Wahai Tentera di Wilayah Kaum Muslimin! Cukup-cukuplah, Apakah Kalian Masih Menunggu Arahan Daripada Pemerintah untuk Menyokong Gaza Hashem?

بسم الله الرحمن الرحيم

(Terjemahan)

Kepada tentera di Wilayah kaum Muslimin: Tidakkah kalian mempunyai hati untuk merasakan, mata untuk melihat, dan telinga untuk mendengar? Tidakkah kalian menyaksikan sungai-sungai darah mengalir dari anak-anak Gaza? Tidakkah kalian menyaksikan merajalelanya pembantaian di seluruh pelosok kampung, bandar dan jalan raya? Tidakkah kalian melihat rumah-rumah yang dimusnahkan, hospital-hospital yang dibom, ambulans-ambulans yang dihalang daripada membawa orang-orang yang cedera hingga menyebabkan mereka syahid? Tidakkah kalian dapat melihat kekejaman entiti Yahudi yang hina itu meliputi seluruh manusia, bebatuan dan juga pepohonan? Kekejaman Yahudi itu juga telah meliputi Gaza dan Tebing Barat, malah hingga ke tanah Palestin yang diduduki (berdasarkan ketentuan) 1948.

Apakah yang masih kalian tunggu? Tidak diragui bahawa kalian melihat dan mendengar apa yang sedang berlaku. Apakah tidak ada dalam kalangan kalian seorang yang cerdas untuk memimpin pasukan tentera, membawa kemenangan untuk Islam dan umatnya, dengan menghapuskan entiti Yahudi si penjajah Palestin, lalu mengembalikan Palestin sepenuhnya kepada wilayah Islam? Jika ada penguasa diktator yang cuba menghalangnya, bukankah dia harus membelakangi penguasa tersebut? Apakah tidak ada dalam kalangan kalian (wahai para tentera) seorang yang cerdas seperti itu?

Siapa pun (dalam kalangan tentera) yang menunggu perintah daripada penguasa, ia hanyalah ibarat seseorang yang memasukkan kedua tangannya ke dalam air dan berharap air itu sampai ke mulutnya, sedangkan air itu pasti tidak akan sampai ke mulutnya. Ia samalah seperti menunggu seekor unta memasuki “lubang jarum”.

Para penguasa ini hanyalah mengikuti perintah daripada negara-negara kafir penjajah, negara yang menubuhkan entiti Yahudi dan menyerahkan Tanah Palestin Yang Diberkati kepada si Yahudi. Mengharapkan kebaikan atau Jihad daripada mereka adalah suatu yang sia-sia. Orang yang terbaik dalam kalangan penguasa tersebut pun hanyalah yang menghitung-hitung jumlah para syuhada dan yang cedera, atau yang mengharapkan negara-negara kafir yang dipimpin oleh Amerika, untuk mencari solusi, walaupun (solusi) itu membawa kepada penyerahan (ketundukan) orang-orang Islam terhadap Yahudi.

Para penguasa tersebut memuji Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dengan berharap yang sekurang-kurangnya ICJ akan menjamin gencatan senjata, namun ternyata itu tidak berlaku. Sebaliknya, ICJ meminta entiti Yahudi untuk menulis surat kepada ICJ dalam tempoh sebulan, apakah mereka (entiti Yahudi) telah menghentikan pembantaian mereka! Antara keputusan ICJ ialah:-

[ICJ memerintahkan bahawa “Israel” mesti menghalang tenteranya daripada melakukan pembantaian, mencegah hasutan-hasutan ke arah tersebut, mencegah penyerangan dan penghancuran terhadap penduduk Gaza; dan hendaklah melaksanakan langkah “segera dan berkesan” bagi menjamin pengiriman bantuan kemanusiaan ke Gaza berserta dengan perkhidmatan asas yang sangat diperlukan. ICJ juga memutuskan bahawa “Israel” perlu melaporkan kepada mahkamah, dalam tempoh sebulan, mengenai usaha-usaha yang telah dilakukannya dalam melaksanakan langkah-langkah tersebut (Al-Jazeera, 26/01/2024)].

Walaupun keputusan ICJ adalah lemah, namun para penguasa diktator memujinya. Pada 26 Januari 2024, Al-Jazeera melaporkan reaksi para penguasa di negeri-negeri kaum Muslimin, yang memuji dan menyambut baik keputusan tersebut meskipun tidak ada gencatan senjata terhadap si penjajah! Berikut ialah ringkasan reaksi yang dilaporkan (oleh Media) terhadap sambutan ini:

