Memorandum Bantahan Kepada Kerajaan Perancis Atas Penghinaan Terhadap Nabi Muhammad (SAW)

Telah heboh seluruh dunia dengan laporan pembunuhan seorang guru Perancis di tangan seorang pemuda Muslim. Ia berlaku setelah guru tersebut memperlihatkan karikatur yang bersifat ofensif ke atas Rasulullah (saw) kepada murid-muridnya, dengan alasan mengajar mereka ‘kebebasan berpendapat dan bersuara’ seperti yang dijamin oleh perlembagaan Republik Perancis. Macron mengeksploitasi hal ini dengan memberi penghormatan kepada guru tersebut dan memberikan ucapan di Universiti Sorbonne. Beliau  mempertahankan dan membenarkan tindakan guru tersebut dan mengecam pembunuhnya dan menganggapnya sebagai tindakan terorisme.

Kami sangat memahami bahawa anda menganggap pembunuhan itu sebagai serangan terhadap kebebasan bersuara dan nilai-nilainya, sebagaimana kami memahami bahawa anda menganggap Islam sebagai musuh utama anda.  Namun, anda buat-buat lupa siapakah yang memulakan ejekan dan sindiran terhadap Islam dan terhadap Nabi yang kami yang dikasihi!

Sesungguhnya adalah sangat jelas bagi kami dan bagi banyak pihak yang lain, tanpa perlu bukti dan penyelidikan yang mendalam pun, bahawa anda terus mempersalahkan orang Islam dengan apa yang berlaku, dan hakikat ini (mempersalahkan orang Islam) sudah wujud jauh sebelum pembunuhan berlaku.  Pembunuhan ini, seperti juga serangan-serangan lain ke atas Islam dan Nabi kami, digunakan sebagai kayu api untuk terus memacu retorik anti-Islam yang terus membara di negara anda.  Anda sebenarnya tahu dengan jelas bahawa serangan terhadap Islam tidak pernah berhenti di negara anda dan ini sebenarnya adalah sebahagian daripada agenda anda!

Apa pun tujuan Macron dan orang-orang yang bersamanya menyebarkan penghinaan terhadap kesucian Islam dan umat Islam, mereka harus tahu bahawa umat Islam, walaupun diserang secara berterusan oleh musuh-musuh Islam dan dikhianati oleh para pemimpinnya sendiri, ia tidak akan pernah berdiam diri atas kezaliman, dan tidak akan pernah melupakan orang-orang yang menghina dan memperlekehkan Allah (swt) dan Nabi-Nya (saw).  Sama ada anda beriman kepada Allah (swt) atau tidak, ketahuilah bahawa Dia (swt) telah menyediakan, untuk mereka yang tidak putus-putus menyerang Islam, seksaan yang menghinakan di akhirat. Firman-Nya:

إِنَّ الَّذِينَ يُؤْذُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ لَعَنَهُمُ اللَّهُ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَأَعَدَّ لَهُمْ عَذَاباً مُّهِيناً

“Sesungguhnya orang-orang yang menyakiti Allah dan Rasul-Nya. Allah akan melaknatinya di dunia dan di akhirat, dan menyediakan baginya seksa yang menghinakan” [Al-Ahzab: 57]

Kami mengingatkan Macron bahawa umat ini sedang berusaha untuk mendapatkan kembali kekuasaannya yang sebenar dengan menyingkirkan para penguasa yang menindas yakni dengan menegakkan kembali Khilafah untuk mempersatukan mereka dan mengembalikan kegemilangan Islam.

Selanjutnya, kami ingin menekankan dan mengulangi semula apa yang telah kami katakan kepada anda sebelum ini bahawa:

