam sistem demokrasi kerana ia adalah sistem kufur yang bertentangan dengan Islam. Apatah lagi dengan para pemimpin yang berkiblatkan Barat, sudah tentu hal ini (penerapan Islam) mustahil terjadi.

Inilah realiti yang terjadi di Mesir. Gerakan Islam yang memenangi pilihan raya telahtidak menerapkan Islam, sebaliknya mengekalkan segala undang-undang dan elemen-elemen sekular yang sedia ada. Mereka mengambil demokrasi (yang diredai oleh Barat) sebagai sistem pemerintahan, mereka mengesahkan dan mengekalkan perlembagaan sekular dengan hanya sedikit pindaan untuk menunjukkannya Islam. Mereka berjanji untuk menjaga perjanjian antarabangsa yang melindungi entiti Yahudi. Mereka juga mengekalkan institusi ketenteraan dengan segala kuasa dan kepentingan ekonomi yang besar di bawah cengkaman tentera, walhal tentera inilah yang dahulunya membunuh ribuan rakyat yang bangkit, tanpa belas kasihan. Mereka membiarkan penjenayah ini tanpa dihukum, malah berapa ramai daripada penjahat rejim yang lalu dibiarkan begitu sahaja tanpa dibicarakan.

Mereka menjadikan Amerika sebagai sekutu nombor satu dan bersetuju dengan segala syarat yang dikenakan Amerika terhadap perlindungan ke atas Israel. Mereka juga bersetuju dan membantu melaksanakan polisi Amerika terhadap Syria. Mereka mengadakan mesyuarat dengan pemimpin Russia, India dan China dan memuji hubungan baik yang dijalinkan, walhal negara-negara tersebut merupakan pembunuh kaum Muslimin dan menjadi musuh Islam yang nyata.

Mereka berkawan dan menyerahkan diri mereka kepada Amerika dan meletakkan kepercayaan kepada musuh nombor satu Islam itu. Mereka berpaling belakang daripada Islam dan daripada janji untuk menerapkan syariat yang telah mereka katakan selama ini. Mereka menjadi penyeru utama kepada demokrasi di dunia Arab dan mencampakkan Islam ke tepi. Mereka menjemput IMF ke dalam negara untuk menjajah negara melalui ekonomi, malah mereka mengambil dan membenarkan pengambilan riba. Mereka memanjangkan lagi tempoh lesen arak kelab-kelab malam dan disko-disko kepada tiga tahun, kerana mereka mahu menjadikan suasana malam Kaherah lebih menarik terhadap kaum kuffar. Mereka terus membenarkan para pelakon, penyanyi dan penari yang telah terbukti melanggar syarak dan merosak akhlak untuk meneruskan aktiviti mereka seperti biasa.

Wahai kaum Muslimin! Kerana mengambil demokrasi yang datangnya dari musuh Allah, manakala hukum Allah tidak diterapkan, maka musuh-musuh Allah berjaya memporak-perandakanumat Islam dengan cukup mudah. Kita semua mahukan kebaikan untuk bumi Mesir dan lain-lain wilayah umat Islam. Namun, tidak akan wujud kebaikan sedikit pun di muka bumi ini kecuali hukum kufur demokrasi dicampakkan dan digantikan dengan hukum-hukum Allah SWT. Hanya penerapan hukum Allah di dalam bingkai Khilafah Islamiyyah sahajalah yang akan membawa perubahan dan kebaikan kepada kita semua. Justeru, tidak akan ada jalan keluar untuk pergolakan yang berlaku dalam tubuhumatIslam mahupun pergolakan yang berlaku dalam negara umat Islam, kecuali umat ini kembali menerapkanIslam di bawah naungan Khilafah.

[Di bawah ini adalah nasyrah daripada HizbutTahrirMesiryang berupa seruan kepada pihak-pihak yang bersengketa, sebelum terjadinya demonstrasi besar-besaran baru-baru ini]

—————————————————————————————————————-

Bismillahirrahmanirrahim

Seruan DaripadaHizbutTahrirTerhadap Semua Pihak – Cukuplah ‘Tamarrud’ Dan ‘Tajarrud’ Kalian Yang Tidak Akan Mendatangkan Sebarang Manfaat. Manifestasikan‘Tamarrud’ Dan ‘Tajarrud’ Kalian Untuk Allah Dengan Menerapkan SyariatNya Melalui Penegakan Negara Khilafah!!

Orang ramai mula membuat perkiraan dan mula bimbang dengan senario yang mungkin akan berlaku pada 30/6/2013 di mana golongan yang menolak dan berusaha untuk menggulingkan Mursi di bawah panjí ‘tamarrud’ (pemberontak) akan berhimpun. Kebimbangan lebih terserlah apabila muncul pula golongan bertentangan yang memikul agenda ‘Islami’ di bawah panjí ‘tajarrud’. Mereka yang akan menyertai perhimpunan saling ancam mengancam dan melontarkan propaganda sesama mereka. Maka kita mendengar pelbagai seruan agar para demonstran dibunuh dan pelbagai doa (agar ditimpa malapetaka) dipanjatkan ke atas satu golongan oleh golongan yang lain, seolah-olah mereka itu sedang memerangi kaum kafir harbi!!Nauzubillah!!

