Wahai Kaum Muslimin: Boikot Pilihanraya!

Wahai Kaum Muslimin: Boikot Pilihanraya! Tunjukkan Kesedihan dan Berjuanglah untuk Mewujudkan Perubahan yang Hakiki


بسم الله الرحمن الرحيم

Suruhanjaya Pilihanraya Nasional telah mengumumkan bahawa tempat-tempat pengundian akan dibuka kepada para pengundi untuk membuang undi mereka selama tiga hari mulai hari Ahad, 11 April 2010 dan berakhir pada hari Selasa, 13 April. Pilihanraya tersebut adalah bagi memilih Presiden, wakil-wakil rakyat dan anggota Parlimen Nasional dan anggota Dewan Undangan Negeri.

Bagi realiti tersebut, kami Hizbut Tahrir Wilayah Sudan ingin menjelaskan perkara seperti berikut:

Pertama, adalah haram bagi kaum Muslimin untuk hadir ke tempat pengundian untuk memilih Presiden atau para peminpin kawasan yang memerintah dengan selain daripada apa yang telah diturunkan oleh Allah, atau memilih anggota Parlimen yang menetapkan syariat selain daripada (syariat) Allah. Kerana semua itu berdiri di atas asas selain daripada Islam. Malah, ia berdiri di atas asas Perlembagaan sekular Sudan yang diambil daripada perjanjian Nevasha.

Kedua, adalah haram bagi kaum Muslimin untuk hadir ke tempat pengundian kerana pilihanraya ini ditetapkan oleh perjanjian Nevasha. Kufar Barat sangat menginginkan kejayaan mereka dalam menyempurnakan konspirasi mereka dengan bertujuan untuk memecah belahkan Sudan. Oleh kerana itu, apa yang diinginkan daripada pilihanraya ini adalah supaya diberikan cop rasmi untuk pemisahan bahagian selatan.

Dalam temubual bersama akhbar Der Spiegel Jerman, yang dipetik oleh akhbar ash-Sharq al-Awsath pada 24 Mac lalu, Presiden al-Basheer mengatakan: “Kami faham bahawa peristiwa sejarah seperti ini (pemisahan selatan) tidak mungkin dilakukan kecuali oleh mereka yang mewakili rakyat secara sah”. Kenyataan tersebut  adalah kenyataan Amerika, iaitu perancang perjanjian Nevasha. Wakil khas Sudan, Scott Graishin, dalam satu temubual bersama Reuters pada 26 Mac lalu mengatakan: “Amerika Syarikat berharap pilihanraya yang akan berlangsung bulan depan di Sudan akan membuka jalan bagi pemisahan rakyat dan bukan perang saudara”.

Adalah mustahil untuk mengatakan bahawa kita hadir ke tempat pengundian bertujuan supaya orang-orang sekular tidak dapat mengawal kita. Yang mereka inginkan daripada perkara itu (pengundian)  adalah untuk menguatkan lagi regim yang sedang berkuasa. Mustahil untuk mengatakan sedemikian kerana itu adalah satu bentuk penipuan. Sejarah Sudan belum pernah menyaksikan regim yang lebih sekular dan lebih jauh daripada Islam kecuali regim yang sedang berkuasa sekarang ini. Semua itu merupakan justifikasi dan alasan yang menyesatkan. Bukankah regim tersebut yang menandatangani perjanjian Nevasha sehingga mewujudkan para penjenayah kufar dan sekular dalam masyarakat sebagai pemimpin yang dimuliakan?! Bukankah regim inilah yang mengancam keutuhan negara apabila menerima kewujudan hak dalam menentukan nasib sendiri bagi kawasan selatan?! Bukankah regim ini yang mengawal parti-parti dan organisasi-organisasi di atas asas selain daripada Islam, baik sama ada sekular ataupun komunis?!

Hadir ke tempat pengundian secara syar’ienya adalah haram kerana akan melahirkan orang-orang yang meneruskan perjanjian Nevasha dan perlembagaannya. Ini adalah sekularisme itu sendiri. Adakah sekularisme yang dipaksa ke atas kita ingin digantikan dengan sekularisme yang kita ciptakan sendiri yang  penuh dengan lumuran dosa?! Adalah mustahil untuk mengatakan bahawa apabila kita hadir ke tempat pegundian,  perubahan dapat dilakukan. Dengan cara itu, kita dapat menghilangkan kezaliman daripada bahu kita. Adalah mustahil untuk mengatakan sedemikian kerana asas yang menjadi dasar wujudnya pilihanraya ini menunjukkan kepada kita bahawa pilihanraya ini tidak lain adalah bertujuan untuk menerapkan perjanjian Nevasha. Ini membuktikan bahawa kezaliman itu akan terus berlangsung. Perubahan yang mungkin berlaku adalah perubahan pada orang yang berkuasa sahaja, bukan perubahan sistem sekular yang tertegak di atas dasar, institusi dan perundangan mereka yang merupakan pangkal kepada kezaliman dan bencana.

