Atas Nama Demokrasi Umat Islam Terus Mengundang Murka Allah Dan Menjadi Mangsa Barat.

altSUDAN AKHIRNYA BERPECAH

KHARTOUM 8 Feb. – Sebanyak 98.83 peratus daripada rakyat Sudan menyokong tuntutan kemerdekaan bahagian selatan negara ini ini dalam pungutan suara semalam. Hasil pungutan suara yang diumumkan di sini, hanya 44,888 orang atau 1.17 peratus sahaja daripada 3,837,406 pengundi yang menolak bahagian tersebut diberi kemerdekaan. “Pungutan suara ini adalah benar, tepat dan telus, pihak kami tiada bantahan terhadapnya,” kata pengerusi pungutan suara selatan Sudan, Mohamed Ibrahim Khalil. – AFP

Sumber : Utusan Malaysia: 08/02/11

Atas Nama Demokrasi Umat Islam Terus Mengundang Murka Allah Dan Menjadi Mangsa Barat.

Perpecahan demi perpecahan terus melanda dunia Islam. Kali ini kufar Barat yang diketuai oleh Amerika dan sekutu-sekutunya dengan begitu licik telah berjaya membahagi-bahagikan negeri umat Islam Sudan atas nama demokrasi. Nampaknya makar jahat Barat terus berjaya untuk melemahkan negara umat Islam. Kini wilayah selatan Sudan yang kaya dengan minyak menjadi mangsa kepada kejahatan dan kerakusan kuasa penjajah Barat apabila keputusan referendum menunjukkan hampir 100% bersetuju agar wilayah selatan dipisahkan. Jika dahulu umat Islam telah dijajah dan dipecah-belahkan secara fizikal melalui kuasa ketenteraan oleh para penjajah. Kini pendekatan dan cara yang digunakan oleh pihak Barat telah bertukar  tetapi matlamatnya tetap sama iaitu untuk melemahkan umat Islam dengan cara memecah-belahkan negeri-negeri dan kesatuan negara kaum muslimin. Di antara pendekatan yang digunakan kini termasuklah menekan para penguasa umat Islam dengan ekonomi, ancaman pemboikotan dan tipu-helah melalui Demokrasi. Inilah strategi yang paling berkesan untuk terus menipu dan memperbodohkan umat Islam. Keadaan ini akan pasti terus memudahkan Barat menguasai dan mengawal umat Islam agar tunduk kepada telunjuk mereka. Sedangkan hukum syara’ telah menerangkan dengan jelas bahawa hukum memecah-belahkan negara adalah haram. Jadi, persetujuan pemimpin Sudan untuk memisahkan wilayah selatannya adalah perbuatan khianat. Ianya adalah satu tindakan yang langsung tidak boleh diterima dari perspektif Islam walaupun seribu alasan diberikan.

Wahai seluruh umat Islam! Mahukah kamu jika anak kamu dikerat-kerat dan dipotong-potong menjadi bahagian-bahagian kecil? Semua manusia yang waras sudah pasti tidak akan menerimanya. Untuk itu hanya dengan Khilafah sahaja umat Islam akan dapat disatukan semula di bawah suatu kuasa politik. Selagi kesatuan dalam bentuk kesatuan politik Khilafah ini tidak wujud, maka selagi itulah umat Islam akan terus menjadi mangsa perlecehan kufar Barat. Wahai seluruh umat Islam! Apakah kalian akan terus berdiam diri dan melihat saudara seIslam dan negeri-negeri mereka terus diratah dan dipecah-belahkan oleh Barat? Kalian sudah tidak boleh lagi mengharapkan para pemimpin sekular yang ada pada hari ini. Gantikanlah mereka ini dengan seorang khalifah yang akan membela kalian dan menerapkan Islam secara menyeluruh ke atas kalian serta menyatukan seluruh negara umat Islam di bawah satu kepimpinan yang kemudiannya akan pasti menghadirkan gerun di jantung musuh-musuh Allah.