Kekayaan Pemimpin Yang Membolot Kekayaan Umat

altSultan Brunei ada 7,000 kereta

BANDAR SERI BEGAWAN – Pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah memiliki koleksi kereta paling mewah dan terbesar di dunia, lapor GTSpirit.com semalam.  Baginda memiliki 7,000 buah kereta berprestasi tinggi dengan anggaran harga keseluruhan mencecah AS$5 bilion (RM15.9 bilion).  Antara kereta mewah milik Sultan Hassanal Bolkiah termasuk sebuah kereta Porsche 959, Porsche Carrera GT, Lamborghini Diablo Jota, Lamborghini Murcielago LP640, Bugatti EB110, dua buah Bugatti Veyron (edisi biasa dan Pur Sang) , Maybach 62, Jaguar XJR-15 dan enam Dauer 962s. 

Baginda turut memiliki enam buah kereta Ferrari FX, model asal Bentley Continental R, satu-satunya Porsche Carma di dunia, satu-satunya kereta sport Koenigsegg Agera CC GT, dua kereta konsep Ferrari Mythos yang beroperasi sepenuhnya, dua kereta Sedan Ferrari 456 GT, satu-satunya kereta Mercedes-Benz CLK-GTR pemanduan kanan di dunia, lima kereta lumba McLaren F1 termasuk dua model LM hitam dan tiga kereta Cizeta-Moroder V16T.  Sultan Hassanal juga merupakan pemilik 10 daripada 77 model Aston Martin One-77 yang pernah dikeluarkan, satu-satunya Aston Martin Convertible DB4 GT Zagato, dan satu-satunya kereta Cicero BDB Maestro.  Menurut akhbar Daily Mirror, setakat 30 Jun 2010, beliau memiliki 604 buah Rolls Royce, 574 Mercedes-Benze, 452 Ferrari, 382 Bentley, 209 BMW, 179 Jaguar, 134 Koenigsegg, 21 Lamborghini, 11 Aston Martin dan sebuah SSC.  Koleksi penuh kereta itu disimpan dan diselenggarakan di lima buah hangar pesawat yang lokasinya dirahsiakan. – Agensi

Sumber: Kosmo 29/07/10

Ternyata Pemerintah Sekular Umat Islam Hari Ini Adalah Perompak Harta Milik Umat

Lihatlah bagaimana khianatnya para pemimpin sekular umat Islam hari ini. Kekayaan dan kehebatan Sultan Brunei yang memiliki sehingga 7000 buah kereta mewah di atas  adalah salah satu contohnya. Di manakah beliau memperolehi duit yang berbilion ringgit itu kalau bukan hasil rompakan dari kekayaan minyak yang berada di bumi umat Islam itu? Dalam pandangan Islam, minyak  adalah merupakan milik umum yang haram hukumnya dimiliki oleh individu. Tatkala ramai umat Islam di belahan dunia ini contohnya di Indonesia, Bangladesh dan lain-lainnya bertarung dengan kemiskinan dan kebuluran, di kala itu jugalah kita melihat para pemimpin umat Islam hidup dengan penuh kekayaan dan kemewahan. Kisah di atas hanya berkisar dengan kekayaan salah seorang dari lebih 57 para pemimpin Islam. Jika kita himpunkan kekayaan milik seluruh para pemimpin umat Islam yang ada hari ini kita yakin ianya cukup untuk menyelesaikan masalah kefakiran dan kemiskinan yang berlaku di dunia umat Islam itu sendiri. Inilah akibatnya apabila sistem ekonomi Islam dibakulsampahkan dan sebaliknya yang digunapakai adalah sistem ekonomi Kapitalisme. Kekayaan di dunia umat Islam itu khususnya dan dunia umumnya hanya berlegar di sekitar golongan tertentu semata-mata sedangkan Allah SWT berfirman:

“(Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu”. [TMQ Al-Hasyr (59) : 7].

Inilah akibatnya apabila undang-undang dan sistem ciptaan manusia diterapkan dan kita dapat menyaksikan kelompok yang kuat dan berkuasa menindas dan memanipulasikan rakyat yang lemah. Wahai umat Islam! Sedarlah bahawa minyak itu sebenarnya adalah milik kamu. Dari Ibnu Abbas r.a, bahawa Nabi SAW bersabda,

“Kaum muslimin bersyarikat (berkongsi) dalam tiga perkara iaitu air, padang ragut dan api” [HR Abu Daud]. Wahai umat Islam! Para pemimpin sekular pada hari ini tidak pernah merasa berdosa apabila mereka merompak kekayaan milik umat. Yakinlah, hanya dengan kewujudan seorang khalifah yang ikhlas sahajalah kerakusan dan ketamakan pemimpin sekular yang merompak harta milik umat dapat dihentikan.