Tayangan Filem Dokumenteri Aljazeera: Ketakutan Rejim & Meningkatnya Aktiviti Hizbut Tahrir di Asia
Dalam sebuah wawancaranya bersama Ferghana.ru (agensi berita di Rusia), Michael Anderson mengatakan bahawa selama bertahun-tahun ia telah melihat bagaimana diktator di Asia Tengah telah menggunakan ‘ancaman’ melalui gelaran ‘ekstrimisme’ untuk menindas sesiapa sahaja yang tidak bersetuju dengan mereka. “Dengan hanya melabelkan mereka sebagai ‘ekstrimis’ atau ‘pengganas'”, kata Anderson.
Anderson mengatakan bahawa di Asia Tengah, ekstrimisme sebelum ini bukanlah ancaman. Tetapi kini ia terjadi disebabkan wujudnya orang seperti Karimov. Pada tahun 1990-an, ketika itu para pemimpin Asia Tengah telah mula memberi amaran terhadap apa yang disebut sebagai ‘ekstrimisme’ dan ‘radikalisme’, tetapi ancaman itu sangat terhad. Karimov dan konco-konconya telah menggunakan imej ekstrimisme Islam ini untuk menakut-nakutkan penduduk tempatan agar mereka taat, ibarat seperti menyatakan ‘hanya aku sahaja yang boleh melindungi kamu daripada pengganas Islam yang berbahaya ini “. Demi kestabilan, demokrasi perlu diketepikan buat sementara, katanya.
Anderson mendedahkan, Karimov seolah-olah menyatakan ‘dan sesiapa yang berani untuk mengkritik saya, dia adalah seorang pengkhianat atau ekstrimis dan akan dicampakkan ke dalam penjara, diseksa dan lain-lain lagi.
Apa yang Terjadi Hari ini?
Hari ini menurut Anderson, akibat daripada penindasan rejim dan mereka gagal dalam mengurus dasar sosial dan ekonomi, ancaman daripada ekstremisme semakin meningkat. Rejim tersebut telah mengubah ramalan mereka terhadap kebenaran.
“Banyak analisis pakar menunjukkan, organisasi seperti Hizbut Tahrir mendapat lebih ramai anggota dari semasa ke semasa. Dan yang lebih penting lagi, semakin ramai yang bersimpati terhadap apa yang mereka seru, walaupun mereka bukan daripada ahli pertubuhan ini,” kata Anderson kepada Ferghana.ru.
Dia memberi penekanan bahawa, “Tetapi, dan ini yang sangat penting, sekalipun rekayasa primitif dilakukan oleh rejim di Asia Tengah, namun tidak seorang pun pernah membuktikan bahawa Hizbut Tahrir telah benar-benar menggunakan kekerasan.”
Dalam filem dokumenterinya, Duta Besar OSCE Bishkek, Andrew Tesoriere, menyatakan kepadanya, “hak-hak orang-orang dalam tahanan, termasuk orang-orang yang disyaki pengganas harus dihormati. Jika anda tidak berbuat demikian, maka anda akan memperbanyakkan lagi masalah ekstremisme dan terorisme “
Berkaitan tragedi di Andijan, dia berkomentar, “Secara peribadi saya berfikir bahawa peristiwa Andijan pada tahun 2005 dengan sejumlah kecil demonstrasi dan penembakan di Asia Tengah selama beberapa tahun akhir-akhir ini menunjukkan bahawa semakin ramai orang yang merasa terdorong ke arah ekstrim.”
“Apabila anda melihat apa yang rejim di Asia Tengah lakukan untuk masyarakat, bolehkan anda menyalahkan mereka?” katanya.
Kesan Terbesar: ‘Para Pahlawan’
Dalam pembuatan filem dokumenterinya itu , Anderson mengakui bahawa yang membuatkannya sangat terharu adalah terhadap ‘pahlawan’ yang berani, seperti pembela hak asasi manusia, peguam dan wartawan yang terus bertahan dalam berdepan dengan rejim yang zalim. Sedangkan rejim yang korup itu sering membahayakan kehidupan mereka seperti yang dapat dilihat hampir setiap minggu.
“Tanggapan saya yang lain adalah bahawa kemanusiaan dan keluarga diperlakukan dengan sangat zalim oleh regim. Orang-orang yang bersalah dilemparkan ke dalam penjara selama dua puluh tahun untuk sesuatu kejahatan yang mana semua orang tahu bahawa mereka tidak melakukannya, tiada pengadilan yang betul, bahkan tiada cara menemui peguam…Inilah kehidupan sehari-hari bagi ribuan orang yang tidak berdosa di daerah ini, “katanya.
“Ya, inilah situasi terburuk di Uzbekistan. Tetapi yang jelas, bahawa para pemimpin yang lain semakin meniru ‘cara Uzbek’,” tambahnya.
Filem yang dihasilkan oleh Mulberry Media ini boleh ditonton oleh seluruh umat Islam di seluruh dunia melalui saluran televisyen Al-Jazeera berbahasa Inggeris, bermula pada hari Rabu sehingga hari Ahad dalam rancangan People & Power.
sumber: syabab.com
[youtube:http://www.youtube.com/watch?v=y3dJkyBMBm8]