Wahai Mereka Yang Bangkit di Dataran Tahrir! Wahai Penduduk Mesir!

Dengan nama Allah Ar-Rahman, Ar-Rahiim

Wahai Mereka Yang Bangkit di Dataran Tahrir!
Wahai Penduduk Mesir
!
 

 
Berwaspadalah terhadap muslihat Amerika dan boneka mereka yang melakukan perubahan kosmetik terhadap rejim!
 
Suara-suara bantahan di bawah pengaruh Amerika sedang mendapat perhatian. Para penguasa rejim bersuara lantang sambil memperdaya kalian agar menukarkan penguasa zalim dengan penguasa zalim yang lain. Mereka menumpukan perhatian kepada Hosni Mubarak yang dianggap sebagai masalah, daripada menumpukan perhatian kepada pasukan keselamatan beliau yang juga melakukan pembantaian terhadap rakyat. Mereka menumpukan perhatian kepada perbalahan di dalam sistem sekular, tetapi tidak kepada sistem sekular itu sendiri.

Suara-suara sedang bergema untuk melucutkan kekuasaan daripada Mubarak kepada Omar Suleiman, yang menyokongnya, tetapi tidak mengendahkan hakikat bahawa beliau juga adalah boneka kepada entiti Yahudi, menjadi penghubung antara Mubarak dengan entiti Yahudi yang merampas tanah suci Isra’ and Miraj, dan tanah masjid al-Aqsa, kiblat umat Islam pertama!

Suara-suara memperlihatkan Omar Suleiman sebagai “penyelemat”. Mereka berbincang dengan beliau untuk menyelesaikan krisis yang berlaku. Tetapi mereka yang berbincang ini bukan sahaja terdiri daripada golongan yang setia kepada rejim, tetapi juga golongan munafik yang berkata sesuatu kepada pihak yang berdemonstrasi dan berkata suatu yang lain kepada Omar Suleiman!

Wahai Mereka Yang Bangkit di Dataran Tahrir!
Wahai Penduduk Mesir!
Amerika yang merupakan pelindung kepada rejim yang sedia ada terkejut melihat rakyat Mesir yang membantah kezaliman dan melawan keganasan, dan mereka menyedari bahawa ia merupakan perkara yang serius. Amerika cemas kerana selama ini rejim tersebut selalu menyebelahinya, melindungi kepentingannya dan melindungi kepentingan entiti Yahudi. Suasana cemas ini telah menyebabkan Obama dan orang kanannya melakukan pertemuaan dan perbincangan, untuk menghubungi pegawai-pegawai rejim, dan menghantar utusan ke sana, seolah-olah Mesir adalah salah satu wilayah Amerika.

Pertemuan ahli politik Amerika ini memunculkan perancangan untuk memperelokkan wajah rejim apabila mereka mendapati bahawa rejim lama telah tumbang atau hampir tumbang. Mereka bersetuju untuk menegakkan rejim baru untuk menggantikan rejim lama yang telah tumbang, dan sesungguhnya sekiranya Amerika berpandangan bahawa kedua-dua rejim lama dan baru mesti ditukarkan, mereka barang pasti akan menukar kedua-duanya sekali. Mereka sanggup melakukan semua ini demi mempertahankan penguasaan mereka dengan muka yang baru yang menjanjikan kesejahteraan kepada masyarakat. 


Wahai Mereka Yang Bangkit di Dataran Tahrir!
Wahai Penduduk Mesir!
Kalian dengan kehendak Allah, berupaya untuk menghalang rancangan jahat ini melalui kesedaran dan kesabaran, di mana Amerika, atau rejim munafik yang dilindungi oleh Amerika, akan berupaya menghalang kalian.Kalian telah mematahkan tulang belakang rejim dan kroni mereka dengan kebangkitan dan kesabaran kalian.Kalian telah membongkarkan sikap golongan dan individu yang telah mencuba untuk menyokong kalian di satu pihak dan Omar Suleiman di satu pihak yang lain, lalu membongkarkan sikap munafik dan penipuan mereka.Dan kalian telah melontarkan ketakutan kepada  Barat, khususnya Amerika, apabila mereka melihat beribu-ribu dari kalian melaungkan Allahu Akbar ketika bersolat jemaah semasa demonstrasi kalian, kaki ke kaki, bahu ke bahu. Kekalkanlah solat ini dan jadikannya sebagai dorongan untuk melakukan perubahan yang kalian laungkan.

Wahai Mereka Yang Bangkit di Dataran Tahrir!
Wahai Penduduk Mesir!
Perubahan tidak boleh dilakukan dengan hanya mengubah penguasa boneka dengan penguasa boneka yang lain. Juga tidak dengan hanya mengubah perlembagaan sekular dengan perlembagaan sekular yang baru. Dan begitu juga,  menukar rejim lama tidak boleh dilakukan melalui perundingan dengan rejim tersebut.

Perubahan adalah seperti yang anda persembahkan apabila menunaikan solat di Dataran Tahrir…
Perubahan sebenar adalah perubahan yang menjadikan Mesir sebagai ibukota umat Islam dengan berdirinya Khilafah yang adil, sebagai negara yang menyatukan kesemua umat Islam. Perubahan sebenar adalah yang menjadikan Mesir kembali menjadi khazanah Allah di dunia ini.

Perubahan sebenar adalah yang menjadikan Mesir aman semula, untuk kedua-dua umat Islam dan Kristian Qibti, untuk keadilan bersama.

Perubahan sebenar adalah yang menjadikan Mesir tidak boleh dikuasai oleh negara penjajah terutamanya Amerika. Mesir akan menjadi api yang membakar mereka dan bukannya khazanah yang menguntungkan mereka.
 

Wahai Mereka Yang Bangkit di Dataran Tahrir!
Wahai Penduduk Mesir!
Hizb ut-Tahrir di Mesir ada di kalangan kalian dan bekerja dengan kalian untuk melakukan perubahan dengan mengembalikan sistem pemerintahan Islam yang diwajibkan oleh Tuhan seluruh alam. Inilah perubahan sebenar yang dapat menjamin kesejahteraan dan keselamatan kalian. Inilah perubahan sebenar, di mana nyawa dan darah kalian tidak disia-siakan. Dan demi perubahan tersebut, marilah kita semua bekerja ke arahnya.

{إِنَّ فِي هَذَا لَبَلاغًا لِقَوْمٍ عَابِدِينَ}

[Sememangnya, di dalamnya adalah peringatan kepada orang-orang yang mengabdikan diri mereka kepadaNya]

Hizb ut-Tahrir Mesir
6 Rabee’ Awwal 1432
09/02/2011 Masihi