Soal Jawab: Harga minyak

Terjemahan

Soalan:

Harga minyak meningkat pada 24/5/2018 mencecah harga yang menarik perhatian (striking numbers), di mana harga minyak mentah Brent mencapai $79 setong, dan harga minyak mentah Texas mencapai  $71 setong. Ini berlaku setelah kita menyaksikan penyusutan pada tahun 2014. Adakah ini bermakna dunia memasuki suatu era baru di mana harga minyak menjadi tinggi? Adakah kita menuju ke arah era yang lepas di mana  harga minyak mencecah $150 setong? Apakah yang menyebabkan perkara ini berlaku?


Jawapan:

Minyak sebagaimana komoditi yang lain dipengaruhi oleh bekalan dan permintaan. Walau bagaimanapun, tidak seperti komoditi lain, harga minyak tidak stabil. Dalam perkataan lain, setiap perubahan dalam bekalan atau permintaan mempunyai kesan secara langsung ke atas harga minyak. Ini disebabkan oleh ciri-ciri pasaran minyak. Disamping itu, terdapat kesan spekulasi khususnya ketika berlaku kekacauan politik yang mempengaruhi ketidakstabilan pasaran. Untuk menggambarkan perkara ini, kami membentangkan perkara yang berikut:

1- Mengenai bekalan:

a- Pertubuhan Negara-negara Pengekspot Minyak (OPEC) dan negara-negara bukan OPEC telah bersetuju untuk membataskan bekalan minyak dalam pasaran. Hasil daripada kesepakatan antara  Rusia dan negara-negara OPEC pada akhir tahun 2016, satu keputusan telah dibuat untuk mengurangkan pengeluaran minyak mentah sebanyak 1.8 juta tong per hari, untuk mengenepikan bekalan yang belebihan dipasaran dan meningkatkan harga miyak. Sebuah kajian oleh Standard & Poor’s Global Plats yang dimiliki oleh OPEC mendedahkan bahawa pengeluaran minyak mentah OPEC dalam bulan April telah jatuh untuk tiga bulan berturut-turut ke aras paling rendah dalam tempoh setahun, menghasilkan 32 juta tong per hari iaitu  140,000 tong per hari lebih rendah daripada bulan Mac. Pada hari ini, pengeluaran bekalan minyak adalah sebanyak 32.73 juta tong per hari iaitu kurang daripada had OPEC sebanyak lebih kurang 730,000 tong per hari. Kesepakatan OPEC akan berlanjutan selama satu tahun. Jika keadaan sekarang berterusan, harga minyak mentah mungkin akan meningkat lagi.  Ketua unit penyelidikan jangka panjang dibahagian penasihat “Aspek-aspek Tenaga”, Matthew Barry mengatakan: “Apa yang kita saksikan sedang berlaku dan akan berlaku lagi di masa hadapan, adalah masalah atau ancaman ke atas bekalan mula memberi kesan yang lebih jelas ke atas harga”. (https://www.marketwatch.com)

b- Keadaaan politik dan ekonomi di Venezuela mempunyai kesan signifikan ke atas kemampuan negara tersebut untuk mencapai sasaran pengeluarannya, ia  menghasilkan  1.41 juta tong per hari dalam bulan 2018, kurang daripada 80,000 tong per hari berbanding Mac 2018, dan kurang daripada 540,000 tong per hari pada tahun  2017. Salah satu sebab utama penyusutan ini disebabkan dasar Venezuelan; iaitu pengurusan syarikat minyaknya (PDVSA) yang lemah dan pada bulan lepas Conoco Phillips memenangi kes terhadap syarikat minyak PDVSA bernilai $ 2 billion kerana dua projek minyak di Venezula telah dirampas. PDVSA juga gagal membayar hutangnya sebanyak $ 2.5 billion. Kesemuanya ini menjejaskan pengeluaran minyak Venezuela dan menyumbangkan kepada pengurangan bekalan. Maka harga minyak meningkat disebabkan penyusutan bekalan.

c- Pengumuman Presiden Trump mengenai penarikan diri daripada perjanjian nuklear dengan Iran telah membangkitkan kemungkinan akan berlakunya sekatan baru ke atas industri minyak Iran. Sekatan yang serupa telah dilaksanakan buat pertama kali dalam tahun 2012 di bawah pentadbiran Obama. Mengikut teori, pengeluaran minyak Iran boleh menyusut sebanyak 20% atau 400,000 hingga 500,000 tong per hari yang menyamai lebih kurang $1 bilion per bulan pada harga semasa (http://foreignpolicy.com). Walaupun Amerika Syarikat tidak mendedahkan apakah tindakan yang akan dikenakan terhadap Iran, namun terdapat spekulasi tentang bentuk sekatan yang disasarkan terhadap industri minyak  Iran.

