Bantuan misi kemanusiaan dan jihad
Berita:
BADAN bukan kerajaan (NGO), Green Project Malaysia akan menghantar bantuan misi kemanusiaan kepada penduduk Ghoutah Timur yang terjejas dan kini sedang mengumpul dana untuk berbuat demikian.
Pengerusinya, Kapten (B) Mohd Asri Abdul Khalek berkata, sumbangan siri kedua itu bertujuan membantu umat Islam di Syria yang diserang tentera Bashar al-Assad dan Russia, baru-baru ini.
Katanya, sumbangan kewangan, wakaf serta zakat amat diharapkan dan boleh berbuat demikian menerusi akaun Maybank (Green Project) bernombor 5622 4550 9384 atau CIMB bernombor 8603088822.
“Pihak kami melancarkan kempen Bantuan Kecemasan Ghoutah siri kedua dan mensasarkan sumbangan RM500,000. Kita mungkin tersedar mengenai Syria apabila berlaku isu Ghoutah Timur, namun negara itu sudah dibom sejak enam tahun lalu,” katanya.
Sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/03/318910/umat-islam-bangunlah-dari-lamunan
Komentar:
Sudah menjadi lumrah apabila terdapat negeri kaum muslimin yang diserang oleh musuh, umat Islam akan menzahirkan kemarahan dengan emosi yang meluap-luap. Isu Palestin, Rohingya dan Syria antara yang menjadi fokus umat Islam bagi menghulurkan bantuan misi kemanusiaan. Terbaru, badan bukan kerajaan (NGO), Green Project Malaysia akan menghantar bantuan misi kemanusiaan kepada penduduk Ghouta Timur yang terjejas akibat diserang tentera Bashar Al-Assad dan Russia.
Sesungguhnya memberi bantuan makanan dan perubatan kepada mangsa tersebut tidak dinafikan merupakan suatu usaha yang mulia. Kesungguhan dan pengorbanan anggota badan bukan kerajaan tersebut dan derma orang ramai juga harus dipuji. Bahkan rakyat Malaysia merupakan antara yang paling banyak memberi bantuan kemanusiaan kepada negeri-negeri kaum muslimin yang memerlukan bantuan.
Namun begitu, haruslah diteliti akan penyelesaian yang telah diambil ini. Isu Syria bukanlah sesuatu yang baru bahkan telah memakan saban tahun dan selama itu jugalah kita telah berulang kali menghantar bantuan misi kemanusiaan berupa makanan, ubat-ubatan dan lain-lain. Tetapi nasib rakyat Syria tetap tidak berubah.
Hal ini demikian kerana kita hanya merawat gejala masalah itu sahaja tanpa merawat punca masalah tersebut. Ibarat rumah yang bocor atapnya, yang dilakukan hanya menadah titisan air hujan dengan baldi dan bukan menggantikan atap dengan yang baru. Kerana itulah masalah datang berulang-ulang dan seperti tiada penghujungnya.
Seharusnya penyelesaian yang tuntas adalah dengan menghentikan serangan tentera Bashar al-Assad, Russia mahupun Amerika. Untuk tujuan itu kita memerlukan tentera bagi membalas serangan kuffar tersebut. Dengan kelengkapan tentera di negeri-negeri kaum muslimin ketika ini yang serba canggih dan terlatih, mengapa tidak dihantar untuk tujuan mulia tersebut? Allah berfirman :
وَأَعِدُّوا لَهُمْ مَا اسْتَطَعْتُمْ مِنْ قُوَّةٍ وَمِنْ رِبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِ عَدُوَّ اللَّهِ وَعَدُوَّكُمْ وَآخَرِينَ مِنْ دُونِهِمْ لَا تَعْلَمُونَهُمُ اللَّهُ يَعْلَمُهُمْ وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ شَيْءٍ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنْتُمْ لَا تُظْلَمُونَ
“Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh-musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang tidak kamu ketahui sedangkan Allah mengetahuinya dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.” [TMQ al-Anfal (8): 60]
Allah menegaskan dalam ayat tersebut untuk kita menyiapkan kelengkapan perang dari segi tentera terlatih dan kelengkapan persenjataan yang terbaik bagi menggetarkan hati musuh-musuh Islam. Amatlah rugi jika tentera kita bersama persenjataanya hanya untuk ditayang di khalayak ramai ketika perbarisan ‘Hari Kemerdekaan’ sahaja tanpa diutilisasi untuk membela nasib umat Islam di Syria.
Kesimpulannya, usaha murni memberi bantuan makanan, pakaian, perubatan dan lain-lain wajar diteruskan. Namun sebagai Muslim, kita juga wajib mengambil tindakan yang akan menghentikan kekejaman Bashar al-Assad dan Rusia iaitu menyerang balas dengan mengirim tentera-tentera umat Islam ke sana.
Ibnu Shams
Aktivis Hizbut Tahrir Malaysia