Polisi Khalifah Abdul Hamid II Terhadap Hutang Luar Negara
“Ketika aku memegang pemerintahan, jumlah hutang kami adalah sekitar 300 juta lira dan berhasil dikurangkan hingga tinggal 30 juta lira, atau tinggal satu per sepuluh sahaja”. Demikianlah catatan Sultan Abdul Hamid II (1842-1918M), Khalifah Uthmaniyah, di dalam catatan hariannya [Dr Muhammad Harb, Mudzakaraat as Sulthan Abdul Hamid, hal 26].
Kedudukan hutang Daulah Uthmaniyah pada dua masa sultan sebelumnya, iaitu Abdul Majid (ayah Abdul Hamid) dan Abdul Aziz (pakcik beliau) telah mencapai 252 juta lira emas (tahun 1881 M), dan jumlah tersebut perlu segera dibayar kerana telah sampai tempohnya.
Ketika memegang kekuasaan, Sultan Abdul Hamid dihadapkan dengan pelbagai macam permasalahan, seperti pemberontakan Serbia dan Montenegro, yang telah bermula sejak akhir pemerintahan Sultan Abdul Aziz lagi. Demikian juga keberadaan para pegawai pengkhianat Islam dan sebahagian gabenor yang tamak, di antaranya Khudaiwi Ismail, gabenor Uthmaniyah di Mesir yang telah memegang jawatan sejak masa pemerintahan pakciknya, Sultan Abdul Aziz.
Gabenor Khudaiwi telah berhasil memaksa Sultan Abdul Aziz untuk menerima hutang luar negara daripada British dan Perancis sebesar 100 juta pound sterling. Tindakan Abdul Aziz menerima cadangan Khudaiwi ini telah membuat Daulah Ustmaniyah jatuh ke dalam kubangan hutang luar negara. Sifat tamak Khudaiwi ini juga telah mendorongnya menjual saham-saham peribadinya di atas pemilikan Terusan Suez pada November 1875 M di pasaran gelap. Saham-saham itu akhirnya jatuh ke tangan British setelah melalui persaingan dengan Perancis. Jatuhnya saham-saham ini ke tangan British menjadi sebab kemunculan gerakan penentang di Mesir untuk mengusir British dari Mesir pada kemudian hari.
Untuk menghentikan penambahan drastik hutang luar negara dan pemindahan pemilikan aset-aset strategik negara ke tangan musuh, Sultan Abdul Hamid segera memecat para pegawai tamak termasuk di antaranya gabenor Mesir, Khudaiwi Ismail. Khudaiwi dipecat melalui surat ketetapan tahunan yang dikeluarkan pada 25 Julai 1879 M.
Pemerintahan Khalifah Abdul Hamid sangat terbeban kerana banyaknya hutang luar negara. Sementara itu, sumber pendapatan negara dari hari ke hari semakin berkurangan. Produktiviti dalam negara juga hari demi hari semakin menurun, sehinggakan sepanjang tempoh bebanan tersebut, Sultan perlu mengimport barang-barang keperluan bagi rakyatnya dari Eropah. Komoditi tekstil Eropah ada di mana-mana, membanjiri negara. Kondisi ini menyebabkan sejumlah kilang di dalam negara menjadi muflis, kerana pendapatan yang terus defisit. Pendapatan cukai perbatasan juga mengalami penurunan hingga pada tahap yang belum pernah terjadi sebelumnya. Keadaan sedemikian itu disebabkan oleh kewujudan perjanjian perdagangan dengan negara-negara besar yang dilakukan oleh para Khalifah sebelumnya.
Keadaan buruk tersebut bertambah parah dengan adanya masalah tanah, tempat tinggal dan peluang pekerjaan bagi jutaan Muslim yang berhijrah dari Bulgaria ke Istanbul. Penghijrahan ini disebabkan oleh peperangan yang terjadi di antara Rusia dan Uthmaniyah yang berlangsung dari tahun 1877 hingga 1878 M. Sebagai penyelesaian di atas peperangan ini, dibuatlah perjanjian untuk mengakhiri perang tersebut pada 31 Januari 1878 M.
Sultan Abdul Hamid telah berhasil menyelesaikan persoalan hutang ini hingga berkurang separuh daripada jumlah asalnya. Keseriusan Sultan untuk melunaskan hutang ini telah menyebabkan para pegawai negara, terutama para pegawai pemerintahan gelisah kerana menyebabkan gaji mereka lambat dibayar.
Besarnya hutang luar negara Khilafah Uthmaniyah telah di manfaatkan oleh Yahudi Eropah sebagai jalan untuk mendapatkan tanah Palestin. Golongan Yahudi terkutuk itu menjanjikan kepada Sultan Abdul Hamid untuk membantu melunaskan hutang-hutang negaranya. Namun, tipu muslihat mereka yang keji dan licik itu tidak mendapat respons positif daripada Sultan Abdul Hamid.
Pada tanggal 28 Jun dan 7 Julai 1890 M, Sultan Abdul Hamid mengeluarkan dua perintah kesultanan, iaitu menolak keinginan Zionisme untuk memiliki tanah-tanah dalam wilayah Uthmaniyah dan mengembalikan mereka ke tempat asal mereka. Abdul Hamid telah menetapkan perintah itu dengan suatu pandangan bahawa Khilafah Uthmaniyah harus tetap memelihara aset Palestin dan tidak menjual tanahnya kepada para pendatang.
Semoga Allah menerima amal kebaikan Sultan Abdul Hamid dan mengampuni segala kekurangannya. Amin. (Mediaumat.com, 12/11/2013)
[Disunting dari: http://hizb-indonesia.info/2013/11/18/kebijakan-khalifah-abdul-hamid-ii-terhadap-utang-luar-negeri/]