Yediot Ahronot kembali siar kartun yang menghina Rasulullah SAW

Gambar UG 220215 2Surat khabar Yahudi, Yediot Ahronot, kembali menerbitkan kartun yang memperlecehkan Nabi Muhammad SAW.

Entiti Yahudi kembali melakukan tindakan yang bersifat perlecehan, kebencian dan kejahatan terhadap Islam dan kaum Muslimin. Kejahatan yang dilakukan entiti Yahudi itu tidak hanya dengan menduduki tempat isra’-nya Rasulullah SAW, menodainya serta berusaha untuk menghancurkan dan merebutnya, namun juga terus menyiarkan karikatur yang menghina Rasulullah SAW.

Semua ini menunjukkan sejauh mana kebencian dan besarnya penentangan mereka terhadap kaum Muslimin kerana merasa tidak ada perlawanan dari umat Islam dan tenteranya. Sebab selama beberapa dekad ini, mereka merasa aman sentosa dengan semua kejahatan mereka, tanpa ada penentangan yang membuat mereka serik.

Apakah tentangan dan kelancangan entiti Yahudi ini akan mengobarkan api pembelaan tentera kaum Muslimin dan iman mereka? Apakah hal itu akan menggerakkan tentera Jordan untuk membela Nabi Muhammad SAW dan Masjidil Aqsa? Apakah dengan semua ini tentera Mesir akan bergerak untuk membela tempat-tempat suci Islam? Atau apakah anda akan melihat tentera tersebut justeru memerangi umat Islam dan sebaliknya mereka berdamai dengan para musuh? Apakah mereka tidak merenung? Apakah mereka tidak sedar?

[sumber: http://www.pal-tahrir.info/flash/7871-2015-02-20-18-45-21.html]