SEMINAR SIRI JELAJAH MALAYSIA HTM DI KUALA LUMPUR TERUS MENDAPAT SAMBUTAN

roadshow-khilafah-KLKUALA LUMPUR  25 Julai – Seminar Siri Jelajah Malaysia 2010 Hizbut Tahrir Malaysia (SEJAM HTM 2010) kali ini telah berlangsung di Kuala Lumpur. Seminar tersebut telah diadakan di Dewan Seminar Masjid Abdulrahman Bin Auf, Jalan Puchong, Kuala Lumpur.  Majlis yang dipengerusikan oleh ustaz Ahmad Mustafa selaku Naqib (Ketua Cawangan) Kuala Lumpur telah bermula pada pukul 9.15 pagi dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran al-Karim dari surah An-Nuur, ayat 51 hingga 57 oleh saudara Abdulrahman Imtiyaz disusuli dengan ucapan daripada Presiden Hizbut Tahrir Malaysia, Ustaz Abdul Hakim Othman. Ustaz Abdul Hakim di dalam ucapannya telah menyeru seluruh umat Islam khususnya di Malaysia untuk bangkit dan bersama-sama dengan HTM di dalam perjuangan menegakkan semula Khilafah. Perjuangan ini bukanlah suatu pilihan bahkan ia merupakan kewajiban yang telah diabaikan oleh umat Islam pada hari ini.  Dalam ucapannya lagi, beliau turut menyentuh situasi dunia hari ini yang sedang menyaksikan kesengsaraan dan penderitaan manusia akibat ketiadaan Sistem Khilafah yang pernah memayungi dunia selama lebih kurang 1300 tahun lamanya.
Seperti seminar-seminar sebelumnya, SEJAM 2010 kali ini turut menghadirkan 2 orang penceramah iaitu Ustaz Umar Hussein selaku Timbalan Presiden Hizbut Tahrir Malaysia dan Ustaz Ridhuan Hakim, AJK Pusat Hizbut Tahrir Malaysia. Dalam pembentangan pertama, Ridhuan Hakim telah menghuraikan persoalan tentang betapa perlunya umat Islam hari ini untuk turut-serta berjuang mengembalikan kembali Khilafah. Selain itu beliau juga menyeru umat Islam untuk berusaha membebaskan dunia hari ini daripada cengkaman sistem Kapitalisme ciptaan manusia. Beliau turut membentangkan hujah-hujah yang berupa dalil qathie daripada Al-Quran dan Hadis yang menuntut agar Khilafah segera dikembalikan.

Sementara itu, di dalam sesi pembentangan kedua, Ustaz Umar Hussein menjelaskan bahawa dunia ini hanya akan dapat diselamatkan daripada cengkaman Kapitalisme dengan cara mengembalikan Islam sebagai satu ideologi dunia agar ia dapat memberikan kemakmuran dan keharmonian kepada seluruh umat manusia.

Di dalam sesi soal jawab, para peserta telah mengambil peluang berinteraksi dengan ahli panel. Majlis telah berakhir sekitar pukul 1.25 petang dengaan bacaan doa. Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada lebih 200 orang peserta yang telah hadir ke majlis SEJAM 2010 di Kuala Lumpur pada kali ini dan mengharapkan agar ia dapat memghasilkan satu momentum baru kepada usaha dakwah ke arah penegakkan kembali Khilafah rasyidah ‘ala minhaj an-nubuwwah.
 

alt

alt

alt

alt

alt

alt