Sah! Amerika Adalah Musuh Umat Islam

 
KABUL: Tentera Amerika Syarikat di Afghanistan semalam mengaku empat orang yang dibunuh askarnya dalam satu serbuan bukan ‘pejuang’ selepas penduduk berkata mangsa adalah seorang ibu dan anaknya termasuk seorang bayi.

Pegawai dan saksi Afghanistan awalnya menuduh tentera membunuh penduduk awam dalam serbuan tengah malam kelmarin di wilayah Khost, tetapi tentera Amerika awalnya berkata membunuh ’empat pejuang.’

“Siasatan lanjut mengenai operasi tentera pakatan dan Pasukan Keselamatan Kebangsaan Afghanistan (ANSF) di Khost awal hari ini menunjukkan mangsa yang terbunuh dan cedera bukan musuh seperti dilaporkan sebelum ini.   “Pasukan tentera pakatan bekerjasama dengan pegawai Afghanistan dan anggota keluarga menyampaikan takziah dan memberi bantuan berikutan kejadian tragik itu,” kata tentera dalam kenyataan sambil menambah siasatan diteruskan.

Kejadian itu adalah yang terbaru dalam siri kejadian membabitkan penduduk awam dibunuh atau cedera diserang tentera antarabangsa yang berada di Afghanistan untuk memburu pejuang Taliban dan al-Qaeda. Ketua polis Khost yang bertanggungjawab dalam usaha menangani keganasan, cuma dinamakan Ghazuddin, memberitahu anggota tentera pergi ke kampung di luar Khost untuk memburu militan.    Mereka memanjat bumbung beberapa rumah untuk mengepung bangunan yang menjadi sasaran.

Penghuni sebuah rumah, dimiliki seorang kolonel Tentera Kebangsaan Afghanistan yang berkhidmat di tempat lain, menyangka mereka adalah pencuri, keluar dengan senjata dan melepaskan tembakan.

“Tentera Amerika membalas tembakan kerana menyangka mereka adalah militan,” kata Ghazuddin.  AFP

Sumber : Berita Harian, 1/04/09

Sah Amerika Adalah Musuh Umat Islam

Apa lagi ulasan dan kata-kata yang kita boleh ungkapkan melainkan laknatullah kepada Amerika dan sekutu-sekutunya juga kepada agen-agen dan bonekanya, para pemimpin umat Islam yang tunduk kepada negara pengganas nombor satu dunia itu. Mereka dengan sewenang-wenangnya melakukan operasi ketenteraan untuk membunuh umat Islam. Apabila terjadi peristiwa seperti ini mereka tanpa rasa malu dan bersalah meminta maaf. Apakah kita sebagai umat Islam boleh menerima permohonan maaf mereka dengan sebegitu mudah? Hanya mereka yang munafik dan bersekongkol dengan Amerika sahaja yang boleh memaafkan tindakan biadab Amerika itu.

Sedarlah wahai umat Islam! Umat yang masih lagi merangkul aqidah Islam dalam hidup mereka! Hanya dengan keberadaan khalifah sahajalah umat ini akan mampu dan berupaya untuk mengajar kebiadaban dan kekejaman AS laknatullah!  Campakkanlah jauh-jauh kebergantungan dan pengharapan kalian kepada pemimpin-pemimpin sekular umat Islam yang tunduk kepada kuasa kufur dan menjadi pengkhianat kepada Islam dan umat Islam. Hanya khalifah sahajalah yang layak dan mampu menjadi perisai dan pelindung kepada umat Islam. Rasulullah SAW bersabda,

“Sesungguhnya Imam itu adalah perisai, dengan perisai itu umat berperang dan melindungi dirinya.” [HR. Muslim].

Ketahuilah di bawah pimpinan seorang khalifah, seorang imam yang akan menyatukan umat Islam di seluruh dunia, seluruh pasukan tentera umat Islam akan disatukan dan digerakkan untuk menghentikan kekejaman AS. Khalifah akan membebaskan setiap jengkal tanah umat Islam dengan jihad, seperti yang pernah dilakukan sebelumnya oleh khalifah-khalifah yang terdahulu. Apakah kalian tidak merindui syurga Allah SWT? Firman Allah SWT:

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar”. [TMQ at-Taubah(9):111].