Ada Satu Lagi Ajaran Sesat

Masih ada enam ajaran sesat di Selangor – JAIS

SHAH ALAM 27 Sept. – Walaupun pemimpin ajaran sesat ‘Rasul Melayu,’ Abdul Kahar Ahmad berjaya diberkas baru-baru ini, tetapi Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mendedahkan masih terdapat enam atau tujuh lagi ajaran sesat di negeri ini.

Pengarah JAIS, Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, antaranya ialah ajaran Qardiani, Rufaqa dan tarikat Islam Jemaah 11 yang sedang dikesan dipantau dengan teliti para pegawai di jabatan tersebut.

Bagaimanapun, jelasnya, jumlah yang sedang dikesan itu adalah jauh berkurangan berbanding terdapat 22 kumpulan ajaran sesat di Selangor pada suatu ketika dulu.

Sumber: Utusan Malaysia 28/09/09

Sekularisme – Ajaran Sesat Yang Tersembunyi

Ajaran sesat sememangnya adalah isu yang amat penting yang perlu ditangani oleh kaum Muslimin khususnya para penguasanya. Pada zaman Khalifah Abu Bakar, beliau telah  melancarkan kempen menangani golongan Riddah (orang yang telah murtad) dan nabi palsu dalam siri Peperangan Islam-Riddah (Perang Yamamah). Pada ketika itu, Musailamah Al-Kazzab telah dibunuh oleh Wahsyi di dalam perang tersebut. Kini, kita dapati berbagai-bagai aliran yang menyimpang dari ajaran Islam telah muncul kembali.

Isu ini bukanlah perkara baru dalam realiti dunia masa kini. Di seluruh dunia, kita dapati telah tumbuh berbagai-bagai-bagai aliran dan kefahaman yang sememangnya tidak pernah lahir dari akidah Islam. Hukum bagi orang-orang yang murtad pula, jelas hukumannya adalah bunuh, jika sekiranya pelakunya tidak mahu bertaubat. Namun, pada masa yang sama, ramai antara umat Islam yang lupa mengenai ajaran sesat yang telah lama menyelinap ke dalam umat Islam hari ini. Sekularisme telah lama menjadi ajaran dan pegangan ramai kaum Muslimin dalam kehidupan sehari-hari mereka. Ajaran ini telah lama tertanam di dalam benak kaum Muslimin dengan keyakinan yang utuh. Kita dapat melihat bahawa dengan ajaran sesat inilah (Sekularisme), telah lahir berbagai lagi idea menyimpang di dalam kancah kehidupan Muslim seperti Islam Hadhari, 1Malaysia, Liberalisasi Ekonomi, Ashobiyyah – Wathaniyah – Sukuisme; malah ideologi yang mendominasi dunia saat ini, Kapitalisme, lahir dari akidah Sekularisme.

Wahai Umat Islam Khususnya Para Penguasa Kaum Muslimin!

Agama Islam yang banyak difahami hari ini hanya terbatas pada ibadah-ibadah khusus semata, tanpa mengambil Islam secara menyeluruh di dalam kehidupan. Jika benar kalian ingin memerangi ajaran sesat khususnya di Malaysia, maka mulakanlah langkah dan niat dari sekarang untuk mencabut ajaran Sekularisme ini dari benak kalian. Tanamlah ia sedalam mungkin, dan ambillah Islam sebagai panduan hidup kalian untuk diterapkan di muka bumi ini. Moga rahmat Allah terlimpah pada hamba-hamba yang ikhlas untuk menerima hidayahNya.