SN405 – Al-Aqsa Memanggil

PDF

SN keluaran 7 November 2014

[SN405] Sejak sekian lama, kemelampauan Yahudi ke atas Palestin dan warganya sudah tidak terbatas. Jika dihitung sejak pendudukan Yahudi di bumi Palestin yang diberkati pada tahun 1948 hingga ke hari ini, yang sudah memasuki 66 tahun, sudah tidak terhitung korban di pihak warga Palestin oleh kebiadaban Yahudi tersebut. Kekejaman demi kekejaman yang dilakukan oleh Yahudi terhadap warga Palestin tidak ada noktahnya hingga kini. Anehnya, setiap kali muncul kes kebiadaban Yahudi terhadap penduduk Palestin, dunia sekadar menganggapnya sebagai masalah kemanusiaan. Lalu penyelesaian yang diambil juga bersifat kemanusiaan seperti menghantar pasukan sukarelawan, ubat-ubatan, pakaian, bahan-bahan binaan dan seumpamanya. Padahal tragedi Palestin bukan semata-mata masalah kemanusiaan, tetapi merupakan masalah akidah (Islam). Kita harus sedar bahawa ketika kita memandang isu Palestin bukan sebagai masalah akidah/agama dan memandangnya semata-mata sebagai masalah kemanusiaan, maka sesungguhnya kita sudah menjadi korban manipulasi penyesatan pendapat yang dikembangkan oleh puak kuffarBarat. Alasannya amat jelas, Barat imperialis selalu mempropagandakan isu Palestin sebagai isu kemanusiaan, bukannya isu agama. Ini kerana, musuh-musuh Islam itu amat memahami bahawa sekiranya kaum Muslimin mengaitkan isu Palestin dengan masalah akidah/agama, kaum Muslimin akan dengan mudah mengobarkan jihad melawan entiti Yahudi penjajah Palestin itu. Inilah yang tentunya amat ditakuti oleh Barat apatah lagi Yahudi sendiri.

Dalam perkembangan terbaru di bumi yang penuh berkat itu, puak Yahudi laknatullah telah menutup sepenuhnya Masjid al-Aqsa dari dimasuki oleh umat Islam dan mereka mahu membahagikan masjid yang mulia itu kepada dua yang akan membolehkan mereka bersembahyang di dalamnya dan umat Islam tidak dibenarkan melakukan apa-apa protes. Dalam kejahatan terbarunya ini, sejumlah warga Palestin telah terbunuh dan ditangkap, termasuk wanita yang berada di sekitar Masjid al-Aqsa. Namun, apa yang lebih buruk sebenarnya ialah diamnya para penguasa umat Islam terhadap kelancangan Yahudi ini. Jangankan untuk membantu Palestin mendapatkan kembali tanah yang dirampas, melindungi Masjid al-Aqsa yang sedang menghadapi ancaman keruntuhan akibat pembangunan terowong di bawahnya pun tidak dilakukan oleh para penguasa negeri-negeri Islam di sekitar Palestin, termasuk Pihak Berkuasa Palestin sendiri. Padahal mereka tahu bahawa al-Quds adalah tanah suci umat Islam. Para penguasa ini menganggap persoalan ini tidak penting kerana apa yang lebih penting adalah menciptakan perdamaian. Walhal persoalan masuknya Yahudi yang najis itu ke tempat yang mulia, malah usaha mereka meruntuhkan Masjid al-Aqsa bukanlah satu perkara yang kecil!

Begitulah betapa bacul dan khianatnya para penguasa Muslim. Mereka tidak berani melawan entiti Yahudi, meskihanya dengan kata-kata. Apa yang keluar dari mulut mereka hanya sekadar kecaman lemah dalam rangka menutupi pengkhianatan mereka di hadapan rakyatnya. Lebih buruk dari itu, beberapa pemimpin Arab justeru mengakui keberadaan entiti Yahudi, baik secara langsung mahupun tidak langsung, malah mendorong umat Islam untuk mengakui kewujudan negara haram Yahudi melalui penyelesaian dua-negara yang didalangi Amerika.Sikap para pemimpin Arab dan dunia Islam pada umumnya tercermin pada OIC yang tidak pernah bersetuju dengan tindakan jihad untuk membebaskan Palestin, sebaliknya OIC tidak habis-habis “memaksa” warga Palestin khususnya dan dunia amnya, agar boleh duduk semeja dengan Yahudi sang penjajah dan pembunuh, bagi menyelesaikan masalah.