Terdapat juga slogan lain yang dilontarkan sesama mereka seperti slogan ‘Islam akan tamat di Mesir pada 30/6’, sebagai manifestasi ketegangan yang sedang berleluasa di jalanan di seluruh Mesir. Ketegangan ini terus meningkat dan terus dinyalakan dan diburukkan lagi oleh media massa yang tidak bertanggungjawab. Sama ada disedari atau tidak, di sebalik krisis ini adalah negara-negara kafir penjajah yang meraih manfaat dari api yang menjulang ini agar mereka dapat, dengan tangan-tangan mereka, memberikan tekanan yang kuat dan menambahkan cengkaman dan pengaruh mereka dalam pelbagai aspek pemerintahan dan kekuasaan di Mesir.

Wahai penduduk Mesir al-Kinanah! Sesungguhnya kami daripadaHizbutTahrir menyeru kepada semua pihak dengan nasihat yang ikhlas, nasihat dari seorang saudara yang mencintai saudaranya yang lain. Maka kami ingin mengatakan kepada kalian: Kami menyeru kepada kalian dalam suasana kecamuk yang sedang terjadi, yang penuh kebencian, pertelingkahan dan pertembungan yang tidak berfaedah dan palsu serta tidak membawa apa-apa keuntunganpun; masalah hakiki bukanlah terletak pada siapa yang menjadi pemimpin. Seorang pemimpin boleh jatuh dan akan diganti dengan pemimpin yang lain. Yang menjadi punca kepada permasalahan ini adalah sistem dan perlembagaan yang diterapkan, sistem yang menghasilkan kehidupan yang merugikan dan penuh kesempitan yang harus kalian goncang dan hilangkan dari kehidupan kalian serta dijauhkan sejauh-jauhnya dari hukum Islam dan syariatNya.

Ribuan, malah mungkin jutaan manusia telah dikumpulkan sejak beberapa hari yang lalu atas nama ‘Islam’ dalam rangka menyokong Presiden Mursi. Kini mereka berkumpul kembali seolah-olah sebagai sebuah pasukan tentera yang berhadapan dengan kaum kafir untuk mempertahankan Islam….sedangkan hakikatnya, mereka ini berkumpul untuk mempertahankan sistem kufur yang diterapkan oleh Presiden mereka dari ‘serangan’ sistem kufur yang akan diterapkan oleh (bakal) seorang Presiden yang lain, bukannya mempertahankan Islam dalam apa aspek sekalipun!

Ini adalah ulangan dari senario yang pernah kita saksikan suatu waktu dahulu ketika mereka berkumpul pada hari pungutan suara perlembagaan, juga atas nama Islam dan kita mendengar pada ketika itu, “Kami mengetahui bahawa perlembagaan ini bertentangan dengan Islam namun kami akan tetap menyokongnya”. Dan hari ini kita mendengar, “Kami mengetahui bahawa Presiden tidak menerapkan Islam namun kami tetap akan menyokongnya”. Jalanan di Mesir telah terbahagi kepada dua kelompok; kelompok yang mahukan Islam dan syariah dan kelompok yang nampaknya menolak syariah! Kami ingin bertanya kepada mereka: Di manakah syariah di dalam sistem ini atau dalam apa yang diterapkan oleh Presiden Mursi sehingga boleh mewujudkan perpecahan antara penduduk Mesir di atas asas ini?? Sehingga menjadikan sebahagian dari putera-putera umat ini tergolong di dalam kategori Islami dan yang berselisih  dengan mereka tergolong dalam kategori kufur?? Apakah yang kalian fikirkan?? Bagaimanakah kalian menilai dan bagaimana ini boleh terjadi??

Pada waktu yang sama, terdapat juga kelompok yang menyokong golongan pembangkang kerana beranggapan bahawa Presiden Mursi yang ‘Islami’ ini telah gagal menyelesaikan pelbagai masalah Mesir. Dan sebahagian daripada mereka ini hanyut di sebalik kejahilan mereka mengenai perancangan kelompok yang ingin menempelkan kegagalan ini ke atas Islam dalam usaha mereka untuk mengalihkan pandangan manusia dari agenda Islam yang hakiki dan dituntut, yakni penerapan Islam secara menyeluruh di dalam semua aspek kehidupan.

Tidakkah kalian melihat para tokoh dari kelompok pembangkang yang berusaha bersungguh-sungguh sehingga ke nafas mereka yang terakhir? Mereka ini tidak lain hanyalah tamak kepada kekuasaan dengan ketamakan yang begitu tinggi hanya semata-mata untuk meraihnya! Mereka tidak memiliki sebarang perancangan untuk mengubah keadaan secara hakiki dan tidak memiliki komitmen untuk itu sama ada mereka memerintah secara perkongsian kuasa mahupun berseorangan. Mereka akan hanya mengekalkan Mesir di dalam putaran kosong yang tidak berkesudahan. Sekiranya kalian berfikir sedikit, kalian pasti akan menyedari bahawa punca kepada bala dan penyakit yang menimpa Mesir ini adalah kerana penerapan sistem republik sekular yang wujud hari ini. Ia sangat jauh dari akidah umat dan hadharahnya.