Adalah mustahil untuk mengatakan, kita hadir ke tempat pengundian untuk memilih orang yang akan memperjuangkan rakyat dan wilayah kita. Matlamat tidak menghalalkan cara. Sesuatu wasilah itu wajib daripada jenis yang sama dengan tujuan yang sama.

Selagi kita memilih pemimpin dan ahli parlimen yang akan memerintah kita dengan kebatilan dan memecah belahkan negeri kita, maka itu adalah jelas haram secara syar’ie. Hal itu mustahil untuk dibuktikan melalui pembangunan sekolah atau hospital. Akan tetapi, kewajiban ri’ayah sememangnya dibebankan di atas bahu para pemimpin tersebut. Penanggungjawaban yang akan diminta oleh Allah daripada mereka adalah lebih besar daripada hanya sekadar membangunkan sekolah atau hospital, sebagaimana Rasullulah saw pernah melarang supaya membaiat pemimpin demi mengharapkan secebis dunia.

« ثَلاثَةٌ لا يُكَلِّمُهُمْ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلا يُزَكِّيهِمْ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ … وَرَجُلٌ بَايَعَ إِمَامًا لا يُبَايِعُهُ إِلا لِدُنْيَاهُ إِنْ أَعْطَاهُ مَا يُرِيدُ وَفَى لَهُ وَإِلا لَمْ يَفِ لَهُ …»

“Tiga golongan yang Allah tidak akan berbicara dengan mereka pada Hari Kiamat kelak, tidak pula menyucikan mereka dan bagi mereka azab yang pedih… dan seorang lelaki yang membaiat seorang Imam (Khalifah) hanya untuk mendapatkan dunia. Jika Imam memberikan apa yang ia inginkan, ia memenuhi baiat kepadanya. Dan jika tidak, maka ia tidak memenuhi baiat kepadanya.”  (HR Bukhari)

Adalah mustahil untuk mengatakan bahawa tidak hadirnya ke tempat pengundian adalah satu bentuk tindakan yang negatif. Syara’ mewajibkan seseorang Muslim untuk menjauhi apa sahaja perkara yang haram. Tetapi sebaliknya itu adalah apa yang dikenali sebagai perkara yang bersifat negatif. Setiap Muslim mampu untuk menjauhi apa sahaja yang haram kerana syara’ tidak mensyaratkan istitha’ah dalam masalah tersebut. Rasulullah saw bersabda:

«… فَإِذَا نَهَيْتُكُمْ عَنْ شَيْءٍ فَاجْتَنِبُوهُ وَإِذَا أَمَرْتُكُمْ بِأَمْرٍ فَأْتُوا مِنْهُ مَا اسْتَطَعْتُمْ»

… jika aku melarang sesuatu maka jauhilah, dan jika aku memerintahkan sesuatu maka laksanakan sesuai dengan kemampuan kalian. (HR Bukhari)

Wahai kaum Muslimin,

•    Tunjukkanlah kesedihan pada hari di mana masyarakat diminta untuk memberikan undi mereka bertujuan untuk  memisahkan bahagian selatan dan menjerumuskan negara ke jurang perpecahan.
•    Boikotlah pilihanraya ini kerana keputusannya akan pasti menyebelahi regim sekular. Kita akan memikul beban dosa kerana mewujudkan regim tersebut membuatkan kita akan menjerumuskan diri kita dan para wakil rakyat ke dalam neraka Jahanam, wa al-‘iyâdzu bilLâh.
•    Tunaikanlah kewajiban dengan berjuang penuh kesungguhan untuk mewujudkan perubahan yang hakiki melalui penegakkan Khilafah yang agung. Melaluinya masyarakat akan memilih seorang Khalifah untuk kaum Muslimin, yang akan menerapkan syariah Rabb semesta alam dan berjuang untuk menyatukan negeri-negeri kaum Muslimin.

 إِنَّ هَذَا لَهُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ

Sesungguhnya ini adalah benar-benar kemenangan yang besar. (TMQ As-Saffat [37]: 60)

26 Rabiuts Tsani 1431H
10 April 2010 M

Hizbut Tahrir Wilayah Sudan

Sumber : http://hizbut-tahrir.or.id