Hamid Karzai sedia mengaku boneka Amerika
Pada 26/01/08 Presiden Afghanistan Hamid Karzai semasa bercakap kepada CNN berkata (sila klik di sini untuk berita asal),
“The US administration has helped Afghanistan and if we are called puppets, or if I am called a puppet because we are grateful to America, then let that be my nickname.”
(“Pentadbiran AS telah menolong Afghanistan dan kalau kami dipanggil boneka, atau kalau saya dipanggil boneka kerana kami berterima kasih kepada Amerika, maka biarlah itu menjadi gelaran saya”)
Kenyataan tersebut sememangnya bukan tersasul, malah Karzai tanpa sedikit pun perasaan malu menambahkan pujiannya kepada Amerika selaku tuannya selama ini. Katanya,
“Anyway, Americans have helped Afghanistan tremendously…The truth is that without the United States in Afghanistan, Afghanistan would be a very poor, miserable country…”
(“Apa pun, Amerika telah menolong Afghanistan dengan tak terkira…Hakikatnya tanpa kehadiran Amerika di Afghanistan, Afghanistan akan menjadi negara yang miskin dan menderita…”)
Inilah pengakuan sebuah pengkhianatan yang nyata yang keluar dari mulut salah seorang pemimpin umat Islam. Memanglah pengakuan Karzai yang dia adalah agen Amerika bukannya satu kejutan, tetapi kenyataannya bahawa Afghanistan bertambah baik di bawah Amerika adalah satu penipuan dan pemutarbelitan fakta yang teramat nyata. Sebenarnya dua pertiga dari wilayah Afghanistan bukanlah berada di bawah kawalan Karzai dan pemerintahan kerajaan tidak melepasi sebahagian Kabul pun. Negara tersebut adalah berada di bawah pendudukan Amerika di mana rakyatnya berada dalam kemiskinan dan banyak bergantung kepada pemberian ihsan dari agensi bantuan. Penipuan fakta ini oleh Karzai, sebaliknya dia memuji pula Amerika la’natullah, ini semua menunjukkan dengan jelas betapa dia langsung tidak mempedulikan dan tidak habis-habis memperdaya rakyatnya. Penipuan dan pengakuan pengkhianatan secara terang-terangan ini selayaknya meletakkan orang seperti Karzai ini dalam kedudukan yang teramat hina. Semoga Allah membalas Karzai dengan sewajarnya.