Sesungguhnya masalah Palestin tidak boleh dipisahkan dengan akidah Islam dan penyelesaiannya juga tidak boleh dipisahkan dari Islam. Dalam pandangan Islam, tanah Palestin (sebahagian dari Syam) adalah tanah milik kaum Muslimin seluruhnya. Di tanah ini berdirinya  al-Quds, yang merupakan lambang kebesaran umat ini dan ia menempati posisi yang sangat mulia. Ada beberapa keutamaan dan sejarah penting yang dimiliki al-Quds.

Antaranya yang pertama: Ia adalah tanah wahyu dan kenabian. Ibnu Abbas menuturkan bahawa Rasulullah SAW bersabda,

“Para Nabi tinggal di Syam dan tidak ada sejengkal pun kota Baitul Maqdis kecuali seorang Nabi atau malaikat pernah berdoa atau berdiri di sana”[HR al-Tirmizi].

Kedua; Ia adalah tanah kiblat pertama umat Islam. Arah kiblat pertama bagi Nabi Muhammad SAW dan umatnya adalah Baitul Maqdis (al-Quds) sehinggalah Allah SWT menurunkan wahyu untuk mengubah kiblat ke arah Ka’bah.

Ketiga: Masjid al-Aqsa adalah tempat suci ketiga bagi umat Islam dan salah satu daripada tiga masjid yang dianjurkan Nabi SAW untuk dikunjungi. Sabda baginda,

“Tidaklah diadakan perjalanan dengan sengaja  kecuali ke tiga masjid, masjidku ini (Masjid Nabawi di Madinah), Masjidil Haram (di Makkah) dan Masjid al-Aqsa”[HR Bukhari dan Muslim].

Rasulullah SAW juga bersabda,

“Sekali solat di Masjidil Haram sama dengan 100,000 solat. Sekali solat di masjidku (di Madinah) sama dengan 1000 solat. Sekali solat di Masjid al-Aqsa sama dengan 500 solat”  [HR al-Thabrani dan al-Bazzar).

Keempat: Al-Quds adalah tanah ibu negara Khilafah. Yunus bin Maisarah bin Halbas berkata, bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda,

“Perkara ini (Khilafah) akan ada sesudahku di Madinah, lalu di Syam, lalu di Jazirah, lalu di Iraq, lalu di Madinah, lalu di al-Quds (BaitulMaqdis). Jika Khilafah ada di al-Quds, pusat negaranya akan ada di sana dan siapa pun yang memaksa ibu negaranya keluar dari sana (al-Quds), Khilafah tidak akan kembali ke sana selamanya”[HR Ibn Asakir].

Oleh sebab masalah Palestin adalah masalah yang melibatkan akidah/Islam, maka sudah tentu penyelesaiannya juga hendaklah selari dengan akidah/Islam. Masalah Palestin tidak akan selesai jika tidak diambil penyelesaian wahyu, sebagaimana yang telah dan sedang kita saksikan sekarang. Masalah Palestin sebenarnya adalah masalah tanah umat Islam yang dirampas oleh Yahudi dengan dukungan British dan diteruskan oleh Amerika dan juga para penguasa Muslim yang khianat. Jadi, “keberadaan” entiti haram Yahudi inilah yang merupakan pokok pangkal kepada masalah Palestin. Dengan demikian, selama entiti Yahudi ini masih ada, maka selama itulah persoalan Palestin tidak akan selesai.

Oleh itu, untuk menyelesaikan masalah ini, mahu tidak mahu kita harus mendudukkan persoalan pada tempatnya. Oleh sebab Palestin adalah tanah umat Islam yang dirampas, maka penyelesaiannya tidak lain kecuali mengusir si perampas (Yahudi) dari bumi Palestin. Hal ini sebagaimana tanah umat Islam lainnya yang dirampas dan diduduki oleh penjajah. Malaysia pernah dijajah dan diduduki oleh British dan Indonesia pernah dijajah dan diduduki oleh Belanda. Dalam keadaan seperti ini, setiap Muslim mengetahui bahawa penyelesaiannya bukanlah dengan perjanjian damai yang membahagikan negara ini kepada dua (kepada penjajah dan penduduk asal) tetapi penyelesaiannya adalah dengan mengusir penjajah tersebut dan setiap Muslim mengetahui bahawa jihad merupakan pilihan yang syarie, mulia dan paling rasional dalam mengusir penjajah ini. Kerana itulah, para pejuang yang berjihad melawan penjajah mendapat tempat yang istimewa dan dikenang sehingga ke hari ini. Semuanya adalah kerana jihad yang mereka lakukan dan kobarkan ke atas umat Islam dalam rangka mengusir penjajah dari tanah air kita.