  1. Kami dan umat Islam di Malaysia mengutuk dengan penuh kemarahan akan kejahatan anda menghina Nabi Muhammad (saw) yang mulia, serta tindak balas tidak masuk akal Presiden anda mengenai perkara tersebut. Kami menegaskan bahawa penghinaan ke atas anak Adam yang terbaik, dan juga makhluk Allah (swt) yang terbaik – Muhammad (saw) – sama sekali tidak dapat diterima dan merupakan tindakan biadab, tidak kira apa pun justifikasinya. Kami dengan tegas menekankan bahawa kesucian umat Islam mesti dihormati dan ini merupakan harga mati.
  1. Apa yang anda sebut sebagai ‘kebebasan bersuara’ hakikatnya telah terus-menerus menjadi alat untuk menggertak dan menganiaya masyarakat minoriti (penduduk Muslim) di negara anda walaupun pada hakikatnya mereka tidak melakukan kesalahan apa pun terhadap anda atau negara anda, kecuali bahawa agama mereka adalah Islam.
  2. Jelas sekali bahawa komuniti Muslim di negara anda ditekan untuk menerapkan ‘nilai-nilai Barat’ – suatu nilai yang gagal diterapkan ke atas golongan minoriti (penduduk Muslim) tanpa membuli dan mengawal pemikiran mereka. Oleh itu, tidak menghairankan jika komuniti Muslim menolaknya kerana nilai-nilai ini tidak mempunyai unsur intelektual pun. Semakin besar serangan ke atas Nabi kami yang mulia, semakin besar kaum Muslimin akan merangkul

Adapun berkaitan hujah anda mengenai “kebebasan bersuara”, kami ingin katakan: –

  • Anda melaksanakan ‘kebebasan bersuara’ secara selektif – wanita Muslim tidak boleh mengenakan pakaian Islam mereka sendiri di khalayak ramai, hak mereka untuk menikmati pendidikan dicabuli dan hak mereka untuk bekerja dalam perkhidmatan awam dinafikan. Memakai tudung di khalayak ramai juga dilarang dan akan dihukum. Walaupun ketika hampir seluruh dunia Islam melakukan protes dan menuntut agar anda menghentikan semua ketidakadilan terhadap umat Islam, dan berhenti menghina Nabi kami, anda tidak pernah mempedulikan sedikit pun.
  • Kami ingin mengingatkan kembali peristiwa tahun 2008, ketika Charlie Hebdo menerbitkan karikatur John, anak Presiden Perancis Nicolas Sarkozy yang telah menyebabkan krisis media. Apabila wartawan Maurice Sinet menolak untuk meminta maaf, dia menghadapi tindakan yang terburuk di mana dia diberhentikan dari akhbar tersebut. Namun, ketika berbicara mengenai Nabi Muhammad (saw), anda mengatakan bahawa itu adalah hak wartawan!  Jadi di manakah demokrasi dan kebebasan bersuara, yang anda dan Barat banggakan siang dan malam!?  Jelas bahawa apa yang anda lakukan ialah bertujuan untuk memaksa umat Islam menerima penghinaan terhadap apa yang mereka muliakan, dan barang siapa yang menentang, dia akan dicap sebagai pengganas atau pelampau! Kebebasan bersuara menurut anda adalah ‘tidak terbatas’ ketika Islam dan Nabi mereka diserang, tetapi apabila kebebasan bersuara itu mendedahkan apa-apa yang ‘melukai’ orang Yahudi meskipun secara tidak langsung, maka anda menganggapnya sebagai sesuatu yang melampaui batas kebebasan bersuara!
  • Pada bulan Januari 2014, Menteri Dalam Negeri Perancis Manuel Valls, melarang persembahan komik Dieudonne Mbala yang berjudul “Tembok” dengan alasan ia adalah anti-semitik dan Mahkamah Agung Perancis membenarkan keputusan tersebut. Namun, mahkamah yang sama membebaskan novelis Michelle Houellebecq setelah dia menyatakan yang Islam adalah “agama paling bodoh” atas alasan kebebasan bersuara!
  • Amat ironis apabila kebebasan bersuara di Barat yang dianggap sebagai hak perlembagaan, tidak diendahkan ketika menyangkut para pembangkang kritis (mereka yang berfikir di luar norma demokrasi liberal). Mereka (pembangkang kritis tersebut) dihalang bersuara melalui tindakan pencegahan dan penindasan yang anda kenakan. Mereka dibungkam dengan penuh kezaliman dan jika perlu, seperti kata-kata gabenor Rotterdam, mereka boleh “berambus”. Ini menunjukkan, hatta penyokong kebebasan bersuara juga tidak yakin dengan idea ini dan ia hanya digunakan untuk memenuhi agenda anda.
  • Ini adalah wajah demokrasi yang sebenarnya, kalaupun ia wujud, dan ‘double standard’ anda, yang semuanya adalah tertakluk kepada kepentingan anda. Atas dasar itu, pembunuhan seorang lelaki adalah dianggap sebagai keganasan dan kekejaman, sedangkan pembunuhan ratusan ribu kanak-kanak, wanita dan orang tua Muslim di seluruh pelosok bumi adalah suatu ‘persoalan yang perlu diperhatikan’!!! Sistem kapitalisme anda telah membuktikan bahawa ia sangat jauh dari kebersihan, bahkan ia adalah sistem yang sangat busuk dan usang dan penuh kebiadaban serta merupakan musuh kemanusiaan yang nyata.
  • Hakikatnya, serangan ke atas Nabi Muhammad (saw) sama sekali tidak ada kaitannya dengan “kebebasan”. Seruan terhadap kebebasan adalah slogan kosong yang dilontarkan setiap kali anda dan Barat berusaha untuk mencabut hak kaum Muslimin yang disokong oleh slogan-slogan ini. Kami tidak akan lupa kekejaman Perancis dan pencabulan serta pembunuhan yang dilakukan oleh tentera anda di seluruh dunia, begitu juga dengan persahabatan anda dengan para diktator dunia yang semuanya diperbolehkan dengan sandaran liberalisme.  Serangan terhadap Rasulullah (saw) ini tidak ada kaitannya dengan kebebasan, tetapi semuanya terkait dengan neo-kolonialisme – dan secara khususnya bagi menghalang keinginan umat Islam yang berusaha untuk membebaskan diri daripada belenggu kolonialisme Eropah.

