Adakah Mahathir Faham Masalah Palestin?
Fahami derita Palestin – Dr. Mahathir
Sumber: Kosmo Online 23/01/11
Adakah Mahathir Faham Masalah Palestin?
Ternyata Mahathir sendiri tidak faham masalah sebenar Palestin. Kenapa dikatakan begitu? Ini berdasarkan kepada kenyataan Mahathir di atas yang secara jelas menunjukkan beliau sendiri tidak memahami masalah mendasar umat Islam di sana. Bolehkah masalah umat Islam Palestin diselesaikan hanya dengan bantuan makanan, minuman, ubat-ubatan dan lain-lainnya sebagaimana yang kita perhatikan sering dilakukan oleh banyak pihak hari ini? Isu Palestin tidak akan dapat dinoktahkan selagi mana regim kufur Israel laknatullah masih wujud di atas bumi Palestin.
Selama mana Israel masih berdiri tegak maka selagi itulah masalah sebenar umat Islam di Palestin tidak akan dapat dirungkai dengan tuntas. Oleh itu bagi menyelesaikan masalah di Palestin para pemerintah umat Islam di seluruh dunia saat ini perlu menggerakkan tentera mereka yang jumlahnya puluhan juta untuk berjihad melenyapkan Israel dari bumi Palestin. Oleh itu Mahathir harus mengingatkan Najib akan kewajiban yang terbeban di atas bahunya selaku orang yang paling berkuasa di Malaysia agar menggerakkan Angkatan Tentera Malaysia menyertai misi dan tugas yang mulia ini, iaitu berjihad di bumi Palestin. Ketahuilah bahawa persoalan di Palestin itu bukanlah hanya masalah umat Islam Palestin semata-mata, tetapi ianya adalah persoalan dan masalah bagi seluruh umat Islam di mana sahaja mereka berada saat ini. Namun, agak sukar bagi kita untuk membayangkan Tun Mahathir untuk melakukan perkara ini kerana beliau sendiri adalah seorang pemimpin yang berpemikiran sekular seperti Najib. Selama 22 tahun beliau berkuasa beliau langsung tidak menerapkan Islam dalam pemerintahannya. Malahan sebaliknya beliau terus berbangga dengan pendekatan politik sekularnya. Lihat: SN128 – PALESTIN BERDARAH LAGI