Taji Mustafa (jurucakap media Hizbut Tahrir UK) di Al-Jazeera







Khamis, 17 Julai 2008

Adakah undang-undang/keadilan Islam telah sampai di UK?

Sesetengah pendapat mengatakan ada dan mungkin juga telah pun tiba.

Hakim terkemuka Britain, Lord Nicholas Phillips, menimbulkan kontrovesi baru-baru ini apabila beliau mengatakan kemungkinan ada ruang untuk undang-undang Shariah, atau undang-undang agama Islam, di UK.  Beliau melaungkan sentimen yang telah di nyatakan oleh Ketua Paderi Canterbury Gereja England, Rowan Williams pada awal tahun ini  mengenai adoptasi sebahagian dari aspek Undang-undang Syariah  adalah “ tidak dapat dielakkan.”


Ramai warga Islam Britain telahpun mendapatkan pandangan dari para ulama dan pemimpin Islam dalam rangka bagi menyelesaikan perselisihan antara mereka.  Tetapi pihak yang menentang kepada sistem Islam mendakwa bahawa sebarang formalisasi kepada sistem sedia ada akan menyebabkan huru-hara dan mengancam hak-hak asasi wanita dan menyebabkan perpecahan bangsa. 


Pada hari Selasa lepas, Riz Khan melihat kepada peranan undang-undang Syariah dan apakah ianya sesuai untuk Great Britain


Program ini disertai oleh Stephen Hockman, bekas pengerusi Jemaah Kehakiman England dan Wales, yang mendakwa adanya peranan undang-undang Shariah di UK; Shaista Gohir, penasihat kerajaan bagi wanita Muslim dan menentang kepada usul mengadakan undang-undang Shariah, dengan mendakwa majoriti Muslim di Britain tidak berkehendakkan undang-undang Shariah;  dan Taji Mustafa, Ahli Jawatankuasa Tertinggi Hizbut Tahrir Britain

[googlevideo:http://video.google.com/videoplay?docid=-2651360890016060770]