Murtad, sebar ajaran sesat hanya dipenjara

Jakarta hanya kenakan sekatan ketat, desak ahli kembali kepada Islam Ahmadiyyah tidak diharam

JAKARTA 9 Jun – Kerajaan Indonesia hari ini mengumumkan sekatan-sekatan ketat ke atas kumpulan ajaran sesat, Ahmadiyyah tetapi tidak mengharamkannya seperti yang dituntut oleh majoriti umat Islam negara ini.
 
Peguam Negara, Hendarman Supanji berkata, tiada arahan dikeluarkan untuk membubarkan Ahmadiyyah.

Beliau berkata demikian selepas pejabatnya mengeluarkan kenyataan mengarahkan kumpulan itu “berhenti menyebarkan” ajaran yang menyimpang daripada ajaran sebenar Islam atau menghadapi hukuman penjara lima tahun.

Kenyataan yang ditandatangani oleh Hendarman dan dua menteri Kabinet itu juga mengarahkan anggota kumpulan Ahmadiyyah kembali ke pangkuan Islam.

Sebelum itu, kira-kira 5,000 penduduk Islam mengadakan tunjuk perasaan di luar istana presiden hari ini untuk mendesak Presiden Susilo Bambang Yudhoyono mengharamkan kumpulan yang diasaskan di India itu.

Susilo perlu memutuskan nasib Ahmadiyyah selepas sebuah panel kerajaan yang memantau kumpulan ajaran sesat mengesyorkan supaya ia diharamkan kerana melanggar ajaran Islam.

Pengikut Ahmadiyyah enggan mengakui Nabi Muhammad SAW sebagai nabi yang terakhir dan sebaliknya menganggap pengasas kumpulan mereka sebagai nabi dan rasul.
Ahmadiyyah menjadi fokus kontroversi hangat selepas Majlis Ulama Indonesia (MUI) mengecap kumpulan itu sebagai ‘sesat’.

Penunjuk perasaan yang menggelar diri mereka sebagai ‘Tindakan Umat Islam Bersatu untuk Membubarkan Ahmadiyyah’ melaungkan slogan menuntut Susilo mengharamkan kumpulan itu.

“Hari ini bermulanya perjuangan kami dan kami rela berkorban jiwa untuk menuntut pembubaran Ahmadiyyah.

“Jika SBY tidak mempedulikan kami, kami akan menjatuhkan beliau,” kata Abdurrahman daripada Forum Umat Islam Indonesia (FUI).

Susilo lebih dikenali dengan singkatan namanya, SBY.

Protes terbaru itu diadakan selepas anggota Barisan Pembela Islam (FPI) menyerang satu perhimpunan pelbagai agama di ibu negara.

Serangan itu dikecam oleh golongan berfahaman sederhana yang mengkritik kerajaan kerana enggan mengambil pendirian lebih tegas terhadap kumpulan yang dianggap militan.
– Agensi

Sumber: Utusan Malaysia 10/06/08

Ulasan:

Sebagaimana kerajaan Malaysia, kerajaan Indonesia pun nampaknya begitu lunak dengan golongan murtadin. Walaupun desakan dan demonstrasi besar-besaran di adakan, nampaknya kerajaan Susilo tetap mempertahankan sistem sekularnya. Walaupun jelas-jelas kumpulan Ahmadiyyah ini sesat, namun hanya hukuman penjara maksimum lima tahun sahaja yang dilaksanakan ke atas mereka, itu pun jika mereka “menyebarkannya”.

Selagi mana hukum Allah yakni hukum bunuh, tidak dilaksanakan ke atas golongan murtad ini, maka selagi itulah gejala ini akan berterusan di negeri umat Islam. Inilah dampak buruk dari sistem sekular yang diamalkan oleh pemimpin yang sekular. Mereka sanggup menerapkan hukum kufur tanpa rasa takut akan azab Allah yang bakal menimpa mereka di akhirat kelak kerana tidak menerapkan hukumNya.

Hadis Rasulullah saw telah mensabitkan hukuman bunuh kepada orang yang murtad. Imam Bukhari telah meriwayatkan dari Ikrimah yang berkata,

“Dihadapkan kepada Amirul Mukminin ‘Ali karamAllahu wajhah orang-orang zindiq, lalu beliau membakar mereka. Maka berita itu disampaikan kepada Ibnu Abbas dan beliau berkata ‘Seandainya aku, tidaklah aku bakar mereka kerana larangan Nabi saw yang bersabda “Jangan kamu menyeksa dengan seksaan Allah”. Akan tetapi pasti akan aku bunuh mereka kerana sabda Rasulullah saw “Barangsiapa yang menukar agamanya, hendaklah kamu bunuh akan dia”

Dalam riwayat Imam Ahmad disebutkan,

“Allah dan RasulNya telah menetapkan, bahawa orang yang murtad dari agamanya maka dia mesti dibunuh.”

Apakah para pemerintah kaum Muslimin begitu jahil dari hadis-hadis ini, atau apakah mereka sengaja melanggar hukum yang telah ditetapkan oleh Rasulullah ke atas golongan murtadin ini? Betapa beraninya mereka melanggar hukum Islam! Bagaimanakah mereka nanti akan mendapat syafaat dari Rasulullah di akhirat kelak?