Adakah Gadaffi Serius Untuk Berjihad?

Muammar gesa umat Islam berjihad

TRIPOLI – Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi semalam: mendesak umat Islam seluruh dunia berjihad menentang Switzerland kerana mengharamkan pembinaan menara azan di negara itu.

Muammar turut menggesa penganut Islam memulaukan produk-produk keluaran Switzerland selain melarang pesawat dan kapal dari negara itu memasuki lapangan terbang serta pelabuhan negara-negara Islam.

“Sesiapa yang memusnahkan masjid patut diserang menerusi jihad. Jika Switzerland melepasi batas-batas sempadan, kita akan menentang mereka,” katanya.

Beli:au berkata demikian di hadapan hadirin yang berhimpun sempena memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad di bandar Benghazi, timur Tripoli.

:Jurucakap Kementerian Luar Switzerland, Lars Knuchel enggan memberi sebarang komen mengenai ucapan Muammar itu. Pada November tahun lalu, m:ajoriti penduduk Switzerland bersetuju dengan cadangan untuk mengharamkan pembinaan menara masjid di negara itu.

Keputusan tersebut mencetuskan kecaman penganut Islam tempatan dan seluruh dunia dengan menyifatkan undian berkenaan sebagai berat sebelah dan anti-Islam.

Sumber : Sinar Harian, 27/02/2010

Adakah Gadaffi Serius Untuk Berjihad?

Apakah Gadaffi ingin melakonkan watak Superman? Tidak semena-mena beliau melontarkan seruan untuk berjihad menentang Switzerland. Sebenarnya umat Islam tidak memerlukan pemimpin munafik seperti Gadaffi yang sering berpura-pura membela Islam kononnya, sedangkan beliaulah antara para pemimpin umat Islam yang sudah menghulurkan tangan persahabatan dengan Amerika dan Britain, musuh utama umat Islam.

Sedarlah wahai umat Islam! Slogan yang dilontarkan oleh Gadaffi itu hanyalah slogan-slogan kosong umpama debu-debu yang berterbangan ditiup angin yang menimpa batu yang licin dan sebenarnya tidak bernilai sedikitpun. Hanya seruan jihad oleh sang Khalifah yang ikhlas dan bertaqwa sahajalah yang pasti akan menggerunkan musuh-musuh Allah SWT.