  • Presiden Turki mengalu-alukan keputusan mahkamah, dan menyifatkannya sebagai satu resolusi yang “berharga”.
  • Menteri Luar Iran, Hussein Amir Abdullahian, menggesa pihak berkuasa “Israel” untuk menghadapi pengadilan selepas keputusan mahkamah.
  • Republik Arab Mesir mengesahkan bahawa ia sangat berharap akan ada keputusan gencatan senjata segera oleh mahkamah dan menekankan keperluan untuk menghormati dan melaksanakan keputusan ICJ.
  • Presiden Algeria meminta Majlis Keselamatan PBB bermesyuarat untuk menyediakan “formula pelaksanaan” terhadap keputusan mahkamah.
  • Tunisia dan Jordan menyifatkan keputusan mahkamah sebagai “bersejarah.”
  • Qatar, Kuwait dan Oman mengalu-alukan keputusan mahkamah.
  • Presiden Pakistan mengalu-alukan penghakiman mahkamah sebagai satu keputusan yang hebat, sambil menekankan yang masyarakat antarabangsa dan Majlis Keselamatan PBB mesti menghalang “Israel” daripada meneruskan pertumpahan darah di Palestin.
  • Ada pun Pihak Berkuasa Palestin pula, Kementerian Luar Palestin menyatakan dalam satu video, “Perintah ICJ adalah peringatan penting bahawa tiada negara yang melebihi undang-undang,” dan keadilan terpakai kepada semua pihak.

Seolah-olah pendudukan entiti Yahudi di Palestin telah berakhir, yang dengan itu para penguasa itu mengalu-alukan keputusan tersebut!

﴿قَاتَلَهُمُ اللهُ أَنَّى يُؤْفَكُونَ

“Semoga Allah membinasakan mereka. Bagaimanakah mereka sampai dipalingkan (dari kebenaran)?” [Al-Munafiqun (63): 4].

Tambahan pada itu, para penguasa Arab bergegas untuk mengadakan mesyuarat Liga Arab untuk membincangkan cara menangani Gaza dalam rangka mengalu-alukan keputusan mahkamah. Mereka meneroka setiap penyelesaian kecuali penyelesaian yang benar, yang diwajibkan oleh Tuhan sekalian alam, yang diikuti oleh Rasul-Nya (saw) dan yang dicontohi oleh Khulafa’ ar-Rasyidin, dan orang-orang selepas mereka, sehinggalah orang-orang kafir menghapuskan Khilafah (Khilafah) pada tahun 1924. Pada waktu itu, Palestin telah diserahkan kepada Yahudi.

Semoga Allah (swt) merahmati Khalifah Abdul Hamid, yang menolak ketika Herzl menawarkan berjuta-juta dinar emas kepada Perbendaharaan Daulah sebagai pertukaran untuk membenarkan orang-orang Yahudi bertempat tinggal di Palestin, sambil berkata, “Palestin bukan milik peribadiku, tetapi milik umat Islam. Umat Islam telah berjuang untuk tanah ini dengan darah-darah mereka. Orang Yahudi boleh simpan sahaja berjuta-juta wang mereka, dan jika Khilafah jatuh satu hari nanti, mereka boleh mengambil Palestin tanpa sebarang bayaran.”

Inilah apa yang berlaku! Inilah penguasa Arab, yang semasa mesyuarat tergempar mereka, meneroka setiap solusi kecuali solusi yang benar, iaitu mengerahkan tentera untuk memberi nusrah (pertolongan) kepada Gaza Hashem dan menyingkirkan entiti Yahudi yang menduduki Tanah Palestin Yang Diberkati! Mesyuarat mereka tidak akan pergi lebih daripada mengalu-alukan keputusan ICJ, dengan menyatakan yang keputusan itu adalah ‘satu peluang untuk memulihkan undang-undang antarabangsa yang “Israel” telah langgar secara konsisten, dan satu keperluan untuk memanfaatkan keputusan ini di pihak (negara-negara) Arab…’ (Sky News Arabic , 28/01/2024).

Lebih lanjut, para penguasa ini sebenarnya mencari solusi daripada Amerika. Perunding Arab, Mesir dan Qatar, bergegas menghadiri pertemuan yang dipanggil Amerika bersama Yahudi, untuk mencari jalan bagi urusan penyerahan baru (tebusan) dalam usaha menyelamatkan tebusan Yahudi semasa penentangan. Delegasi “Israel” yang diketuai oleh David Barnea, ketua agensi perisikan “Israel” Mossad, tiba di ibu negara Perancis untuk menyusuli rundingan baru yang berpotensi untuk membebaskan lebih ramai tebusan mereka yang ditahan di Gaza.

Delegasi “Israel” dijadualkan bertemu di Paris pada petang Ahad dengan wakil daripada Amerika, Qatar dan Mesir, yang mengetuai usaha rundingan bersama tersebut dalam rangka memuktamadkan dan menyediakan kesepakatan antara “Israel” dan Hamas. Menurut dua pegawai kanan AS, terdapat tanda-tanda kemajuan yang ketara mengenai apa yang dicadangkan oleh perunding Amerika, dengan kerangka awal mencadangkan agar “Israel” menangguhkan operasi ketenteraannya di Gaza selama dua bulan sebagai pertukaran untuk pembebasan pusingan baru tebusan, yang berjumlah lebih 100 orang, termasuk yang ditahan oleh Hamas (BBC, 28/01/2024). Sungguh nyata bahawa Amerika sedang menggerakkan mereka, dan mereka hanya mengikuti di belakang!”

﴿سَاءَ مَا يَحْكُمُون

“Amatlah buruk apa yang mereka tetapkan itu” [Al-Ankabut (29): 4].

