Penjara Besar yang Melemahkan Umat Islam

Ada pertanyaan yang berulang kali kedengaran di tengah-tengah masyarakat: Kenapa kita tidak dapat menghentikan kebiadaban Israel? Kenapa penguasa-penguasa Arab dan negara kaum Muslimin lainnya memilih untuk diam? Mengapa PBB yang mendakwa sebagai sebuah organisasi antarabangsa malah hanya menjadi pemerhati terhadap keganasan Israel?

Setidak-tidaknya terdapat tiga ‘perkara besar’ yang membuat kita umat Islam meskipun dengan jumlah penduduk lebih dari 1.5 bilion di seluruh dunia lumpuh menghadapi Israel dengan jumlah penduduk hanya sekitar 5.5 juta orang:

Pertama: Sifat nasionalisma dengan sistem negara bangsa (nation state).  Dengan sistem negara bangsa, umat Islam yang sebelum ini bersatu di bawah naungan negara Khilafah kemudian dipecah-pecah menjadi negara kecil dan lemah.

Diparahkan dengan idea nasionalisma yang menjadi racun yang membunuh persaudaraan dan persatuan umat Islam, sikap nasionalisma akan mengambil persoalan luar negeri seperti Palestin, Iraq, dan Afghanistan adalah bukan persoalan kita.  Adalah lebih baik jika kita memikirkan kepentingan nasional kita sahaja.

Justeru sikap itulah yang membuat kita lemah dan membuat negara-negara kafir penjajah berbuat sesuka hati terhadap umat Islam.  Mereka tidak langsung merasa bimbang bahkan secara bergilir-gilir menyerang negara-negara Islam.  Setelah Afghanistan, Iraq, dan Palestin, maka bukan mustahil berikutnya Syria, Iran atau negara manapun yang menentang Amerika.  Mereka tahu bahawa negara-negara Muslim lainnya akan hanya berdiam diri.

Ini tidak akan terjadi sekiranya negara-negara kafir itu melihat umat Islam yang menganggap diri mereka bagaikan satu tubuh seperti yang digambarkan oleh hadis Rasulullah SAW “kal jasadil wahid”.  Kalau umat Islam bersatu, satu negeri Islam diserang, maka seluruh negeri Islam akan mengirim jutaan tenteranya yang didukung oleh umat Islam yang rindu syahid fi sabilillah untuk membebaskan saudara mereka.

Kita dapat bayangkan, dengan hanya menghadapi Hamas di Palestin, Hizbullah di Lebanon Selatan, dan mujahidin Iraq dan Afghanistan pun mereka masih belum dapat dikalahkan apatah lagi jikalau negara-negara penjajah itu menghadapi puluhan juta tentera Islam dengan persenjataan yang tentu lebih canggih.  Sudah pastilah musuh-musuh Allah SWT akan ketakutan.  Tambahan lagi, apa yang mendorong tentera-tentera kaum Muslimin itu bukanlah kekuatan material tetapi aqidah Islam.  Tentera Islam akan menjadi tentera yang ditakuti oleh lawan.  Bagi tentera Islam yang rindu syahid kecintaan kepada kematian di jalan Allah SWT akan mengalahkan kecintaan kepada dunia tentera-tentera musuh.

Kedua: Penjara besar kedua adalah penguasa-penguasa negara kaum Muslimin yang berkhianat kepada Allah SWT, Rasulullah SAW dan umat Islam.  Penguasa umat Islam sekarang sebahagian besar adalah boneka-boneka Amerika Syarikat, kakitangan penjajah, yang lebih memilih berkhidmat kepada penjajah daripada melindungi dan melayani umat Islam. Padahal Rasulullah SAW telah mengigatkan fungsi utama pemimpin adalah melindungi umatnya.  Pemimpin adalah perisai (al junnah).

Israel, Amerika Syarikat, dan negara-negara penjajah lainnya tidak akan sesuka hati membunuh umat Islam, sekiranya mereka tahu ada penguasa Islam yang menjadi pelindung umat yang akan membela rakyatnya.  Pemimpin Negara seperti Rasulullah SAW yang menghukum mati Yahudi Bani Qainuqa yang membunuh seorang rakyatnya dan mengusir keluar mereka dari Madinah.

Rasulullah SAW juga mengirim pasukan Islam untuk mengepung Yahudi Bani Quraizah selama 25 hari dan menghukum mati para pengkhianat.  Sebabnya bangsa pengkhianat ini telah membantu musuh Daulah Islam dalam peperangan Ahzab.  Begitulah juga sikap pemimpin seperti Khaliafah Mu’tashim Billah ketika beliau telah memerangi pasukan Romawi yang telah menodai kehormatan wanita muslimah.

Ketiga: Penjara ketiga adalah sistem antarabangsa ketika ini yang dipimpin oleh Amerika Syarikat dengan ideologi kapitalismanya.  AS dan sekutu-sekutunya kemudian membuat peraturan antarabangsa dan membentuk lembaga-lembaga antarabangsa yang digunakan sebagai alat kepentingan negara-negara penjajah.  PBB digunakan untuk melegalisasi penjajahan terhadap Iraq dan Afghanistan.

Melalui organisasi seperti ini dikirimlah tentera dari berbagai negara untuk menduduki Iraq dan Afghanistan.  Sebaliknya tentera-tentera dari negara Islam berlindung dibelakang PBB untuk tidak membantu saudara-saudara mereka yang dibantai.  Alasannya, tidak ada perintah dari PBB kerana tentera hanya dihantar melalui restu PBB.  Jadilah PBB yang mandul untuk menyelamatkan kaum Muslimin di Palestin.  Bukankah mereka telah mengetahui bahawa begitu banyak resolusi PBB telah diabaikan oleh Israel.  Resolusi yang mengutuk Israel pun sering di veto oleh AS.  Dengan tidak mendapat mandat dari PBB, penguasa negara-negara Muslim tidak mengirimkan tenteranya membebaskan Palestin.  Padahal sudah sangat jelas PBB tidak akan mengirim paukan perang yang dapat merugikan kepentingan Israel, meskipun walau sedikit.
 
Penghancuran penjara tersebut hanya dapat dilakukan dengan membentuk kembali Khilafah Islam. Sebuah sistem pemerintahan Islam berdasarkan manhaj nubuwah.  Dengan tertegaknya sistem Islam penguasa-penguasa pengkhianat itu akan tumbang.  Meraka akan digantikan oleh Khalifah yang adil dan melindungi rakyat.  Khilafah akan menyatukan negara-negara Islam bukan berdasarkan kebangsaannya tetapi atas dasar akidah Islam.  Khilafah juga akan mengimbangi dan menggantikan dominasi negara-negara Kapitalis ketika ini yang dipimpin oleh AS.  Percaturan antarabangsa akan dipimpin oleh Khilafah Islam yang akan memberikan kesejahteraan dan keamanan bagi umat manusia seluruh dunia (Farid Wadjdi).