Anda harus mengambil perhatian serius bahawa: –

  1. Penghinaan terhadap Nabi kami telah pun dikritik oleh banyak suara yang waras di Eropah.  Sejumlah orang yang beriman dan tidak beriman, dengan keprihatinan mereka yang walau sedikit dalam mengekalkan keharmonian masyarakat, telah menyatakan ketidaksetujuan terhadap penghinaan dan provokasi ini. Banyak pihak yang telah memperingatkan bahawa tindakan sedemikian akan menghasilkan tindak balas yang tidak diingini dan merbahaya bagi kestabilan dan keharmonian masyarakat.
  2. Anda bukan satu-satunya orang yang menganggap kepercayaan anda sebagai suci. Umat ​​Islam juga mempunyai garis merah di mana tidak ada kompromi yang dapat diterima. Mengabaikan fakta ini adalah kebodohan dan kesombongan yang paling buruk.
  3. Masanya telah tiba untuk anda menyedari bahawa umat Islam ini hidup, dan tidak akan mati (tidak akan berdiam diri), dan kami sedia berkorban demi Deen Islam dan kemuliaan Nabi kami. Umat ini tidak mengenal kelemahan walaupun berhadapan dengan segenap kekejaman dari para pemerintah yang menindas, Muslim mahupun non-Muslim. Umat ini juga bertekad untuk hidup dalam martabat dan kemuliaan Islam walaupun orang-orang kafir membencinya.

Akhirnya, kami ingin katakan kepada anda bahawa kami, umat Islam, adalah ‘Umat Muhammad (saw)’ dan kami adalah umat yang satu. Kami percaya kepadanya, kami mencintainya, kami mengikutinya dan kami akan sentiasa berdiri untuk mempertahankan kehormatannya.  Kebebasan bersuara dan apa sahaja selain itu yang anda jajakan tidak akan dapat meyakinkan kami walau sedikit pun.

Tidak kira bagaimana hebat sekalipun serangan dan kejahatan yang anda lakukan untuk menjatuhkan kesucian Deen ini, janji akan kemenangan dari Allah (swt) hanya menunggu masa sahaja. Dia (swt) berfirman:

يُرِيدُونَ أَنْ يُطْفِئُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَيَأْبَى اللَّهُ إِلا أَنْ يُتِمَّ نُورَهُ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ (٣٢) هُوَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَى وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ (٣٣)

“Mereka berkehendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahaya-Nya, walaupun orang-orang yang kafir tidak menyukai. Dialah yang telah mengutus Rasul-Nya (dengan membawa) petunjuk (Al-Quran) dan agama yang benar untuk dimenangkan-Nya atas segala agama lain, walaupun orang-orang musyrikin tidak menyukai” [At-Taubah: 32-33].

