Seminar Terbuka HTM Siri Jelajah Malaysia 2010 (Siri 1)
Umar selaku pembentang yang pertama telah menjelaskan kenapakah umat Islam wajib berusaha mengembalikan semula Daulah Khilafah. Ada dua faktor yang telah disentuh oleh Timbalan Presiden HTM itu iaitu persoalan realiti umat Islam saat ini dan hukum syarak mengenai kewajiban menegakkan Khilafah.
Abdul Hakim sebagai pembicara kedua telah menbentangkan dengan panjang lebar keadaan umat Islam yang pernah berada di bawah naungan Daulah Islam sejak dari zaman Rasulullah SAW sehinggalah kepada zaman Khilafah Uthmaniyyah yang terakhir. Kehidupan umat Islam di kala itu penuh dengan kebaikan, keadilan, kesejahteraan dan umat Islam berada di puncak kegemilangannya dengan penuh keberkatan dan kemuliaan.
Keadaan tersebut jauh berbeza dengan apa yang dialami oleh umat Islam ketika ini di mana umat Islam dihimpit dengan segala bentuk penderitaan yang tidak berkesudahan kerana tidak adanya Khalifah yang menjadi perisai umat.
Presiden HTM itu membangkitkan persoalan kenapa hal ini boleh terjadi sedangkan faktanya umat Islam saat ini mempunyai kekuatan yang cukup luar biasa dari segi jumlahnya yang ramai iaitu berjumlah lebih kurang 1.6 billion. Manakala negeri-negeri umat Islam adalah negeri yang menguasai wilayah geografi yang cukup strategik sama ada di darat mahupun laut. Negeri umat Islam adalah negeri yang kaya dengan sumber alam dan bilangan tentera yang begitu ramai, jauh melebihi bilangan tentera kuffar.
Hakim seterusnya menjelaskan bahawa kekuatan-kekuatan ini tidak dapat menyelamatkan nyawa, darah dan kehormatan umat Islam kerana tidak adanya “magnet’ yang menyatukan mereka. Magnet yang dimaksudkan itu adalah Khalifah yang akan menyelamat dan menyatukan umat Islam di bawah satu payung pemerintahan. Oleh itu, tidak ada cara yang paling tuntas untuk diperjuangkan oleh umat Islam saat ini melainkan berusaha bersungguh-sungguh untuk mewujudkan seorang ulil amri yang bergelar Khalifah ini.
Seminar diakhiri dengan bacaan doa dan bersurai lebih kurang jam 12.00 tengah malam. HTM dengan ini mengucapkan jazakumullahu khairan kepada para peserta yang ikhlas hadir pada seminar kali ini.