Lemahnya Pemimpin Umat Islam Hari Ini
KUALA LUMPUR 23 Ogos – Malaysia hari ini menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) khususnya Majlis Keselamatan PBB agar mengambil tindakan tegas dan mengadakan mesyuarat tergempar bagi menghentikan serangan tentera Israel ke atas Gaza. Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata, Malaysia menggesa kedua-dua belah pihak agar membendung sebarang tindakan agresif dan provokasi yang boleh memburukkan lagi keadaan. “Malaysia mengutuk keras tindakan Israel yang berterusan melakukan serangan ketenteraan dan serangan udara ke atas Gaza yang sehingga kini mengakibatkan 15 maut,” katanya dalam kenyataan, di sini. – Bernama
Sumber : Utusan Malaysia, 23/08/2011
Para pemimpin Malaysia Seharusnya merasa malu kerana Hanya Mampu Mengutuk Serangan Israel.
Seperti juga pemimpin di negeri-negeri umat Islam yang lain, para pemimpin umat Islam di Malaysia terus mengulangi tindakan bacul dan sia-sia apabila hanya sekadar mampu mengecam dan mengutuk tindakan biadab Israel yang melancarkan serangan kepada umat Islam di Gaza. Sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu, hanya kecaman, persidangan, mesyuarat tergempar, boikot dan yang seumpamanya menjadi pilihan para pemimpin umat bacul umat Islam pada hari ini. Sedangkan seluruh dunia boleh menyaksikan bahawa Israel adalah sebuah Negara yang tidak pernah mengenal istilah damai, kecaman, resolusi dan apa jua istilah-istilah lain yang seumpamanya. Maka tidak ada lagi pilihan yang lebih baik melainkan hanya satu, iaitu memerangi Israel dengan kekuatan ketenteraan. Bahkan, dengan apa yang berlaku di Palestin atau di tempat-tempat lain yang mana umat Islam dibunuh dan ditindas, ia seharusnya menjadi pencetus kepada semua umat Islam untuk bersegera melaksanakan kewajiban yang paling utama ketika ini iaitu dengan menyatukan umat Islam dengan berusaha ke arah tertegaknya Negara Islam dan seterusnya melancarkan Jihad ke atas Israel. Firman Allah SWT:
“Perangilah mereka, nescaya Allah akan menyeksa mereka dengan (perantaraan) tangan kamu dan Allah akan menghinakan mereka serta menolong kamu menewaskan mereka, dan ia akan memuaskan hati orang-orang yang beriman”. [TMQ At Taubah (9) : 14].
Pada awalnya, Palestin dibuka oleh Umar al-Khattab dengan jihad. Dibebaskan semula oleh Salahuddin al-Ayyubi dengan jihad dan dipertahankan oleh Sultan Abdul Hamid iaitu Khalifah daripada zaman Kekhilafahan Bani Uthmaniyyah dengan ketegasan kata-katanya: “Saya tidak akan menyerahkan walaupun seinci pun bumi Palestin kepada Yahudi kerana Palestin bukanlah hak saya, tetapi ia adalah milik ummah dan ummah telah menumpahkan darah mereka untuk mempertahankan bumi ini. Tetapi jika satu hari nanti Khilafah runtuh maka kamu akan boleh memiliki Palestin secara percuma tetapi selagi saya masih hidup saya lebih rela jasad saya dicincang daripada saya mencincang Palestin dari bumi umat Islam ini dan saya tidak akan membenarkan ia diukir selagi saya masih hidup!!”. Untuk itu sudah tiba masanya umat Islam hari ini bergerak menegakkan semula Khilafah. Yang mana Khalifah yang dibaiah oleh umat Islam ini tidak akan sekali-kali membiarkan kebiadaban Israel terus berleluasa sebagaimana yang kita saksikan. Sudah sampai saatnya umat Islam menolak pemimpin dan sistem sekular kapitalisme yang ada pada hari ini dengan bergerak bersama-sama kelompok yang ikhlas berjuang untuk mengembali semula kehidupan Islam dengan tertegaknya Khilafah.