 

Pejabat Media Hizbut Tahrir Malaysia

Ruj: HTM/Memo/02-42
Isnin, 16 Rabiul Awal 1442 H
02/11/2020 M


MEMORANDUM OF PROTEST TO THE FRENCH GOVERNMENT

WITH REGARDS TO THE INSULT OF THE PROPHET MUHAMMAD (PBUH)

Once again, the global media buzzes with the reporting of the killing of a French teacher at the hands of a young Muslim man. This happened after the teacher displayed offensive caricatures of the Messenger (pbuh) to his students, under the pretext of teaching them ‘freedom of opinion and expression’ as guaranteed by the constitution of the French Republic. Macron exploited this by honouring the teacher and gave a speech at Sorbonne University in which he defended and justified the teacher’s action and condemned the murderer and considered the killing as an act of terrorism.

We understand very well that you consider the killing as an attack on your freedom of expression and its values, as we understand that you consider Islam as your first and direct enemy. But you purposely ignored who initiated the mockery and satire against Islam and against our beloved Prophet (pbuh)!

It is very clear to us and many, that without any evidence and decent investigation whatsoever, the suggestion was presented by your government, that Muslims are to be blamed, and this had occurred long before the killing took place. This killing, as any other attacks on Islam and our Prophet (pbuh), is only used as the firewood to fuel the continuously burning anti-Islam rhetoric even further in your country. You know very well that the attack on Islam has never stopped in your country and this is, in fact, among your agenda!

Whatever the background and aims of Macron and those with him are in spreading insult to the sanctity of Islam and Muslims, they must know that the Ummah of Islam, despite the current relentless attacks by the enemies of Islam and the betrayal of its rulers, will never remain silent on injustice, and will never forget those who insult and belittle Allah (swt) and His Prophet (pbuh). Either you believe in Allah the Almighty or not, know that He the Almighty has prepared for the attackers of Islam, a humiliating torment in the Hereafter. He the Almighty said:

إِنَّ الَّذِينَ يُؤْذُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ لَعَنَهُمُ اللَّهُ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَأَعَدَّ لَهُمْ عَذَاباً مُّهِيناً

“Indeed, those who abuse Allah and His Messenger – Allah has cursed them in this world and the Hereafter and prepared for them a humiliating punishment” [Al-Ahzab: 57]

We remind Macron that this Ummah has been working to regain its real authority by removing the oppressive rulers, and by re-establishing the Caliphate to re-unite itself and to return the glory of Islam.

Henceforth, we would like to stress and re-iterate what we have said to you before, that:-

  1. We, and other Muslims in Malaysia utterly condemn and are enraged by the heinous crime of ridiculing our honoured Prophet Muhammad, the Messenger of Allah (pbuh), and your President’s ridiculous response on the matter. We affirm that the attack on the best of the sons of Adam, the best of creation (Muhammad pbuh), is totally unacceptable and constitutes an act of barbarism, no matter what the justifications are. We firmly stress that the sanctity of the Muslims must be respected, and we will not accept anything less whatever the reasons or excuses may be.
  1. What you call ‘freedom of expression’ has continuously become a tool to bully and persecute a minority community in your country despite the fact that they did nothing wrong to you or your country, except that their Deen (religion) is Islam.
  1. It is so obvious that the Muslim community in your country is being pushed to adopt ‘Western values’ – values that cannot deal with minorities without bullying and policing their thoughts. It is therefore not surprising that the Muslim community rejects them as these values have no intellectual substance. The greater the attacks on our noble Prophet, the greater will the Muslim community embrace his honour.

