Rayuan Hizbut Tahrir Ditolak – Satu Keputusan yang Cukup Mudah Dijangka!
Mahkamah Rayuan Malaysia pada 30 Januari 2018, menolak permohonan rayuan pendaftaran Hizbut Tahrir / Malaysia dengan kos sebanyak RM10,000. Panel tiga hakim yang memutuskan hal tersebut bagaimanapun akan mengeluarkan alasan penghakiman mereka kemudian. Rayuan ini difailkan oleh Hizbut Tahrir setelah Mahkamah Tinggi pada 6 Jun 2017, menolak permohonan Semakan Kehakiman yang difailkan terhadap Menteri Dalam Negeri, juga dengan kos sebanyak RM10,000.
Memandangkan permohonan Hizbut Tahrir di Mahkamah Tinggi telah ditolak dengan alasan yang tidak munasabah, penolakan oleh Mahkamah Rayuan ini juga sudah dapat dijangka dengan cukup mudah. Bagaimana mungkin hakim-hakim yang bersidang tetap mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi walaupun fakta cukup jelas bahawa Menteri Dalam Negeri telah menolak pendaftaran Hizbut Tahrir / Malaysia atas alasan fatwa yang pada waktu keputusan menteri dibuat, belum pun diwartakan lagi!? Di manakah logiknya keputusan seperti ini!? Ini dari satu sisi. Dari sisi yang lain, bagaimana mungkin menteri boleh menggunakan alasan fatwa yang penuh dengan fitnah ke atas Hizbut Tahrir sebagai asas penolakan pendaftaran!? Di manakah kewarasan dan profesionalisme seorang menteri dalam membuat keputusan tanpa melakukan pemeriksaan (tabayyun) terlebih dahulu akan kebenaran faktanya!?
Di saat mereka mendakwa bahawa mereka berpegang teguh kepada Perlembagaan Persekutuan, prinsip keadilan dan hak asasi manusia, ternyata bila berhadapan dengan Hizbut Tahrir, mereka mengetepikan semua itu. Bila berhadapan dengan Hizbut Tahrir, mereka tidak mempedulikan lagi peruntukan Perlembagaan yang membenarkan setiap warganegara menubuhkan persatuan dan mengamalkan ajaran agamanya secara bebas. Bila berhadapan dengan Hizbut Tahrir, mereka pura-pura tidak nampak segala peruntukan hak sama rata dan ketidakbolehan diskriminasi ke atas warganegara. Bila berhadapan dengan Hizbut Tahrir, mereka mencampakkan segala persoalan hak asasi manusia dan prinsip-prinsip keadilan yang mereka laungkan selama ini. Mereka boleh lunak dan berkompromi dengan parti sosialis, parti kafir, parti sekular mahupun pertubuhan liberal apa pun, tetapi mereka cukup keras dengan parti Islam Hizbut Tahrir. Mereka bercakap tentang Islam di mana-mana, tetapi bila berhadapan dengan Hizbut Tahrir, mereka melontarkan seberat-berat fitnah ke atas Hizbut Tahrir sebagai sebuah pertubuhan yang terkeluar daripada Islam!
Apa pun, semua keputusan ini bukanlah suatu yang memelikkan kerana pemikiran dan sistem sekular yang mereka amalkan sudah pasti akan menzahirkan segala permusuhan mereka terhadap Islam yang sebenar. Namun, apa yang pelik ialah mereka seolah-olah tidak tahu bahawa dakwah yang dibawa oleh Hizbut Tahrir untuk mengembalikan semula kehidupan Islam secara kaffah dengan menegakkan Daulah Khilafah ar-Rashidah ala minhaj nubuwwah, merupakan suatu yang tidak akan dapat dibendung oleh mereka atau siapa sekali pun, kerana tegaknya Khilafah untuk kali yang kedua tidak lama lagi merupakan janji daripada Rasulullah (saw). Mereka seolah-olah tidak membaca al-Quran bahawa kebenaran (haq) itu merupakan suatu yang tidak boleh dihalang, yang lambat laun akan pasti mengalahkan dan menghancurkan segala kebatilan. Mereka juga seolah-olah tidak mengambil pengajaran bahawa tempoh hidup mereka di dunia ini tidak lama, malah amat sekejap dan azab yang amat pedih sedang menanti mereka di akhirat atas dosa fitnah dan halangan ke atas pendakwah yang mereka lakukan semasa di dunia. Semoga mereka sempat bertaubat dan Allah (swt) mengampuni dosa-dosa mereka.
