Konvoi HTM perkenal Liwa dan Rayah di Manjung

Pada 31 Ogos lalu, Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) cawangan Manjung telah menjalankan aktiviti konvoi Liwa’ & Rayah bertemakan “Kemerdekaan Hakiki Adalah Berhukum Dengan Hukum Allah Secara Kaffah” di sekitar Bagan Datok, Perak. Konvoi yang disertai oleh 18 orang anggota dan penyokong HTM itu antara lain bertujuan untuk memperkenalkan bendera dan panji Rasulullah SAW kepada umat Islam.

Konvoi tersebut berlepas dari Masjid Sungai Nipah menuju pekan Bagan Datoh sebelum melakukan aktiviti dakwah jalanan (street dakwah) dan edaran risalah. Aktiviti tersebut berjaya menarik perhatian orang awam yang berada berhampiran. Sebahagian daripada umat Islam turut mengambil kesempatan untuk bergambar bersama peserta konvoi berserta kenderaan-kenderaan yang lengkap dengan panji dan bendera Rasulullah SAW.

Bendera (al-Liwa’) bercirikan kalimah tauhid yang berlatarbelakangkan warna putih, manakala panji (ar-Rayah) pula bercirikan kalimah tauhid yang berlatarbelakangkan warna hitam. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas yang mengatakan, “Bahawa panji Nabi SAW berwarna hitam, sedangkan bendera baginda SAW warnanya putih.” Riwayat Ibnu Abbas yang lain menurut Abi Syeikh dengan lafaz, “Bahawa pada bendera Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. tertulis kalimat ‘La ilaha illallah, Muhammad Rasulullah’.

Ikuti rakaman perjalanan aktiviti konvoi tersebut melalui pautan berikut:
http://bit.ly/KonvoiLiwaRayah

Sila rujuk pautan berikut bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai bendera dan panji Rasulullah SAW ini: https://mykhilafah.com/sn085-bendera-kita/