On your arguments of ‘freedom of expression”, we would like to say:-

  • Freedom of speech and expression is clearly used by you selectively – Muslim women cannot dress in their own Islamic clothing in public, their right to enjoy an education is violated and their right to fulfil public services are denied. Wearing a face-veil in public is legally prohibited and punishable. Even when almost the whole Islamic world protested and demanded that you stop all the injustice towards Muslims, and stop insulting our Prophet (pbuh), you never budge an inch.
  • We would like to recall the events of 2008, when Charlie Hebdo published a caricature of John the son of the French President Nicolas Sarkozy, which led to a media crisis, and after the journalist, Maurice Sinet, refused to apologize he faced the worst expulsion from the newspaper. However, when it comes to the Prophet Muhammad (PBUH), you are saying that it is the right of the journalists! So where is the democracy and freedom of speech, which you and the West boast morning and night?! It is clear that this is to force the Muslims to accept insults on what they sanctify, and whoever objects to this is labelled a terrorist or extremist! Freedom of expression to you, become ‘boundless’ when it comes to attacking Islam and its Prophet (pbuh), while exposing the Jews, even indirectly, is considered as something beyond the limits of freedom of expression!
  • In January 2014, French Interior Minister Manuel Valls, banned a performance by the comic Dieudonne Mbala entitled “The Wall” on the grounds that it is anti-Semitic, and the French Supreme Court upheld the decision. However, the same court acquitted the novelist Michelle Houellebecq after he called Islam “the dumbest religion” under the pretext of maintaining the freedom of expression!
  • As paradoxical as it may sound, freedom of speech in the West which is considered a constitutional right, is ignored when it comes to critical oppositions (those who think outside the norms of liberal democracy) to silence them through preventive and repressive policies. And if necessary, they are silenced with brute force and if the need be, as in the words of the Mayor of Rotterdam, they have to “buzz off”. This shows that even the supporters of freedom of speech are not convinced of this idea and this idea is only used to serve your agenda.
  • This is the true face of democracy, if you ever had one and your double standards – they are subject to your own interests. So, the killing of one man is terrorism and brutality, while the killing of hundreds of thousands of children, women and elderly Muslims in all corners of the earth is a question that needs to be viewed!!! Your capitalist system has proved that it is devoid of anything sacred, it is a rotten and worn-out system that is barbaric and is a clear enemy of humanity.
  • As a matter of fact, the attacks on the Prophet Muhammad (pbuh) have absolutely nothing to do with “freedom”. The appeal to freedom is a hollow slogan invoked each time you and the West seek to deprive the Muslims of the very “rights” espoused under these slogans. We shall never forget the French brutality and murderous military adventures overseas or its friendly relations with the world’s dictators, all justified through an appeal to the liberal doctrine. These attacks have nothing to do with freedom, but everything to do with neo-colonialism – and specifically countering the Muslim desire to free themselves from the shackles of centuries of European colonialism.

You should take serious notes that:-

  1. The insult on our Prophet (pbuh) have been rightly criticised by many sane voices in Europe. Scores of people of faith and no faith, with the slightest concern for societal harmony, have expressed disapproval of the deliberate insult and provocation of a people’s core beliefs, warning that such actions will generate responses that are undesirable to communal harmony.
  1. You are not the only people who regard your beliefs as sacrosanct. Muslims, too, have red lines over which no compromise can be accepted. Ignoring this fact is ignorance at best and blind arrogance at the worst.
  1. The time has come for you to realise that the Ummah of Islam is alive, will not die, and is willing to sacrifice for its ideology and its Prophet (pbuh), its hearts and lives. It does not recognise weakness despite all the heinous crimes of the oppressive rulers, Muslims or non-Muslims alike, and that it is determined to live in dignity and pride of Islam even though the Unbelievers may detest it.

Finally, we would like you to know that we, the Muslims are the ‘Nation of Muhammad (pbuh)’ and we are one nation. We believe in him, we love him, we follow him and we will always stand up to defend his honour. The so-called freedom of speech or whatever else cannot convince us otherwise, not even for a second.

And no matter how imprudent the attacks and wishes are to degrade the sanctities of this Deen, Allah’s promise of victory is just a matter of time. Allah (swt) says:

يُرِيدُونَ أَن يُطْفِئُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَيَأْبَى اللَّهُ إِلَّا أَن يُتِمَّ نُورَهُ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ * هُوَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَى وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ

“They want to extinguish the light of Allah with their mouths, but Allah refuses except to perfect His light, although the disbelievers dislike it. It is He who has sent His Messenger with guidance and the religion of truth to manifest it over all religion, although they who associate others with Allah dislike it” [At-Tawbah: 32-33].

Media Office of Hizb ut Tahrir in Malaysia

Monday, 16 Rabi’ al-Awwal 1442 AH
Ref: HTM/Memo/02-42
02/11/2020 CE