Ketua HTI: “Khilafah kewajipan dari Allah, kita usahakan sehingga berjaya atau binasa”

Hakim di Mahkamah Pentadbiran Negara (PTUN) telah membuat keputusan yang berpihak kepada penguasa Indonesia dalam kes pembubaran pertubuhan Hizbut Tahrir Indonesia (HTI), dengan alasan bahawa konsep Khilafah yang dibawa oleh HTI bertentangan dengan Pancasila.

“Hakim baru sahaja memutuskan untuk menolak cabaran HTI (terhadap pembubaran), ini adalah hakikat yang sememangnya terjadi. Kita sebagai penyebar dakwah, berdakwah itu bukan kerana keputusan atau hukuman manusia, kita berdakwah kerana Allah SWT, Khilafah adalah kewajipan dari Allah, bukan kewajipan dari Hizbut Tahrir itu sendiri, tetapi itu kewajipan dari Allah SWT. Maka, apapun perkataan manusia tentang kegiatan Hizbut Tahrir, perjuangan itu akan terus kita jalankan. Berjaya atau kita binasa,” ujar Ketua HTI KH Muhammad Shiddiq Al-Jawi, sejurus selepas tamat sesi perbicaraan.

Sebaik sahaja hakim menjatuhkan hukuman, Jurucakap HTI Muhammad Ismail Yusanto lantas berdiri lalu melaungkan takbir berulang-kali yang secara spontan disahut oleh ulama, pelajar pondok pesantren, dan aktivis Islam yang berada di dalam kamar perbicaraan. Peristiwa tersebut turut mendorong ribuan ulama, pelajar pondok pesantren, dan aktivis Islam yang menyaksikan perbicaraan secara lintas langsung di luar bangunan mahkamah untuk bingkas melaungkan seruan Khilafah.

Terjemahan laporan oleh Joko Prasetyo dari Mediaumat.news

Berita asal: mediaumat.news