Justeru, jihad wajib dilancarkan ke bumi Palestin demi membebaskannya dari penjajahan Yahudi.Tidak boleh hanya membiarkan warga Palestin berjihad sendirian kerana kewajipan jihad (secara ofensif) itu terkena ke atas tengkuk setiap pemerintah sehinggalah Yahudi berjaya dikalahkan dan Palestin berjaya dibebaskan sepenuhnya. Tidak boleh (haram) adanya usaha damai dengan Yahudi dan haram bergantung pada Amerika, PBB dan lain-lain kuasa kuffar untuk menyelesaikan masalah Palestin. Dalam konteks ini, pemerintah wajib mengisytiharkan jihad dan jika pemerintah tidak berbuat demikian, taklifnya terkena pula kepada para panglima tentera. Jika mereka tidak melakukannya, maka kedua-duanya menanggung dosa yang besar di sisi Allah SWT.

Walaupun sudah terbukti dan Insya Allah kita yakin bahawa jika tentera dikerahkan untuk berjihad di Palestin, maka bumi yang kita cintai itu akan pasti dapat dibebaskan dari cengkaman Yahudi, namun kita juga yakin bahawa para pemerintah dan panglima yang ada tidak akan bergerak, walaupun selangkah!!! Maka, kerana itulah Hizbut Tahrir berusaha untuk mewujudkan semula negara Khilafah ala minhaj nubuwah yang mana dengan berdirinya negara ini nanti, bukan sekadar Masjid al-Aqsa dan Palestin yang akan dibebaskan dengan digerakkannya tentera kaum Muslimin, malah keseluruhan tanah umat Islam lainnya yang sedang dijajah dan didominasi oleh puak kuffar, akan turut dimerdekakan satu per satu oleh Sang Khalifah, Insya Allah.


[Berikut ini adalah terjemahan nasyrah dari HizbutTahrir Palestin berhubung keadaan terkini di Palestin]

Al-Quds Sedang Berdarah, Masjid al-Aqsa Sedang Menangis Manakala Pihak Berkuasa Palestin Dan Para Penguasa Bersekongkol Dengan Entiti Yahudi

Sudah berbulan al-Quds bermandi darah dan memberikan penghormatannya kepada para syuhada’ satu demi satu, dari al-syahid Mohammed Abu Khudeir kepada al-syahid Abdul Rahman al-Shaloudi dan akhirnya al-syahid MoatazHijazi. Al-Aqsa telah disekat dari dimasuki orang-orang yang ingin bersolat di dalamnya. Ia telah ditutup sepenuhnya pada hari Khamis 30/10/2014 dan bilangan orang yang bersolat telah berkurangan pada hari Jumaat. Warga al-Quds dihalau, ada yang dilanggar dengan kereta dan para Muslimah turut diserang. Ada yang dibunuh, dibakar dengan kejam di tangan pasukan tentera yang menduduki Palestin (Yahudi) dan ada yang dihumban ke dalam penjara. Dalam masa yang sama, tokoh-tokoh Pihak Berkuasa Palestin mengunjungi Masjid al-Aqsa, dengan kebenaran Yahudi dan apa yang dibimbangi oleh tokoh-tokoh ini adalah kehadiran orang-orang yang ikhlas untuk berada di Masjid al-Aqsa, orang-orang yang menolak pendudukan Yahudi dan menolak pembahagian sementara dan pembahagian kawasanal-Aqsa serta mengecam dasar dan kompromi Pihak Berkuasa Palestin dan ketidakupayaannya di depan entiti Yahudi.

Kejahatan Yahudi terhadap Masjid al-Aqsa, al-Quds dan warganya tidak pernah berhenti sejak ia diduduki oleh entiti Yahudi itu dengan campur tangan dari rejim-rejim Arab, khususnya penguasa Jordan, yang menghadiahkan pendudukan tersebut dengan membuka ruang udara dan daratnya kepada entiti Yahudi tersebut dan menandatangani perjanjian Wadi Araba yang penuh memalukan, dengan puak Yahudi itu. Jenayah yang dilakukan Yahudi meningkat dari hari ke hari, disebabkan oleh kelesuan Pihak Berkuasa Palestin serta para pemimpin Jordan, Mesir, Syria, Arab Saudi dan Turki dan semua rejim penjenayah di dunia Islam. Orang yang paling baik dalam kalangan mereka pun hanya sekadar menyeru Majlis Keselamatan PBB dan kuasa-kuasa besar untuk campur tangan dan menyelamatkan al-Quds berserta warganya, dengan mereka mengetahui hakikat bahawa Majlis Keselamatan dan kuasa-kuasa besar inilah yang sebenarnya menyerahkan Palestin kepada entiti Yahudi melalui keputusan jenayah mereka. Malah, para penjenayah ini membekalkan Yahudi dengan segala senjata dan wang dan menutupi kejahatannya dalam forum-forum antarabangsa!!

