Misi Sumud: Antara Wayang Kemanusiaan, Realiti Politik, dan Kewajipan Jihad — Jurucakap HTM

BULETIN HTM – Jurucakap Hizbut Tahrir Malaysia (HTM), Ustaz Abdul Hakim Othman, membongkar realiti di sebalik misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla 2.0 yang kini menjadi perbincangan hangat di media sosial. Dalam sesi siaran langsung “Kupas Tuntas” yang berlangsung kelmarin (10 April 2026), beliau memberikan pencerahan mendalam mengenai status hukum syarak serta realiti politik di sebalik misi tersebut bagi memberikan kesedaran yang benar kepada umat Islam.
Mengulas mengenai lambakan komen negatif netizen yang melabel misi tersebut sebagai “wayang” atau lakonan semata-mata, beliau menjelaskan bahawa setiap amal ibadah mestilah berlandaskan niat yang ikhlas Lillahi Taala. Beliau menekankan bahawa sekiranya terdapat unsur riak demi mengejar populariti, publisiti, atau sekadar mahu menghasilkan kandungan media sosial, maka amalan tersebut tidak mempunyai nilai sedikit pun di sisi Allah (swt). Malah, persepsi negatif masyarakat ini timbul akibat kerenah sesetengah peserta pada misi terdahulu yang dilihat lebih cenderung mengejar nama selepas pulang dari misi tersebut.
Beliau turut menarik perhatian kepada fakta kontroversi mengenai penglibatan langsung kerajaan Malaysia dalam misi kali ini, di mana Menteri Besar Selangor telah dilantik sebagai ketua misi mewakili Perdana Menteri. Menurut beliau, penglibatan ini dilihat sebagai satu cubaan kerajaan untuk mencantikkan imej pentadbiran yang kini tercalar dengan pelbagai isu dalaman, termasuk kenaikan harga barang dan minyak. Beliau mempersoalkan mengapa institusi berkuasa seperti kerajaan hanya bertindak mengikut rentak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam melancarkan misi kemanusiaan, sedangkan mereka mempunyai kapasiti yang lebih besar untuk bertindak.
Menyentuh mengenai penyertaan wanita tanpa mahram dalam misi tersebut, Ustaz Abdul Hakim menjelaskan hukum tersebut secara terperinci mengikut perspektif fikah. Beliau menegaskan bahawa Nabi Muhammad (saw) telah melarang wanita daripada melakukan perjalanan (safar) melebihi 24 jam tanpa ditemani oleh mahram. Faktor keselamatan dan keamanan wanita merupakan keutamaan syarak, di mana mahram bertanggungjawab menyediakan perlindungan yang sewajarnya sepanjang perjalanan mahupun ketika berada di destinasi sementara.
Menutup kupasan tersebut, beliau menegaskan bahawa bantuan kemanusiaan semata-mata tidak akan pernah menyelesaikan akar permasalahan di Palestin. Akar masalah Palestin adalah tanah umat Islam yang dirampas dan dijajah, yang memerlukan penyelesaian tuntas mengikut hukum Islam melalui pelancaran Jihad Fisabilillah oleh tentera kaum Muslimin. Beliau menyeru umat Islam agar tidak hanya melihat isu ini dari sudut bantuan makanan, tetapi wajib menuntut penguasa dan tentera membebaskan seluruh bumi Palestin daripada penjajahan entiti Yahudi laknatullah.