Tunjuk Perasaan di Iran
Sejak revolusi pada tahun 1979, ulama aliran Syiah telah memggunakan kedudukan mereka untuk membuktikan bahawa negara Iran adalah sebuah negara yang mempertahankan Islam daripada ancaman Zionis dan Amerika Syarikat (AS) yang mempunyai rancangan untuk menguasai Timur Tengah. Secara realitinya, ianya jauh berbeza daripada tingkah-laku rejim Iran yang tidak banyak berbeza daripada rejim Saud di Arab Saudi, yang kedua-dua mereka memberikan bantuan kepada AS secara terang-terangan atau sembunyi.
Pencerobohan AS dan penjajahan ke atas Afghanistan tidak mungkin berlaku tanpa bantuan kepakaran negara sempadan iaitu Iran. Iran telah bertindak menutup sempadannya dengan Afghanistan bagi menghalang bantuan untuk sampai kepada gerakan yang menentang penjajahan AS. Juga pencerobohan dan penjajahan AS ke atas Irak telah dibantu oleh Iran dengan mmberikan bantuan kepada militia bersenjata yang menentang gerakan pemberontakan Irak ke atas tentera AS. Juga pengalaman 8 tahun berperang menentang rejim Baath Saddam Hussein semasa perang Iran-Iraq pada 1980-1988 telah banyak memberikan informasi berguna untuk Iran, dan sedikit sebanyak telah disalurkan kepada AS untuk membantu pencerobohan AS ke atas Irak pada tahun 2003.
Sebahagian besar daripada sokongan Iran kepada rejim Baath Assad di Syria hanya berputar kepada pembohongan yang mengatakan bahawa rejim Assad di Syria sedang menentang campurtangan oleh Zionis dan AS. Maka kenapakah sebuah rejim di Syria mahu menghapuskan negara Zionis di Palestin dalam masa yang sama telah memberikan jaminan keselamatan di dataran Golan selama 50 tahun lamanya?
Rejim di Iran yang secara terang-terangan melakukan campur-tangan di Syria yang membongkarkan hubungan sulit mereka dengan AS. Untuk menyelematkan kejatuhan rejim Assad, AS terpaksa membantu penyeludupan dadah oleh Hezbollah iaitu proksi Iran di Lebanon [1].
Juga AS memindahkan sejumlah US dollar 1.7 billion ke Iran untuk merekrut militia puak Hazara dan Syiah dari Afghanistan dan Pakistan untuk mengisi tempat tentera Syria yang berpaling tadah ke pihak pemberontak. Pemindahan wang sebanyak USD 1.7 billion ini diikuti oleh penarikan balik pembekuan sebanyak USD 33.6 billion aset Iran untuk membolehkan Iran untuk membiayai campur-tangan mereka untuk menyelematkan rejim Assad [2].
Slogan-slogan palsu tidak dapat menutup kezaliman rejim Iran yang bersama sama bertanggung-jawab terhadap kehilangan nyawa 500,000 umat Islam di Syria dan berjuta-juta lagi yang menjadi pelarian. Juga bantuan mereka ke atas perang saudara di Yemen, peranan mereka ke atas konflik di Irak adalah beberapa langkah yang menjadikan mereka sebagai musuh umat Islam secara senyap yang menolong AS untuk mengekalkan dominasi mereka di Timur Tengah.
Iran tidak banyak berbeza daripada rejim-rejim Arab di Timur Tengah di mana kekuasaan politik mereka adalah agenda yang terutama yang melebihi kepentingan rakyat mereka sendiri. Walaupun ekonomi Iran adalah ketiga terbesar di Timur Tengah dengan anggaran sebanyak USD 340 billion, salah guna kekayaan oleh rejim sendiri dan campur-tangan di negara luar seperti di Syria, Yemen dan Irak telah menyebabkan tekanan ke atas penduduk Iran. Walaupun sejumlah wang yang banyak telah disumbangkan oleh AS, keadaan rakyat biasa di Iran telah menjadi semakin parah dengan kejatuhan sebanyak 30% di dalam taraf kehidupan oleh rakyat biasa sejak 10 tahun lalu, dengan kehilangan sebanyak 26,000 pekerjaan beberapa minggu lepas.
Walaupun rejim di Iran akan mengatakan bahawa tunjuk-perasaan adalah konspirasi yang didalangi oleh AS/”Israel”/Wahhabi Saudi Arabia, demografi para penunjuk-perasaan membuktikan tuduhan rejim adalah tuduhan yang palsu. Ini disebabkan oleh para penunjuk perasaan tidak mencerminkan dari golongan liberal, tetapi sebaliknya adalah dari golongan pekerja yang telah mengalami kemiskinan disebabkan oleh polisi pro-Syiah dan campur-tangan keatas negara jiran oleh rejim Iran.
Kedua-dua rejim Iran dan al-Saud melakukan tindakan untuk meraih sokongan AS, sama ada secara terang-terangan atau sembunyi. Umat Islam mestilah sedar bahawa kepatuhan rejim-rejim ini kepada AS hanya akan memburukkan keadaan di mana mana-mana negara umat Islam boleh dikenakan sanksi dan polisi ekonomi yang tidak adil. Kepatuhan rejim-rejim ini kepada AS dan secara amnya kepada Barat juga membuktikan bahawa kolonial dan penjajahan Barat belum lagi berakhir di wilayah umat Islam. Pembebasan dari penjajahan Barat oleh umat Islam hanya boleh terjadi dengan tertegaknya Khilafah Islam yang bekerja untuk kepentingan umat Islam dan Islam.
[1] http://www.newsweek.com/hezbollah-cocaine-smuggle-united-states-obama-751928
[2] https://www.cbsnews.com/news/u-s-paid-1-3-billion-to-iran-two-days-after-cash-delivery/