Islam adalahdeen yang hak dan adalah merupakan suatu kewajiban atas kita untuk berusaha mengukuhkannya dan menegakkannya sehingga ia dapat mencerminkan aspirasi umat yang hakiki. Negara yang diterapkan Islam di dalamnya secara kaffah adalah Negara Khilafah, bukan yang lain. Negara inilah (Khilafah) yang akan menyatukan umat dan menghalangnya dari dikoyak-koyakkan. Negara inilah (Khilafah) yang akan menyelesaikan segala permasalahan ekonomi, politik dan lain-lainnya yang dihadapi oleh Mesir, secara benar dan sahih. Khilafahlah yang akan menjaga kemuliaan umat, mengembalikan martabat dan kedudukan umat Islam di kalangan bani Adam dan Khilafah jugalah yang akan memotong tangan-tangan kaum kafir penjajah yang cuba campurtangan dalam segala urusan kita. Khilafah jugalah yang akan melepaskan kita dari terus tunduk kepada Amerika, negara penjenayah yang telah mengalihkan arah revolusi 25 Januari yang diberkati dari menuju objektifnya yang sebenar.

Wahai penduduk Mesir al-Kinanah!! Musuh sebenar kita adalah Amerika, yang dutanya, Patterson, yang para diplomat dan ahli politiknya begitu bebas memasuki Mesir tanpa halangan, mengutip hutang dan menetapkan perancangan yang akan menjadikan Amerika terus berkuasa ke atas Mesir dan mencegahnya dari melepaskan diri dari cengkaman ini. Oleh itu, potonglah tangan-tangan mereka dari terus campurtangan di dalam urusan kita. Ketahuilah bahawa revolusi 25 Januari, dalam rangka menentang kezaliman dan kekerasan, telah tertanam di dalam jiwa raga kita dan ia akan terus kekal selama nyawa dikandung badan. Revolusi tersebut juga menanamkan di dalam jiwa kita bahawa kita tidak akan tunduk kepada hegemoni Amerika, maka janganlah kalian menjadi alat bagi Amerika, musuh Allah, musuh RasulNya dan musuh kaum Mukmin!

Sesungguhnya kami di HizbutTahrir menyeru putera-putera umat ini tidak kiralah apapun kecenderungan dan pandangan kalian, agar memanifestasikan ‘tamarrud’ dan ‘tajarrud’ kalian untuk Allah dengan menegakkan syariatNya dan mengukuhkan deenNya. Kita tunjukkan kepada Barat agenda perubahan hakiki yang berbeza dari apa yang dilontarkan kepada kita selama ini. Ia adalah satu agenda yang bersumberkan akidah umat, akidah ‘Tiada tuhan selain Allah, Muhammad adalah RasulNya’. Agenda Khilafah yang agung ini telahpun dikhabarkan oleh Rasulullah SAW di mana ia akan kembali selepas merajalelanyakerajaan yang penuh kediktatoran ini. Agenda Khilafah ini akan menyebarkan keadilan ke seluruh alam, menundukkan dunia di sebelah Timur dan Barat dan di bawahnyalah umat Islam akan memperoleh gelaran sebagai umat yang terbaik yang pernah dikeluarkan untuk manusia. Dengan Khilafah sahajalah umat Islam akan kembali meraih kedudukan sebenarnya. HizbutTahrir telahpun menyediakan bagi Negara ini perlembagaannya yang sedia untuk diterapkan. Ia terdiri dari 191 fasal yang diistinbat keseluruhannya dari Al-Quran dan Sunnah serta petunjuk dari dalil Al-Quran dan Sunnah.

Agenda inilah dan hidayah Tuhan inilah yang ingin kami serukan kepada kalian wahai kaum Muslimin! Maka dengarlah seruan dari HizbutTahrir ini, yang tidak akan membohongi ahlinya, tidak akan membohongi kalian dan tidak akan menyeru kepada fitnah dan persaingan. Rasul SAW bersabda, “Darah, harta dan kehormatan seseorang Muslim itu adalah haram bagi Muslim yang lain” [HR Muslim]. Sabda baginda yang lain, “Janganlah kalian kembali menjadi kafir selepasku dengan berbunuh-bunuhan antara satu sama lain” [Muttafaq ‘Alaihi]. Firman Allah SWT, “Sesiapa yang membunuh seorang Muslim dengan sengaja, balasannya adalah neraka jahannam, ia kekal di dalamnya. Allah murka dan melaknatnya dan disediakan baginya seksaan yang pedih” [An-Nisa:93].

HizbutTahrir
Wilayah Mesir
18 Syaaban 1434H / 27Jun 2013