Inilah realiti para penguasa di dunia Islam. Maka pilihlah jalan kalian wahai tentera kaum Muslimin. Taatilah kepada Allah dan Rasul-Nya, bersegeralah menuju salah satu daripada dua kebaikan – kemenangan di dunia sekali gus kejayaan dalam mengangkat martabat umat Islam, dan kemenangan di akhirat dengan beroleh syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa. Ia hanya dapat diraih dengan kalian memberikan pertolongan kepada Gaza, para pembelanya, dan seluruh Palestin…atau (pilihan lain ialah) kalian mengikuti jalan para penguasa kalian, yang tidak memberi manfaat kepada kalian di dunia mahupun akhirat, dan keadaan kalian adalah seperti orang yang meminta tolong (untuk keluar) dari abu dengan api, di mana kalian tidak akan mendapat apa-apa kejayaan di dunia dan tidak akan selamat di akhirat.

﴿لَهُمْ خِزْيٌ فِي الدُّنْيَا وَلَهُمْ فِي الْآخِرَةِ عَذَابٌ عَظِيمٌ

“Untuk mereka penghinaan di dunia, dan di akhirat mereka beroleh seksaan yang besar” [Al-Maidah (5): 33].

Wahai tentera di Wilayah kaum Muslimin!

Ingatlah akan nenek moyang kalian, ingatlah Salahuddin yang telah mengalahkan tentera Salib setelah mereka membuat kerosakan di muka bumi. Ingatlah Qutuz, Baybars, dan tentera Islam yang telah mengalahkan Tatar. Ingatlah bahawa semua itu berlaku di Tanah Palestin Yang Diberkati. Ingatlah kembali akan semua itu dan jadilah cucu-cicit mereka. Berjalanlah mengikut jejak langkah mereka, dan jadikanlah Palestin, untuk kali yang ketiga, sebagai kubur orang-orang Yahudi berserta sekutu-sekutu mereka, yang telah mengusir kalian daripada rumah-rumah kalian.

﴿إِنَّمَا يَنْهَاكُمُ اللهُ عَنِ الَّذِينَ قَاتَلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَأَخْرَجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ وَظَاهَرُوا عَلَى إِخْرَاجِكُمْ أَنْ تَوَلَّوْهُمْ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ

“Sesungguhnya Allah hanya melarang kalian menjadikan sebagai teman kalian orang-orang yang memerangi kalian kerana agama dan mengusir kalian dari negeri kalian, dan membantu (orang lain) untuk mengusir kalian. Dan barangsiapa menjadikan mereka sebagai teman, maka mereka itulah orang-orang yang zalim” [Al-Mumtahanah (60): 9].

﴿وَاقْتُلُوهُمْ حَيْثُ ثَقِفْتُمُوهُمْ وَأَخْرِجُوهُمْ مِنْ حَيْثُ أَخْرَجُوكُمْ

“Dan bunuhlah mereka di mana saja kalian menjumpai mereka, dan usirlah mereka dari tempat yang mereka telah mengusir kalian” [Al-Baqarah (2): 191].

Wahai tentera di Wilayah kaum Muslimin!

Apakah tidak ada dalam kalangan kalian orang-orang yang bijaksana? Untuk memimpin perajurit-perajurit, terutama di negeri Kinanah (Mesir) dan asy-Syam, yang mana (jika mereka berbuat demikian) akan diikuti pula oleh pasukan tentera yang lain, yang akan bertakbir kepada Allah (swt), dan seluruh umat Islam akan turut melaungkan takbir di belakang mereka dengan pertolongan (kemenangan) daripada Allah (swt).

﴿إِنَّا لَنَنْصُرُ رُسُلَنَا وَالَّذِينَ آمَنُوا فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَيَوْمَ يَقُومُ الْأَشْهَادُ

“Sesungguhnya Kami menolong Rasul-rasul Kami dan orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia dan pada hari berdirinya saksi-saksi (hari Kiamat)” [Ghafir (40): 51].

Cukup-cukuplah wahai tentera kaum Muslimin! Tidak ada lagi alasan bagi orang yang meminta maaf, dan tidak ada lagi justifikasi bagi orang yang menunjuk perasaan. Sungguh, tidak cukup untuk kalian sekadar mengacip gigi kerana marah kepada musuh-musuh kalian, tanpa apa-apa tindakan daripada kalian. Sedangkan Allah al-Hakim al-Aziz berfirman:

﴿قَاتِلُوهُمْ يُعَذِّبْهُمُ اللهُ بِأَيْدِيكُمْ وَيُخْزِهِمْ وَيَنْصُرْكُمْ عَلَيْهِمْ وَيَشْفِ صُدُورَ قَوْمٍ مُؤْمِنِينَ

“Perangilah mereka, nescaya Allah akan menghancurkan mereka dengan (perantaraan) tangan-tangan kalian, dan Allah akan menghinakan mereka dan menolong kalian atas mereka, serta Dia akan melegakan hati orang-orang yang beriman” [TMQ at-Taubah (9): 14].

Hizbut Tahrir

18 Rajab 1445 H

30 Januari 2024 M