Usaha Membunuh Jemaah Subuh Di Masjid Al-Aqsa Gagal
Saksi mengatakan, penyelinap dari penduduk Israel itu cuba memasuki kompleks dengan menggunakan tangga dan juga membawa senjata automatik di belakang seluarnya.
Saksi juga mengatakan penduduk itu cuba melawan tetapi para pemuda Jurusalem yang berada di kawasan tersebut dapat menangkapnya dan kemudian menyerahkannya kepada polis Israel yang datang dalam jumlah yang besar di tempat kejadian tersebut.
Penyelinap itu dipercayai “berniat untuk melakukan pembunuhan terhadap para jemaah ketika melakukan solat subuh,” kata salah seorang di antara mereka kepada agensi Berita Ma’an.
Polis Israel Mendiamkan Insiden Ini, Pelakunya Dianggap Gila. Polis Israel mengeluarkan arahan agar tidak didedahkan kes ini, kata penjaga Masjid al-Aqsa. Bahkan polis Israel seperti yang dinyatakan oleh jurucakapnya, Smulik Ben Ruby, mengatakan bahawa penyelinap itu adalah orang gila dan tidak bersenjata.
Datuk Bandar Jurusalem, Adnan Husaini menyangkal dakwaan polis Israel itu dengan berkata, “Jelas bahawa peristiwa ini tidak dapat dilakukan oleh orang gila.”
Seorang pegawai di Tebing Barat, Hatem Abdul Qadir, menyatakan bahawa tindakan Israel tersebut telah mendorong para penduduk Israel dan ekstrimis Yahudi untuk meneruskan lagi usaha keganasan mereka terhadap warga Palestin, termasuk di tempat-tempat ibadat.