Demokrasi Adalah Sistem Kufur : Hadiah Amerika Kepada Umat Islam Iraq

62.4 peratus keluar mengundi pilihan raya Iraq

BAGHDAD 8 Mac – Jumlah yang keluar mengundi pada pilihan raya umum Iraq ialah 62.4 peratus, kata seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pilihan Raya Bebas Iraq hari ini, sehari selepas jutaan orang memberanikan diri menghadapi serangan bom untuk keluar mengundi. Hamdiyah al-Husseini berkata, jumlah yang keluar mengundi amat tinggi khususnya di wilayah autonomi Kurdis di utara negara itu.  Menurutnya, keputusan awal pilihan raya itu yang menyaksikan Perdana Menteri, Nuri al-Maliki menghadapi persaingan sengit daripada bekas Perdana Menteri, Iyad Allawi dijangka diperoleh esok. – AFP

Sumber : Utusan Malaysia, 09/03/10

Demokrasi Adalah Sistem Kufur: Hadiah Amerika Kepada Umat Islam Iraq

Setelah kehidupan umat Islam di Iraq hancur dan musnah hasil kejahatan yang dilakukan oleh tangan kotor Amerika laknatullah dan sekutu-kutunya kini nampaknya umat Islam di sana terus disogokkan dan diperbodohkan dengan demokrasi. Demokrasi adalah gula-gula beracun yang dicipta oleh Barat untuk terus menipu dan menjauhkan umat Islam dari Islam. Malangnya, ramai di kalangan umat Islam termasuklah dari gerakan Islam itu sendiri yang terkeliru dan salah dalam melihat dan memahami demokrasi. Lebih malang, ada di kalangan umat Islam yang melihat demokrasi sebagai suatu yang tidak bertentangan dengan Islam. Ada yang berpandangan  bahawa demokrasi itu selari dengan Islam. Ada juga yang berpendapat bahawa kita boleh meng’Islamkan’ demokrasi. Malah banyak lagi kata-kata sihir tentang demokrasi yang dihamburkan oleh umat Islam untuk meng”ia”kan dan membenarkannya.

 Wahai umat Islam! Demokrasi adalah suatu sistem pemerintahan yang memberikan hak kepada manusia untuk membuat undang-undang. Dengan kata lain, demokrasi memberikan hak Allah SWT kepada manusia! Dalam demokrasi, suara keramat adalah suara rakyat bukannya wahyu Allah SWT. Standard kebenaran dalam demokrasi ditentukan oleh suara majoriti bukannya hukum syara’. Ini jelas sekali bertentangan dengan Islam! Lihat SN182 – MUNTAHAN DEMOKRASI DI PERAK!