Kejahatan Yahudi terhadap Masjid al-Aqsa dan warga Palestin secara keseluruha ntidak akan berterusan dan memburuk jika mereka mengetahui yang tentera-tentera yang dikurung diberek dan kerinduan mereka untuk memerangi entiti Yahudi, akan bergerak untuk memberikan kemenangan kepada al-Quds dan warganya. Bagaimana Yahudi akan menghentikan kejahatannya, sedangkan ia mendengar Presiden Pihak Berkuasa Palestin dengan mendabik dada berkata bahawa tidak ada satu tembakan pun dilepaskan kepada entiti Yahudi di Tebing Barat semasa Gaza diserang, kerana pasukan keselamatannya berjaga siang dan malam bagi memastikan keselamatan entiti Yahudi dari semua arah,yang disifatkannya sebagai suci, sehingga ia sanggup menyia-nyiakan al-Quds dan tanah yang diberkati sekitarnya!?

Dan bagaimana entiti Yahudi boleh dicegah sedangkan ia melihat para penguasa Mesir mencampakkan para hero dalam kalangan tenteranya yang menyeberangi Bar Lev Line dan menghancurkan tentera Yahudi, ke kancah perang saudara dengan saudara-saudara mereka di Sinaidan dalam Mesir sendiri dan penguasa Mesir ini menggambarkan kepada umum bahawa musuh sebenar adalah penduduk Gaza dan Sinai dan bukannya entiti Yahudi perampas tanah yang diberkati? Dan kenapa perlu entiti Yahudi mempertimbangkan (mengkhuatiri) apa-apa, kerana ia melihat rejim di Jordan, Arab Saudi, Turki dan rejim-rejim lain sedang membantu Amerika dalam perang Amerika terhadap Islam dan kaum Muslimin dan rejim-rejim ini tidak mengangkat sebatang jaripun tatkala melihat entiti Yahudi menyerang Gaza, al-Quds, warganya dan seluruh penduduk Palestin. Walhal dulunya tentera Jordan memiliki kebanggaan, yang dengan bantuan sekumpulan gerila, telah berjaya menyengsarakan Yahudi dalam perang al-Karama tatkala mereka memberontak terhadap kepimpinan politik ketika itu. Begitulah keadaannya jika tentera bergerak, akan tersisakah kaum Yahudi?

Kerana penipuan yang diamalkan oleh rejim, Pihak Berkuasa Palestin, tokoh-tokoh dan beberapa puak, inilah yang membuatkan mereka (para penguasa) mengecualikan diri mereka daripada tugas dan mobilisasi tentera mereka. Jadi,siapa sahaja yang menutupi kejahatan penguasa, tidak menyeru untuk menggerakkan tentera dan hanya membataskan isu Palestin sebagai isu nasional mengenai kaum dan meletakkan beban tanggungjawab mengusir Yahudi hanya kepada warga Palestin semata-mata, sesungguhnya ia merupakan sekutu Yahudi dalam pencerobohan dan pendudukan serta merupakan sekutu penguasa dalam hal jenayah dan akan menerima kehinaan di dunia dan azab di akhirat itu lebih berat dan dahsyat, jika ia berakal.

Kami di HizbutTahrir, seperti semua Muslim lainnya, yakin bahawa kita akan, insyaAllah menghapuskan entiti Yahudi dari tanah yang diberkati, kerana ini adalah janji Allah SWT dan janji RasulNya SAW dan kami berada dibarisan hadapan umat, yang berusaha untuk mengembalikan kekuasaan Islam yang telah dirampas oleh para penguasa dan kami akan letakkan dipundak Khalifah sehingga ia menggerakkan tentera umat Islam bagi menghapuskan entiti Yahudi dan pengaruh Barat dan Amerika didunia Islam dan meletakkannya di tempat letaknya dan sesungguhnya hal itu amatlah mudah bagi Allah.

“…dan mereka berkata, ‘Bilakah hal itu (akan terjadi)?’. Katakanlah, ‘Mudah-mudahan waktu itu dekat” [TMQ al-Isra’ (17):51]

Maktab I’lamiy Hizbut Tahrir di Tanah yang Diberkati – Palestin
Jumaat 7 Muharram 1436H
31 Oktober 2014M