Abdul Hakim Othman
Jurucakap Hizbut Tahrir Malaysia
Jumaat, 16 Jamadil Awal 1439 H
02/02/2018 M
Ruj: HTM/PR/04/1439
Hizb ut Tahrir’s Appeal Dismissed – a Totally Expected Decision!
The Malaysia Court of Appeal on 30th January 2018, dismissed the appeal application by Hizb ut Tahrir / Malaysia with regards to the registration of the party, with a cost of RM10,000. The panel of three judges, who delivered the decision, will however issue their grounds of judgment later. The appeal was filed by Hizb ut Tahrir after the High Court dismissed the Judicial Review application on the 6th of June 2017 which was filed against the Home Minister, also with a cost of RM10,000.
Due to the fact that our application at the High Court had been rejected with unreasonable grounds, the rejection by the Court of Appeal is totally expected. It is inconceivable how the presiding judges upheld the High Court’s decision despite the fact that the Home Minister rejected the registration of Hizb ut Tahrir / Malaysia on the grounds of the fatwa which at the time of the minister’s decision has not even been gazetted!! Where is the logic of this decision!? From another angle, it is also inconceivable that the minister used the defamatory fatwa on Hizb ut Tahrir as a basis for refusal of registration. Where is the rationality and professionalism of a minister in making decision without even clarifying (tabayyun) the facts?!
They claimed that they adhere strictly to the Federal Constitution, the principle of justice and human rights, but when it comes to Hizb ut Tahrir, they set all these aside. When it comes to Hizb ut Tahrir, they ignored the provisions of the Constitution which allows every citizen to establish a society and exercise his/her religious believe freely. When it comes to Hizb ut Tahrir, they pretended not to see the provisions of equal rights and prohibition of discrimination against any citizen. When it comes to Hizb ut Tahrir, they dumped all the human rights arguments and the principles of justice they claimed to promote. They can compromise and be very lenient with socialist parties, kufr parties, secular parties and liberal organizations, but they are very harsh against the Islamic party Hizb ut Tahrir. They talk about Islam here and there, but when it comes to Hizb ut Tahrir, they hurl an extremely serious accusation against Hizb ut Tahrir as a deviant organisation!
In any case, all these decisions are not strange at all. Their secular thoughts and the system that they exercise reveal all their animosity towards the true Islam. What is strange is that they do not seem to know that the Da’wah carried out by Hizb ut Tahrir to resume the Islamic way of life by re-establishing the state of Khilafah ar-Rashidah ‘ala minhaj nubuwwah (Righteous Caliphate on the method of the Prophethood) is unstoppable, not by them nor by anyone. The second Khilafah ar-Rashidah which shall soon establish is the promise of the Prophet (saw). They act as if they are oblivious to the admonishes of the Qur’an that the truth (haq) is unstoppable and will eventually defeat and destroy all falsehood. Are they not aware that their life span in this world is not long, in fact it is extremely short and if they do not take heed, a very painful punishment awaits them in the Hereafter for their sins in defaming and blocking the Da’wah carriers in this world. May Allah give them the opportunity to repent and may He (swt) forgive them.
Abdul Hakim Othman
Spokesperson of Hizb ut Tahrir in Malaysia
Friday, 16th Jumada I 1439 AH
02/02/2018 CE
Ref: HTM/PR/04/1439