Usaha pemisahan Papua: Rencana licik Imperialis untuk melemahkan umat Islam dan melanjutkan hegemoni di rantau ini

papuaDemonstrasi mendukung Persatuan Gerakan Pembebasan Papua Barat atau United Liberation Movement for West Papua (ULMWP) berlangsung secara serentak di lapan lokasi di Papua iaitu Merauke, Kaimana, Yahukimo, Sorong, Manokwari, Fak-fak, dan Timika.

Bazoka Logo, jurucakap Komite Nasional Papua Barat (KNPB) mengatakan pihaknya merancang untuk mengadakan tunjuk perasaan di hadapan pejabat Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) Papua di Jayapura. Demonstrasi tersebut bertujuan mendukung keanggotaan ULMWP dalam Melanesian Spearhead Group (MSG) yang merupakan sebuah blok serantau yang meliputi Fiji, Vanuatu, Papua New Guinea dan Kepulauan Solomon di samping memberi sokongan terhadap International Parliamentarians for West Papua (IPWP) yang akan bertemu di London pada 3 Mei akan datang. IPWP didirikan oleh aktivis Organisasi Papua Merdeka (OPM) dan beberapa anggota parlimen dari Vanuatu, Britain dan Papua New Guinea pada 2008 kerana terinspirasi daripada keberhasilan Parlimen Internasional untuk Timor Timur  [BBC Indonesia, 13/4/16].

Usaha memisahkan Papua Barat dan Papua dilakukan melalui tiga strategi:-

Pertama, melalui operasi bersenjata dari sayap ketenteraan OPM dan aksi demonstrasi oleh mahasiswa, yang jelas menyuarakan kemerdekaan Papua.

Kedua, melalui jalur politik dan pengantarabangsaan isu Papua. Strategi ini memperlihatkan pembukaan pejabat OPM di Britain, Belanda, Australia dan negara-negara Melanesia. Antara isu yang selalu diangkat adalah berkaitan pelanggaran hak asasi manusia (HAM), penindasan dan ketidakadilan yang dialami penduduk Papua, serta tuntutan bahawa integrasi Papua ke dalam Indonesia sebagai tidak sah.

Ketiga, mendesak referendum agar rakyat Papua menentukan nasib sendiri sekali gus berpisah daripada Indonesia melalui Dewan PBB, sama seperti strategi pemisahan Timor Timur daripada Indonesia.

Pembukaan pejabat ULMWP di beberapa wilayah di Indonesia sejak beberapa tahun lalu merupakan bukti kelemahan dan kelalaian pemerintah Indonesia dalam menghadapi usaha dan tekanan daripada pemisah Indonesia. Pemerintah Indonesia cenderung membiarkan pelbagai manuver politik ke arah kemerdekaan Papua.

Dalam pada itu, campur tangan asing dalam usaha pemisahan Papua juga tidak dapat dinafikan lagi. Umat Islam seharusnya sedar bahawa negara-negara imperialis tidak akan membiarkan negara Muslimin seperti Indonesia menjadi sebuah negara yang besar, utuh dan kuat dengan konspirasi-konspirasi jahat merosakkan kestabilan negara demi kepentingan ekonomi dan politik mereka.

Sementara itu, pemisahan Papua daripada Indonesia bukanlah solusi bagi kemelut rakyat Papua, sebaliknya akan melemahkan Papua. Usaha sebegini bakal membuka ruang bagi negara-negara imperialis untuk mengaut kekayaan alam dan sumber negeri Papua. Inilah yang berlaku kepada Timor Timur setelah berpisah daripada Indonesia, yang menyaksikan Australia mendapat hak kepada 10% daripada hasil petroleum negara tersebut [Australian Government Dept of Foreign Affairs & Trade].

Sesungguhnya pemisahan negeri-negeri kaum Muslimin bukan sahaja akan melemahkan lagi umat Islam, malah haram di sisi Islam, kerana umat Islam adalah umat yang satu, wajib mempunyai negara yang satu dan ulim amri yang satu. Umat Islam wajib bersatu di bawah Negara Khilafah dan haram untuk berpecah belah. Inilah yang sedang diusahakan oleh Hizbut Tahrir di seluruh dunia yakni untuk mempersatukan umat Islam di bawah satu negara, satu pemerintahan dan satu bendera.