Semua perkara ini menyebabkan penurunan bekalan dan kesannya dapat dilihat dari aspek peningkatan harga.

2- Mengenai Permintaan:

a- Terdapat peningkatan dalam permintaan terhadap minyak dan Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) menjangkakan permintaan minyak global akan meningkat daripada 97.8 juta tong per hari kepada 99.3 juta tong per hari pada tahun ini.  IEA yang berpengkalan di Paris meningkatkan jangkaannya terhadap peningkatan permintaan minyak dalam tahun 2018 yang dibuat sebelumnya daripada  1.3 kepada 1.4 million tong per hari. Ini dibuat setelah Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) meningkatkan anggarannya untuk peningkatan ekonomi global pada tahun ini dan tahun hadapan. IEA mengatakan dalam laporan pasaran bulanan bahawa permintaan terhadap minyak meningkat sebanyak 1.6 juta tong per hari dalam tahun 2017 (https://www.reuters.com)

b- Satu lagi kawasan yang menyaksikan peningkatan permintaan minyak adalah China. Dalam bulan April 2018, adalah dijangkakan bahawa China akan menggunakan lebih dariapda 9 juta tong minyak mentah per hari, lebih daripada yang mereka gunakan sebelum ini, dan ini adalah penggunaan global sebanyak 10% dan lebih daripada satu pertiga jumlah permintaan di Asia. Jika minyak mentah mencapai $75 setong, ia bermakna kos impot bulanan China akan melebihi $20 bilion. Permintaan yang memecahkan rekod ini berlaku walau pun ketika waktu penyelenggaraan yang mana biasanya impot akan menurun dan ia menunjukkan keperluan minyak China adalah lebih besar daripada yang dijangkakan.  Bank Goldman Sachs mengatakan dalam sebuah nota kepada pelanggannya: “ Permintaan China menunjukkan pertumbuhan pesat, dan mungkin lebih tinggi daripada anggaran semasa”. (https://www.reuters.com)

Berasaskan perkara di atas, terdapat peningkatan dalam permintaan, yang menyebabkan peningkatan harga.

3- Spekulasi:

Spekulasi belaku ketika terjadi perubahan mendadak terhadap bekalan dan permintaan minyak, ditambah lagi dengan sentimen pasaran yang sukar ditentukan. Maka spekulasi menjadi lebih jelas apabila terdapat peningkatan atau pengurangan  yang signifikan dalam harga minyak. Pelaburan persisir pantai (Hedge fund) yang besar memainkan peranan dalam pasaran minyak sama ada dengan membeli atau memaparkan kontrak-kontrak minyak yang besar. Maka, spekulasi boleh mendatangkan kesan positif atau negatif yang boleh mempengaruhi peningkatan dalam permintaan dan seterusnya meningkatkan harga dan boleh juga menurunkan permintaan dan harga yang rendah. Dalam mana-mana keadaan, kesan spekulasi tidak begitu siginifikan dalam peningkatan harga semasa tetapi peranan paling utama ialah isu bekalan dan permintaan sebagaimana yang dijelaskan di atas.

4 – Peningkatan harga minyak sebagaimana  yang kelihatan sebelumnya yang mencatatkan angka yang tinggi, misalnya mencapai 150 atau seumpamanya, tidak mungkin akan berlaku kerana keadaan ekonomi global tidak mampu menghadapinya, maka adalah dijangkakan harga minyak akan terus meningkat secara perlahan-lahan sehinggalah ia berhenti tanpa mencecah satu ratus, khasnya mengambil kira perang perdagangan antara Amerika Syarikat dan China akan menyebabkan pengurangan dalam bekalan dan kemudian harga minyak akan jatuh dengan mudah. Disamping itu, tekanan Amerika ke atas OPEC khususnya melalui Arab Saudi untuk meningkatkan pengeluaran akan mempunyai kesan yang serupa jika harga naik ke tahap yang tidak disenangi oleh Amerika.

10 Ramadan 1439 AH

26/5/2018 CE